Thursday, 25 July 2013

Sambelnya Juara 1Dunia!!!

Assalamualaikum..salam Ramadhan...

Hari ni ada majlis perpisahan untuk dua orang colleagues, seorang join bank, seorang lagi gi developer company. So, HR arranged majlis sekali dengan berbuka puasa di Dapur Penyet di Maju Junction Mall, depan office sahaja. 

Dah ada jejantas, senanglah nak melintas. Hmmm..idok guna juga, tengok jalan clear, terus melintas jalan dengan riang-ria..hehe..old habits, die hard..

at Maju Junction Mall
food, food and more food
yang mana satu?
ayam bakar madu dgn nasi putih
close-up - ayam bakar madu
iga bakar dan the red devil sambal tumis udang petai

The verdict: Sambal-sambalnya..ya ampon, pedas giler..aku yang tersakiti makan sambal-sambalnya..terpenyet..terhenyak...Judika pun setuju..Sambelnya Juara 1Dunia!!!..bukan 1Malaysia ye..

betul, betul..betul
Rupa-rupanya Judika ada datang makan di sini bulan lepas....semoga dia tidak setengah mati merindu sambel-sambel disini...silalah mampir ke Dapur Penyet and feel the moment..

Friday, 19 July 2013

Sudah dibuka..skywalk..

Assalamualaikum, salam Jumaat..sudah 1/3 bulan Ramadhan, tinggal 2/3 lagi, tingkatkan pecutan ibadah..
......................................................................

Sehari sebelum bulan puasa haritu, jejantas berbumbung di depan pejabat ni dibuka untuk orang ramai. Jejantas ni panjang, dari stesen LRT Sultan Ismail hingga ke stesen monorail Medan Tuanku. Untuk kemudahan mereka yang menggunakan kedua-dua public transport ni.

ke stesen LRT Sultan Ismail

ke stesen monorail Medan Tuanku
view from Tune Hotel
berlindung dari panas dan hujan

view from the skywalk - entrance to Maju Junction



Tune Hotel KL

Kira OKlah ada skywalk ni, takdelah menunggu lama untuk melintas Jalan Sultan Ismail. Nak pula ada polis trafik jaga, memang lamalah kena berdiri di traffic-light.  Semoga banyak lagi idea-idea dari DBKL untuk keselesaan masyarakat..

Tuesday, 9 July 2013

Hadirnya fajar Ramadhan, bagaikan bertemu kekasih..

“Selamat datang bulan yang akan membersihkan kami, bulan yang didalamnya semuanya baik, puasa siang harinya dan bangun malamnya, sedekah dalam bulan ini sama dengan membelanjai perjuangan jihad fisabilillah”
Begitulah kata-kata aluan Sayidina Umar Ibnu Khattab bila menyambut kedatangan fajar Ramadhan.  Gembira dan rindu serta terharunya hati orang-orang soleh menunggu kedatangan Ramadhan dengan penuh debar kerana mereka masih lagi berpeluang menghirup udara Ramadhan yang penuh berkat.

Sesungguhnya syurga telah diperhias setiap tahun ketika masuk bulan Ramadhan.  Pada malam pertama Ramadhan, datang angin dari bawah Arasy yang bernama ‘Al Mutsirah’ menggoyang-goyangkan daun-daun syurga dan menggerak-gerakkannya sehingga terdengar oleh bidadari dari jendela atas syurga dan berseru:
“Siapakah yang meminang kepada Allah untuk dikahwinkan dengan seorang dari kami?”
Kemudian bidadari itu bertanya kepada malaikat Ridhwan.
“Ya Ridhwan, malam apakah ini?”
Jawab Ridhwan, “Inilah malam pertama dari bulan Ramadhan”
Kemudian Allah berfirman: “Ya Ridhwan, bukalah pintu-pintu Syurga untuk orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad SAW”.
Dan Allah berfirman pula kepada malaikat Malik: “Ya Malik, tutuplah pintu-pintu Neraka Jahim untuk orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad SAW.”
Itulah diantara kelebihan bulan Ramadhan yang di dalamnya terdapat amalan puasa.  Puasa ibadah yang dituju khusus kepada Allah sebab ianya merupakan rahsia batin. Seseorang itu boleh meninggalkan makan minum dan tidak menurut hawa nafsunya bila tidak dilihat orang, tetapi melalui puasa seseorang itu sanggup meninggalkan makan, minum dan mengekang nafsu walaupun bersendirian.  Oleh sebab puasa merupakan amalan kebatinan yang menuntut keikhlasan melakukannya untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah sebagaimana firmanNya:
“Semua amal anak Adam dilipatgandakan dari sepuluh sampai tujuh ratus, kecuali puasa. Maka puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, ia meninggalkan syahwat, makan dan minum keranaKu dan puasa itu sebagai perisai”
Bulan Ramadhan juga bulan yang dirindukan kerana setiap amalan yang dilakukan di dalam bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya oleh Allah.  Amalan sunat yang dilakukan di dalam bulan ini akan diberi pahala menyamai pahala fardhu pada bulan yang lain dan setiap amalan fardhu yang dikerjakan didalam bulan yang mulia ini akan dilipatgandakan menyamai pahala 70 fardhu pada bulan yang lain.
Berpuasa mendatangkan kegembiraan, ketenangan dan kelapangan hati disamping mendapat pahala keampunan dari Allah SWT sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan.  Kegembiraan pertama ketika masa berbuka puasanya dan kegembiraan yang kedua ialah ketika menemui Tuhannya.”
Sumber: Buletin Qariyah 1996, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya