Tuesday, 2 July 2013

South Korea: Day 7 - Korean Folk Village (Finale)

Sambung entry sebelum ni.  Selepas bertandang ke rumah nobleman, berjalan merayau-rayau sekitar kampung, melawat kawasan. My sister berehat di wakaf. Saya jalan sorang-sorang ke sini - Nea Ja-Won (Historical Drama Filming Experience).


sageuk kdramas
Ada tempat photoshoot macam di atas...dari kiri atas: the Moon Embracing the Sun dan Time Slip Dr Jin. Di bawah: Arang & the Magistrate dan Sungkyunkwan Scandal.

rumah eunuch
Eunuch, you all tahukan siapa? Lelaki yang kena 'kasi', hidupnya hanya berkhidmat kepada raja. Ketua eunuch tugasnya sebagai 'butler', PA kepada Raja. Golongan eunuch ni menjaga hal ehwal istana seperti pentadbiran, kewangan dan rekod-rekod peribadi raja dan keluarga diraja. Di dalam drama the Jewel in the Palace dan Dong Yi, boleh lihat peranan golongan eunuch ni..drama lain pun ada, tapi cuma peranan ketua eunuch sahaja..

Kemudian saya ke Marketplace - the Bazaar. Terserempak dengan my sister di sini, sedang belek-belek fridge magnet. Decided to take lunch di sini, jika ada menu yang boleh dimakan. Ada beberapa cafe dan juga foodcourt. Mari lihat apa yang dijual..

kedai jual minuman & ais krim
the marketplace
hajat tak kesampaian
Mula-mula nak try Tteok ni tapi bila tengok gerainya ada juga menjual roasted pork, cancel terus. Pilih yang ni Haemul-pajeon, seafood with green onion pancake..harga KRW13,000.

open kitchen concept - boleh berdiri ditepi tengok ahjumma ni masak
Gerai ni jual empat jenis pancake, InsyaAllah, boleh dimakan.  Selain  haemul pajeon, menu yang lain - kimchijeon (kimchi pancake), nokdu bindaetteok (grated mung bean pancake) dan gamjajeon (grated potatoes pancake). Bukan ganja ye, gamja..

tempat makan yang sempoi - open air

haemul pajeon
Haemul pajeon ni cuma ada sotong kurita kecik dan kupang (sikit-sikit je), daun bawang dan lobak merah (yang ni banyak).  Ada kicap pencicah, tapi kami tak cicah pun, sebaliknya makan dengan sos cili peket KFC *ada spare dlm bag*, wahh..rasanya sebijik macam cucur udang kat Malaysia..sebab tepungnya banyak. Di sini takde gerai jual air, sebab air free je..seperti biasa air kosong, ambik di tepi tiang.. DIY..

Lepas makan, jangan lupa simpan tray di tempatnya seperti ni..
 
energy saving
Dah makan, buat U-turn, bergerak ke arah main entrance sebab marketplace ni berada di bahagian hujung sekali. Dah dekat pukul 2.00 petang, masa untuk pertunjukan Farmer's Music and Dance. Farmer's Dance ni dipersembahkan semasa musim menuai, harvest festival gitu..chuseok dalam bahasa Korea.

nice headgear
colourful
menterbalikkan diri
goyang kepala
aksi gasing pangkah


Habis je tarian ni, ada lagi satu pertunjukan - Acrobatics on a Tightrope walking. Yang ni hari Isnin, off.

bikin copot-copot jantungku
Penonton membuat muzik latar dengan ooohh..ahhh..eeiii..seriau je tengok..Tak menunggu sampai habis, bergerak ke kampung seberang, menyeberangi sungai melalui the stepping stones..natural bridge..

natural bridge..
swinging on the swing
Ada buaian, teruja nak naik..kalau ada buaian yang boleh berdiri macam dalam the Princess' Man lagi best..*berangan*

buaian berdiri dalam kdrama the Princess' Man
Ada rakit dan juga perahu, boleh naik..tapi malas nak naik. Jangan risau ada life-jacket, bagi sesiapa yang nak naik.

sejuk mata memandang
Disini juga ada mini theme park, hostel, World Folk Museum dan convention centre tetapi kalau nak pergi bahagian ni kenalah beli tiket untuk full admission = KRW20,000. 

blacksmith workshop
Hallyu star shop
Terserempak dengan pelakon-pelakon tambahan, ada berpakaian polis, scholar, commoner..

