Monday, 18 September 2023

Kenduri di PAUM, KL

Assalamualaikum, salam Senin..

Pada awal bulan haritu, pergi kenduri di bangunan PAUM (Persatuan Alumni Universiti Malaya) dekat area Bangsar. Kenduri anak kawan kakak, kenduri belah pengantin lelaki...

Menarik tempatnya dan selesa...tempat parking pun banyak..

tempat buffet jamuan & dessert
 
pelamin di hujung sana
 
 

dayang-dayang pengiring
 
mengiringi keluarga belah perempuan
masuk ke dalam dewan
 
yang ni pula mengiringi pasangan mempelai
 
pengantin yang sweet

Alhamdulillah..

Thursday, 14 September 2023

Restoran Raso Omak Den @ Taman Melawati

Jom pekena masak lomak di Restoran Raso Omak Den..di Taman Melawati..

dari depan
 
dari belakang
 
Masuk ikut pintu belakang, dari tempat parking, terus jumpa lauk-pauk
masa ni dah pukul 2 lebih, banyak juga lauk yang dah tinggal sikit
 
best seller - ayam kampung cilipadi, daging salai, rebung cilipadi
 
prghhh..tempoyak daun kayu
 
ada ikan bakar juga
 
amik lauk ni je - rebung & tempoyak daun kayu + udang cili 
 
sedapppp..recommended!!

Friday, 8 September 2023

Hujung Minggu di Melaka - Part 2

Sambung kisah ke Melaka pada 26 - 27 Ogos lepas..

Pagi Ahad, kami sarapan di homestay saja. Perangat makanan yg tapau dari rumah pakcik semalam..bihun goreng dan kuih muih. Pergi ambik durian dan tempoyak di homestay Pak Long tak jauh dari homestay kami. Makan durian pula.

Meh tengok homestay yang luas dan selesa. D'Jannah Homestay namanya. Rumah berkembar setingkat yang di extend di Taman Merlimau Emas, ada 6 bilik tidur. Tak sempat nak snap gambo depan. jom tengok dalam rumah.

 
family area depan master bedroom
disudut kiri tu ialah ruang tamu
 
dapur basah dan kering
 
bilik tidur - 2 ada air-cond, satu lagi bilik lupa nak snap gambo
 
master bedroom with attached bathroom
 
ruang menggosok baju
 
satu ruang di bahagian belakang, macam tempat mengaji
 
Tuan rumah ni seorang ustaz, ada satu almari penuh dengan buku-buku agama. Rate semalam RM250/- Bolehlah riki-riki di facebook..
 
Pukul 11++ kami check out. Tak terus balik KL, singgah di Pokok Mangga, pergi rumah anak saudara arwah abang ipar. Mak dia (kakak arwah abang ipar) ada dirumah anaknya ini..so kita gi ziarah..dia pun ajak semua datang makan tengahari...
 
Sebelum tu singgah Lotus's Melaka Sentral, beli sikit buah tangan...kakak yang pi beli, kita lepak di Starbuck. Pertama kali lepak Starbuck...hehe.. punyelah banyak outlet kat KL, di Melaka baru tergerak nak pi lepak...sebab ramai ahli rombongan..
 
 
saya beli ni je - caramel macchiato & seketul scone
 
dah beli buah2an dan kek, jom gerak
 
 
rumah kuarters hospital melaka 
anak saudara kakak kerja nurse 
 
makan-makan dan sembang-sembang, lepas tu bergerak balik KL. Kakak dan anak saudara singgah di Pantai Klebang dan terus balik kampung di Kuala Pilah (rumah mak mertua kakak)...cikgu cuti sekolah..
 
Kami pula nak singgah Taman Botanikal di Ayer Keroh, nak beli kerepek udang geragau dan belacan..sib baik lalu Batu Berendam & Sungai Putat, trafik lancar walaupun banyak kereta..lalu kedai depan Coconut Shake & Mango juice..ramainya umat manusia...
 
gerai di Taman Botanikal
 
tersangkut jem nak ke tol Ayer Keroh..trafik slow di highway.. 

Alhamduillah..selamat sampai rumah...