Salam semua...dah masuk bulan Oktober..
Pertama kali MyBurgerLab masuk dalam radar kuliner saya semasa depa umum pada Julai 2021 nak bagi pekerja cuti selama 5 hari untuk menjaga kesihatan mental.....
Ooo..bagusnya.. tapi sejak tu dah terlupa pasal brand ni. Selepas acara makan tengahari di Restoran Cili Kampung haritu, di hujung minggunya pula mampir lagi ke Hartamas Shopping Centre untuk acara window shopping pula...hehe..
Ternampak outlet MyBurgerLab, terus terasa ingin mencuba burger di sini. Jom-jom..
#Central Kitchen MyBurgerLab telah mendapat sijil halal JAKIM
simple saja outletnya
banyak pilihan burger ayam, daging & meatless
yang meatless guna cendawan portobello
Nama menu pun menarik & kelakar - ada Vivien's Husband, Makcik Can, Ayam Kau Hijau, Beautiful Mess, The Chuck Norris..kita order yang biasa je..set The Lab Burger..
Cukuplah sekali, nak merasa je..