Pelakon-pelakon on the way to shooting location

Bersebelahan KFV, ada Gyeonggi Korean Traditional Music Centre. Luasnya 48,000 sq. metres (14,549 pyeong). Pyeong ni ukuran di Korea, kalau kat Malaysia, ekar lah kot. Yang ni tak pergi, tak berminat, lagipun tak buat research mengenai tempat ni.

Kami pun tunggu bas 5001-1, bas penuh, saya kena berdiri sampai Gangnam, my sis dapat seat. Kali ni turun di bus stop Gangnam Station, ikut Exit 5 ke underground shopping complex. Sambung aktiviti shopping dan cuci mata pula..beli satu handbag di sini, souvenir untuk diri sendiri, harganya reasonable sebab ada huge discount..takde jenama tapi jenis kulit, jadilah.

Electric blue  *non politically related*
Kemudian decided nak ke Cheongdamdong, influenced dari kdrama Cheongdamdong Alice. Sebenarnya nak tengok garosu-gil - tree-lined streets di Cheongdamdong Street. Untuk ke Cheongdam dari Gangnam, cuma transit dua stesen sahaja. First naik Line 2 ke Seolleung, sambung Bundang line ke Gangnam-gu Office and then Line 7 ke Cheongdam station.


Cheongdamdong di Exit 5
Keluar Exit 5, berada di permulaan Cheongdamdong Street. Hajat hati nak berjalan hingga ke Apgujeong Rodeo Drive tapi dah penat. Jadilah sekadar menjejakkan kaki di Cheongdam, mission accomplished.

Cheongdamdong dan Apgujeong ni dianggap sebagai 'the Beverly Hills of Seoul" - banyaklah upmarket retailers seperti Louis Vuitton, Prada, Gucci, ada gedung-gedung mereka tersendiri di sepanjang Cheongdamdong Street. Apgujeong juga pusat 'plastic surgery' di Seoul..patutlah banyak benor iklan plastic surgery di stesen subway..

depan lagi, dah menghijau pokoknya

Cheongdamdong Street - KTO website
Turun ke underground shopping complex di Cheongdam station, jalan-jalan, beli nasi di Daiso dan beli kuih kek beras, tteok - satu plain, satu lagi bersalut kacang..dua-dua rasa tawar..

tteok
Untuk balik ke GH, ambil Line 7 ke Express Bus Terminal, sambung Line 3 ke GH. Start packing, esok dah nak balik Malaysia..huhu..

Monday, 1 July 2013

South Korea: Day 7 - Korean Folk Village (Part 1)

Assalamualaikum..sambung entry untuk Day 7, masih di dalam bas ke Korean Folk Village di Yongin. Untuk ke sini, kami refer info ini, save dalam tab, for offline reading.

Bas yang kami naiki exit highway di plaza tol Suwon. Kemudian melalui satu pekan kecik, di sepanjang jalan, ternampak banyak signage ke Korean Folk Village. Walaupun refer pada entry tu, tapi dari dalam bas, memang tak boleh nak cam dua bangunan warna putih dan coklat (tempat nak turun) sepertimana dalam entry. BIla dah sampai, pemandu bas jerit dalam bahasa Korea, kami pun confident je turun, Alhamdulillah, betul tempatnya.

Kena melintasi parking lot yang luas, baru sampai ke tempat menjual tiket dan pintu masuk utama.

