Sambung citer JJCM di Kuala Terengganu.
Hari pertama sampai ingatkan nak sarapan nasi minyak John tapi tutup pula kedainya. Hari kedua, hari Jumaat, kedai buka, Alhamdulillah. Nama kedainya Restoran Seerai Wangi di Jalan Tok Lam.
Sebenarnya ini kali kedua makan nasi minyak John ni. Pertama kali makan sebelum PKP tahun 2020. Hanya di Terengganu je dapat makan nasi minyak di pagi hari...eat like locals...hihi..
dah ramai beratur utk tapau
Jom masuk, cari meja. Yang sedang makan pun ramai juga..
nasi beriani pun ada
dua jenis nasi ada dijual disini
nasi minyak john gulai ayam & telur
sarapanku
Harga semua : RM17, set nasi RM7.50, air teh O panas RM1.00
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa nama nasi minyak ni nasi minyak John? siapakah John? mat saleh ke?
Driver grab yang kami naik dari airport tahu salasilah nasi minyak John, dialah yang bercerita. Dulu-dulu, tukang masak nasi minyak ni orang lain, yang menjualnya orang lain. Yang menjual tu lah orang panggil dia John, nama sebenar tak tahu pula, entah kenapa orang panggil dia John, bukan mat saleh, orang tempatan juga. Lepas tu semua orang refer nasi minyak yang dijual tu 'nasi minyak John'..
Sekarang ni yang menjual di Restoran Seerai Wangi ialah generasi kedua tukang masak asal nasi minyak ni, turun-temurun daripada bapanya tapi masih mengekalkan nama nasi minyak John..
Begitulah ceritanya, wallahua'lam...kalau ada di Kuala Terengganu, silalah mencoba nasi minyak john..sebenarnya kedai lain pun ada juga jual nasi minyak sebagai sarapan, dekat kedai nasi dagang atas tol pun ada tapi rasa best lak makan nasi minyak john...hihi..
Lepas makan, berjalan kaki ke Restoran Nasi Dagang Atas Tol (NDAT), nak beli keropok lekor..lalu depan UTC Kuala Terengganu...cantik bangunannya..
Suka tengok hard landscape bentuk paku-pakis
Ok, off to Pasar Payang pula, retail survey...haha...