Friday, 2 June 2023

Nasi Kandar Beratur 786

 Akhirnyaaa..kini pasti..
dapat juga beli nasi kandar di sini

Nasi Kandar Beratur 786 di Taman Melawati

lepas makan di Serasa Garden, gi riki-riki kedai nasi kandar ni

Resipi Parit Buntar katanya
 
jadi customer pertama...yeayy..
 
Bila nampak buka pukul 12 tengahari, hati ada sikit kecewa, sebab sampai sini pukul 10.57, alamak kena tunggu sejam lagi..huhu..tapi hati tetap mengatakan 'mesti buka lebih awal ni'. Sangkaan ku benar belaka..Alhamdulillah...tak lama kemudian, pekerja buka roller shutter..

pekerja pakai topi...ada iras-iras Bruno Mars...haha..
 
Jom, jom..kita tapau nasi kandar...rambang mata pulak tengok lauk-pauk..
 
sayur kobis kuning ni mesti ada
 
ambik lauk ayam kicap, sayur kobis, kentang sambal, kuah campur, 
harga RM13.80
 
sekejapan dah ramai yang beratur
 
 Alhamdulillah...lunch harini semalam makan nasi kandar
 
aikk...resepi Penang pulak..
 
dengan lafaz Bismillah..unwrap the bungkusan
 
tudia elok kemas
 
finger lickin' good
 
Puas hati makan nasi kandar..
 
the verdict: kurang sikit rasanya, ayam hitam rasa manis, sayur kobis tu kurang kick, kurang flavour, yang lain-lain ok

Alhamdulillah, dah dapat rasa, hilang kempunan...hihi..

Thursday, 1 June 2023

Breakfast @ Serasa Garden, Taman Melawati

Assalamualaikum semua, port breakfast di Taman Melawati. Dua kali sarapan di sini. Pengaruh tik-tok..hehe..

Serasa Garden - kopitiam X ikan bakar di Jalan Bandar 11, Taman Melawati

pandangan belakang
 
besar restorannya, selesa & airy
 
di tingkat atas ada event hall
 
Pelbagai makanan dijual, Malay, Chinese & Western. Ada nasi kandar juga
 
beli nasi kandar, dapat air sirap harga seringgit
mula pukul 11.00 pagi
 
First time makan disini, order mee siam dan dim sum.

bihun ok rasanya, tapi sambal dia pedas giler
 
dim sum - enakk..
 
kali kedua datang, order roti goyang garlic cheese & teh O ais
 
sedap - sapuan garlic cheese homemade
harga RM12.90  
 
Harga semua : RM19.70, teh O ais harga RM5.00
ada servis charge 10%

makan di sini sambil stalk kedai nasi kandar ni, bilalah nak buka?

skodeng kedai nasi kandar
adakah saya akan pi beli nasi kandar?
dah banyak kali ke Taman Melawati, teringin nak beli nasi kandar ni 
 
overall, oklah makanan di sini, sedap, cuma harga sedikit overpriced, servis quite slow, tapi still bearable..

Wednesday, 31 May 2023

Lorong Haji Taib : Syurga Kedai Borong

Banyaknya kedai borong di Lorong Haji Taib. Jadi tumpuan peniaga-peniaga membuat belian barang jualan..

Lorong Haji Taib 5, jalan masuk utama ke kawasan Lorong Haji Taib 
dari Jalan Raja Laut. 
Disini terletaknya Plaza GM dan Plaza Haji Taib
dua gedung yang menempatkan pelbagai kedai borong 
 
Plaza Haji Taib
 
kebanyakan kedai borong di tingkat bawah rumah kedai 4-tingkat
 
Rata-rata kedai borong disini menjual beg, perhiasan wanita (costume jewellery), kerongsang, tuala, gadget, permainan kanak-kanak, jam tangan
 
permainan dan jam tangan kanak-kanak
comel je, jam hello kitty
 
kedai beg
 
ada yang jual borong sahaja
ada kedai yang jual 'loose item', yang boleh beli sikit-sikit
 
tertarik dengan kedai jam ni, banyak betul
 
bergantungan jam tangan, bertingkat-tingkat
 
Tapi jenama-jenama nya baru pertama kali dengar. Mungkin kawan-kawan pernah nampak jenama-jenama ni..
 
set jam tangan, rantai tangan dan rantai leher
jenama 'IEKE', first time dengar 
 
lawa, warna rose gold, sesuai untuk dijadikan hadiah
 
his & her watch, jenama Snille
 
jam comel, tali kain 
 
Dah masuk dalam list kedai borong ni kalau nak cari hadiah atau cenderahati
juga untuk pakai sendiri, dah tanya, boleh beli 'loose' setakat 1-2 barang..yeayy..
jenama tak glemer, takpe, asalkan cantik mata memandang...ahaks..
 
ok, kita jalan lagi, lalu depan balai polis Chow Kit ni, 
di bangunan rumah kedai 2-tingkat
 
neighbourhood police station
 
Menghampiri Jalan Sri Amar, dihujung kawasan Lorong Haji Taib, kebanyakannya kedai borong buah-buahan. 
 
keranjang buah-buahan
 

 
Kedai-kedai borong letaknya di Lorong Haji Taib 1 & 2 dan juga di Jalan Raja Laut. Memang meriah kalau hari cuti, ramai yang datang memborong/membeli. 
 
Boleh cari idea kalau nak jual barang online/offline..