Hanok - never get bored with this building
Entrance fee untuk orang dewasa KRW15,000, kanak-kanak KRW10,000, ini cuma untuk general admission. Kalau full admission (termasuk theme park), fee KRW20,000. So far, inilah fee yang paling mahal untuk tourist attraction di Korea Selatan ni. Ambil pamphlet, study dulu, susun strategi..sebagai peminat sageuk kdrama, it is a dream comes true..jom explore..

site layout plan of KFV
Fact sheet about Korean Folk Village (source: KTO website) :
Set in a natural environment occupying approximately 243 acres, visitors can experience the natural atmosphere with over 260 traditional houses reminiscent of the late Joseon Dynasty, including various household goods from different regions. All these features have been relocated and restored to provide visitors with a broad understanding of Korean food, clothing, and housing style of the past. About twenty workshops, various handicrafts such as pottery, baskets, winnows, bamboo wares, wooden wares, paper, brass wares, knots, fans, musical instruments, iron wares and embroidery are practiced. In the Korean Folk Village, where the customs and lifestyles of the past generations have been carefully preserved, various lifestyles prevalent during the Joseon Dynasty can be seen. Korean Folk Village is also the filming location for the famous movie Sungkyunkwan Scandal as well as the TV miniseries Daejanggeum.

Kawasannya redup, banyak pokok, sangat nyaman untuk bersiar-siar..walaupun sudah tengahari. Di sini kami tak jumpa ramai pelancong asing, tetapi ramai pelancong Korea dari kalangan kanak-kanak tadika dan orang tua-tua, yang naik kerusi roda, yang pakai tongkat..old folks melawat folk village..

Yangbanjang Cafe - stail duduk bersila
drama Jewel in the Palace pun ada shooting di sini
Berjalan ke bahagian Folk Village. Pada zaman kerajaan dinasti-dinasti, memang ada kasta  - ada nobleman (yangban), scholar, commoner, peasant (orang paling miskin), hamba kerajaan, hamba biasa. Rumah-rumah mereka melambangkan status sosial. 

rumah petani - atap rumbia

Choga-jib - rumah orang miskin - atap rumbia juga
rumah orang kaya - atap genting
shooting location for SKKU Scandal
Rumah orang kaya diatas pernah jadi shooting location untuk drama Sungkyunkwan Scandal - scene di mana freshies (hero) kena raging masa hari orientasi. Kelakar scene ni..

Setiap rumah ada 'ondol' iaitu sistem pemanasan pada musim sejuk, guna kayu api bawah rumah. Nak tahu penciptaan 'ondol' ni, boleh tonton kdrama 'Ballad of Suh Dong/Song of the Prince/Seo Dong Yo' - cerita di zaman Dinasti Baekjae dan Dinasti Silla.

budak2 national service kena khidmat sosial - tolak wheel chair old folks
tukang kayu
klinik desa
tea time
bermain Tu-ho
Rumah pasong
 Ada lori KBS production dekat tepi tu. Tunggu masa untuk shooting - drama Fugitive of Joseon/Mandate of Heaven kot..tengok lokasi dalam drama tu macam sama je..

Tiba-tiba terdengar upbeat muzik dari performance area - ada pertunjukan Fusion B-Boy Dance, dah pukul 1.00 tengahari, rupanya. Dressing style zaman dulu tapi menari 'breakdance' kot, atau hip-hop ke, entahlah..budak-budak tadika bukan main menjerit kuat-kuat..seronok benor deme ye..

smartly choreographed
Berjalan lagi, mengikut map..suasana hijau malar segar..

kebun sayur dan kuda-kuda
kebun lagi
pokok gandum

pokok barli
wakaf - tempat lepak
rumah yangban (nobleman)
khemah untuk traditional wedding ceremony

Timing untuk traditional wedding ceremony ni pukul 12.00 tengahari dan 4.00 petang. Kami dah terlepas yang pukul 12 nya, nak tunggu pukul 4, memang tidaklah. So, sesiapa yang nak ke sini, make sure sampai sebelum pukul 12, kalau nak tengok upacara ini. Boleh jumpa pengantin perempuan seperti di bawah ni..

source: www.the koreaguide.com

Bulatan merah di dahi dan kedua belah pipi dipanggil yonji dan gonji. Tujuannya untuk menghalau hantu jembalang (evil spirit) dan juga memberi kesucian (to give purity) serta kasih sayang berganda-ganda (lots of love) kepada pengantin perempuan..xoxo..direct translation..

Bersambung...sebab besar sangat KFV ni..stay tuned..