Thursday, 15 May 2025

Petronas Subang NKVE

 Baru-baru ni viral di tiktok Petronas Subang ni
staff yang bertugas bagi arahan style 'air marshal' kepada 
kenderaan2 yang masuk untuk isi minyak, driver pun sporting, 
siap bagi highlight lampu, faham arahan...hehe..

kalau ada kerja di Subang Jaya/Shah Alam/Klang, 
suka singgah Petronas Subang NKVE ni diwaktu pagi
 
sebabnya??
 
Banyak pilihan sarapan..hehe..sedap2 pulak tu..
tiba di sini pukul 9.30pagi
 
kuih-muih, sosej
 
ayam goreng crispy, telur rebus, bun
 
nasi lemak daripada 2 pembekal

pelbagai jenis sandwich & wrap
 
ada lagi kuih-muih tradisional, western foods, segan lak nak snap gambo 
ada kerusi & meja untuk makan, tapi tak banyak
tengok ramai yg tapau je..kita tapau, makan dalam kereta..
 
selain juadah sarapan, ada juga makan kering yang lain, yang ni biasa

  kudap2an, asam2, kacang2
 
antara Petronas yang best bahagian retailnya..

Wednesday, 14 May 2025

Falling in Love with venue Majlis Akad Nikah Luna Maya

Salam nusantara.. 

Perkahwinan dan pernikahan pasangan selebriti Indonesia, Luna Maya dengan Maxime Bouttier, di Como Shambalar Estate, Bali, menarik perhatian ramai. 

Yang paling love (for me) ialah venue majlis akad nikah. Sangat wow, keren banget dekorasinya!..haruslah diabadikan dalam blog..

Gambar-gambar dari IDN Times - tekan sini untuk bacaan lanjut.

Rangkaian mawar dan amaranthus berpadu dengan bunga-bunga bernuansa putih 
berlatar belakang anyaman janur (daun kelapa muda) membentuk bunga
 

Detail anyaman janur pada kursi digarap sangat rapi, perpaduan janur muda 
dan daun yang mulai menguning
 
Suka colour code sebegini. Nampak cool and senada sangat cocok untuk acara sakral penyatuan dua jiwa..
 
Siapa disebalik dekorasi indah ini?

Dari postingan Luna dan Maxime, mereka mempercayakan dekorasi untuk akad nikahnya pada Stupa Caspea yang bekerjasama dengan Make A Scene Bali. Stupa Caspea merupakan vendor dekorasi asal Jakarta. Sementara Make A Scene Bali adalah studio desainer dan pakar anyaman dari Mengwi, Bali. Di balik semuanya itu, ada Bimo Singgih yang menjadi konseptor sekaligus stylist-nya.

(sumber : suara.com)
 
Semoga samawa dan langgeng hingga ke akhir hayat 
buat pasangan mempelai..

Tuesday, 13 May 2025

Majlis Ukhuwah di Putrajaya

Assalamualaikum semua..selamat kembali bekerja..
 
Kisah hari Sabtu 10.5.25. Pakcik teman yg bongsu, buat majlis makan-makan sempena persaraan beliau merangkap majlis jamuan raya juga. So, ni majlis terakhir di rumahnya di quarters kerajaan di Presint 17 Putrajaya sebelum berpindah keluar.
 
Mak teman nak pergi awal, nak tolong apa yang patut. Kami sampai dalam pukul 12 tengahari. Ada beberapa kerja yang masih belum selesai. Banyak menu disediakan oleh tuan rumah..
 
Menu masak dan prepare sendiri - nasi putih, asam pedas ikan tenggiri, sambal belacan, telur masin, ada ulam-ulaman juga, laksa utara, mihun soto, rojak buah, rojak mamak, spageti goreng (untuk kanak-kanak), ubi rebus cicah sambal tumis, buah tembikai dan honey dew. Yang diorder - nasi ayam, bubur kacang, pelbagai jenis kek dan kuih-muih..
 
Adik makcik yang masak asam pedas..air tangan orang Melaka. selain adik makcik, anak saudara makcik juga tolong masak dari awal. Jiran-jiran pun ada datang menolong.. 

bahan-bahan untuk rojak mamak (pasembor)
 
bahan-bahan untuk rojak buah
makcik saya ni terer masak kuah rojak buah
 
ada ubi rebus, sambal bilis, mee goreng (sarapan)
 
siat ayam jadi ayam suir untuk menu soto
 
menggoreng pegedil untuk menu soto
 
menggoreng cucur untuk rojak mamak
disebelahnya memanaskan kuah rojak mamak
makcik dah buat awal-awal
 
Meja hidangan di luar rumah. rumah pakcik corner unit, so manfaatkan
ruang kosong depan lif dan depan laluan ke tangga 

dari kiri - telur masin & ulam2an untuk nasi putih lauk asam pedas ikan
yang atas rojak buah, yang dibawah - telur rebus 
dan timun untuk rojak mamak
 
timun & sengkuang untuk rojak mamak
ulam2an untuk laksa utara dan dihujung sekali ialah nasi ayam
 
dessert table - ada soto, ubi rebus + sambal
brownies, buah2an, kek2

 Selepas solat Zohor, tetamu mula datang. Kita pun makan dulu
sebelum tetamu ramai 
 
rojak buah
 
Keluarga adik-beradik, sepupu2, makcik2, mula datang
 
anak2 saudara, sepupu, makcik, tetamu yang lain
 
Saya yang bawa mak kena tunggu sampai pukul 6 lebih
bagi peluang mak bersembang dengan adik-adik dia
dengan tetamu dari kampung arwah nenek 
 
Dah selesai majlis, nasi ayam banyak lebih, bungkus sikit
bawa balik ke homestay..malam ni tidur di homestay
book satu malam di Dwiputra Residences di Presint 15 
 
Besar apartmentnya..1200sf..

dapur yang luas dan lengkap
 
menarik betul kolam renangnya
malas nak turun, bersantai-santai je di apartment
 
 Hari Ahad, check out...back to KL..