Thursday, 1 May 2025

Kenduri Kahwin pada 7 Syawal

 Selamat Hari Pekerja dan selamat bercuti semua..

Kisah kenduri di bulan Syawal

Undangan kenduri kahwin yang diterima pada bulan Syawal baru ni
seawal pada 7 Syawal bersamaan 6 April 2025 
 
Masa ni dah balik KL, so dapatlah hadir di majlis ni
kenduri kahwin anak coursemate masa belajar
 
Majlis berlangsung di De'Kenduri, off Jalan Yap Kwan Seng
 
bulan 10 tahun lepas, kenduri sepupu di sini juga
kali ni, lain pula deko tempat kenduri, cantikk
 
the venue
 
tempat letak kereta di tanah kosong bersebelahan tempat kenduri
dah tak ada. Alhamdulillah, ada petugas RELA yang jaga di lorong masuk,
dia suruh parking kat open car park di seberang jalan, dekat pejabat PTPTN
ada buggy datang ambik untuk ke venue kenduri 
 
menuju ke main hall
 
pintu masuk berbunga-bunga
 
cantikkk...I like...
 
ramai lak, tak nampak pelaminnya
 
lauk-pauk kenduri sama macam kenduri cousin
 
teh tarik & laksa
door gift - kuih bahulu gulung
 
Alhamdulillah, dapat memenuhi jemputan sahabat lama
kahwin anak yang sulung...6 orang anaknya..
 
tak jumpa sahabat2 lain sebab mereka tak dapat hadir
ada yang masih di kampung, ada yang hantar anak ke asrama
 
semoga dapat bertemu di lain masa..

Wednesday, 30 April 2025

GMM

 kena attend group management meeting

sib baik meeting online jer

 bosses from branches
kita hanya dengar presentation dan discussion

 bawa laptop, sambil meeting, sambil buat kerja
buat kerja, sikit je, blog walking + reply comments yg banyak
sambil-sambil..
 
pukul 2 petang, baru habis..lapar2..
 
member ofis belanja nasi kandar Saddam 

Alhamdulillah, ayam kicap, telur masin, sayur kobis, cili hijau
 
Aktiviti separuh hari ni

Semua House berwajah baru

 Siapa tahu Semua House kat mana?
hihi..kat area Masjid India di KL..
 
shopping complex legend, dulu selalu pergi sini
beli baju kerja di kedai Top Girl 
 
sekarang Semua House dah direnovasi, diberi nafas baru 
sebelum raya haritu, jalan-jalan ke sini
nak tengok Semua House yang berwajah baru
 

ada restoran di bahagian luar bangunan
 
belah kanan ada kedai nasi lemak burung hantu
 
belah kiri, ada Hadramawt Kitchen
 
ada kedai baklava yg femes -Zaitoun
 
ada restoran Hameediyah
disebelahnya Zus Coffee
 
Ok, jom tengok interior pula
 
Semua House ni 4 tingkat, 2 dibawah tanah, 2 diatas tanah 

tingkat B2 hingga Level 1

 
industrial interior design
 
lebih lapang dan luas di bahagian dalam
 
tangga merangkap bangku
 
ada sudut membaca

 

masa ni orang ramai tengah giler beli hand bag 'brik'
ditingkat G, ramai yang beratur nak naik ke L1
 
 
beg brik yang menjadi kegilaan ramai
 
tengah membeli
 

beli banyak2
 
 oklah, renovation dalam ni..
 
ada outlet Bingxue
 
Bolehlah lepas ni JJCM di sini..