Salam semua..
Sudah 23 Ramadhan..going strong..Ya Qawwiy Ya Mateen..
Masa baca entry Surat-Surat dari Maninjau di blog Titian Perjalanan, saya teringat kepada novel Faisal Tehrani yang berjudul Surat-Surat Perempuan Johor. Dah lama tahu novel ni, tapi saya belum membacanya. Hari Isnin, sebelum puasa haritu, saya order di shopee dan Alhamdulillah, buku diterima pada hari Selasa, hari pertama puasa.
Novel ni diterbitkan pada tahun 2016, ada 212 mukasurat. Belum habis membacanya lagi.
Karya Faisal Tehrani yang satu ni memang tidak mengecewakan. Terbaik! memang best sangat novel ni, memberi kepuasan minda dan hati. Harus dimiliki oleh pencinta buku dan sejarah. History revisited.
Sinopsis
Novel yang berbentuk naratif ni menghimpunkan surat-surat tulisan dua orang wanita kerabat negeri Johor yang hidup berlainan zaman.
Watak dan kisah kehidupan dalam novel ni hanya rekaan (fiksyen) tapi kisah sejarah adalah kisah benar. Kandungan surat menceritakan sejarah negeri Johor dan negara Turki dan juga kehidupan kedua-dua wanita tersebut. Nama-nama dalam kisah sejarah ialah individu yang wujud pada zaman tersebut.
Novel menceritakan kisah Ungku Nur, wanita Johor zaman milenium, yang mengembara seorang diri ke negara Turki demi mengkaji sejarah negeri Johor (terutama yang melibatkan Undang-Undang Islam) yang tidak dilaporkan dalam sejarah dan juga untuk merawat penyakit barah yang sudah tahap kritikal. Bapa dan bekas suaminya terlibat dengan politik.
Di waktu nak berangkat ke Istanbul, kakaknya Ungku Nurul memberi surat-surat Ungku Hamidah (yang mereka panggil Tuk Hamidah) untuk bacaan Ungku Nur. Surat-surat Ungku Hamidah yang dipanggil 'warkah' berkisar pada tahun 1895 - 1914 (zaman pemerintahan Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar). Ungku Hamidah dikhabarkan berkahwin dengan lelaki Turki.
Persamaan kisah Ungku Nur dan Ungku Hamidah ialah kedua-duanya menulis surat ketika berada di negara Turki.
Novel yang sarat dengan sejarah. Novel yang penuh dengan motivasi untuk kita menghayati agama Islam yang syumul.
"Long, penjajah bertanggungjawab masuk ke wilayah ini lantas memperkenalkan sekularisasi. Sekularisasi ini mewujudkan, meminjam kata-kata Professor Naguib tersebut, "Pelbagai masalah dalam proses perkembangan akliah."
Kemudian berakhirlah urusan agama kita (malah undang-undang) dengan termeterainya Perjanjian Pangkor 1874 antara Sultan Abdullah dan si bangsat Inggeris Andrew Clarke. Kita pun mengambil peraturan yang tiada kena mengena untuk mentadbir diri kita, justeru usaha Sultan Johor untuk membawa Majalah Ahkam Johor sebagai benteng terakhir undang-undang Islam harus saya ketengahkan semula. Moga-moga usaha saya ini diterima dan dapat membuka mata generasi baru. Saya mengikhlaskan diri di dalam melakukan kajian ini dengan harapan kebenaran sejarah ini akan diketahui umum dan mencelikkan cendikiawan yang buta."
Warkah Ungku Hamidah mengkisahkan kehidupan dia di Turki serta usaha-usaha menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II (pemerintah Empayar Uthmaniyyah Turki).
"Musuh umat Islam terlalu banyak. Tentera-tentera kafir mara mengasak ke dalam negeri Uthmaniyyah. Tentera dan cerdik pandai banyak sudah dicemari fikiran mempertahankan kebangsaan. Apalah yang ada pada bangsa untuk dipertahankan. Bangsa menjadi mulia kerana Islam. Umat Islam hanya mulia kerana Islam, tidak kiralah bangsa apa pun."
Pembukaan surat Ungku Hamidah sangat menarik, banyak menggunakan bahasa Arab.
Ungku Hamidah dalam novel ni ialah wanita Melayu yang berkarisma, ada perniagaan di Turki dan mengembara ke negara-negara Eropah bersama nendanya,
----------------------------------
Memang sangat recommended buku ni untuk bacaan semua. Buat menambah ilmu pengetahuan.
Check it out..