Tuesday, 1 August 2023

Batagor & Siomay Khas Bandung

Mencuba makanan Indonesia khas Bandung di Batagor & Siomay Mang Ujang. Lokasinya di Jalan Chow Kit, off Jalan Tuanku Abdul Rahman..

makanan utama ialah Batagor & Siomay, ada ketoprak, bubur ayam juga
ada pisang goreng cheese coklat

ada cilok juga, saus kacang

bubur ayam
 
 Ada banyak gerai di sini, ada yang menjual makanan khas Sumatera juga

ada lontong sayur Medan, soto Medan, 
empek2 Palembag, cenil, lupis

 Kita cuba siomay, order juga sate perut tembusu dan pedal lembu

siomay dan sate perut & pedal


jom makan

Siomay ada kentang rebus, bakso, tauhu, tempe, peria
telur rebus disiram dengan kuah kacang

Dihari lain kita cuba Batagor pula.

bahan-bahan batagor sama macam siomay 
cuma ada bahan yang digoreng seperti bakso & tauhu
kuahnya sama - kuah kacang juga

 order juga lontong sayur Medan

sedap juga

 overall, oklah..cuma baksonya rasa tepung saja, tak terasa daging 
batagor kurang gemar, sebab gorengannya keras, yang lain-lain ok..

Monday, 31 July 2023

Kitkat Dark - koko dari Ecuador & Cote D'Ivoire

 Pertama kali jumpa Kitkat dark chocolate

beli di Bangsar Shopping Complex 
masa pergi haritu
 
 pertama kali dengar negara Cote D'Ivoire
rupanya dulu namanya Ivory Coast

harga RM9.90

not bad, sedap juga, rasa manis tetap ada

Halal Spicy Hotpot @ Petaling Street - Ma La Tang

Salam semua...selamat hari Isnin..

Ternampak dalam tiktok, halal hotpot di Jalan Sultan
di kawasan Petaling Street 
 
Ma La Tang nama kedai ni 

masa ni pukul 12.17 tengahari
masih belum dibuka 

 

pelbagai jenis cara masakan
Malatang - sup pedas
Mizhifanqie - kuah tomato
Mizhiganban - digoreng (dry mix)

masih belum ramai pelanggan, kami yang kedua

sudah mula, pukul 12.30..beratur ambil bahan-bahan segar
 
ada ayam, daging, sayur-mayur, bola, tauhu, dumpling
ada mee, mihun, kueytiau

pelbagai jenis sos/pencicah
 
 ambik ni je
 
 Disebabkan nak makan soupy, dua2 ambik malatang
sup sederhana pedas 
 
 harga - RM32++, kuahnya dah dibubuh cili oil

sedapppp...kuahnya lebih kurang rasa tomyam lemak pedas
Rasa 'mala' taklah sampai membuat bibir rasa kebas

Apakah rasa 'mala'? 
Mala ialah rempah yang selalu digunakan dalam masakan cina Sichuan. Wilayah Sichuan terkenal dengan masakan pedas

What are the spices in mala?
The sauce is made primarily of dried chili peppers, chili powder, douban paste, Sichuan peppercorns, clove, garlic, star anise, black cardamom, fennel, ginger, cinnamon, salt and sugar.

Bolehlah nak repeat, berbaloi..