Assalamualaikum...trip ni semakin hampir ke penghujung, ayohh, kita sambung cerita aktiviti di hari kelima.
Selepas melawat Dhara Dhevi Hotel yang menarik lagi debomb tu, saya meneruskan misi solo, ramble with a cause in Chiang Mai dengan meng-explore the old city. Ini kali kedua ke sini, tapi kali ni lebih santai dan rileks sebab takde pasar malam.
Selepas melawat Dhara Dhevi Hotel yang menarik lagi debomb tu, saya meneruskan misi solo, ramble with a cause in Chiang Mai dengan meng-explore the old city. Ini kali kedua ke sini, tapi kali ni lebih santai dan rileks sebab takde pasar malam.
Tha Phae Gate di waktu senggang
Masuk je old city melalui gate ni, akan nampak dua cafe, di sebelah kiri - Black Canyon Coffee, di sebelah kanan - the Coffee Club.
Black Canyon Coffee
The Coffee Club
Chiang Mai is a cafe wonderland. Akan jumpa banyak cafe di sini..toleh kanan ada cafe, toleh kiri nampak cafe, sepanjang jalan ada gerai/kiosks yg jual kopi, macam-macam nama ada, mostly local cafes. Starbucks dah biasa..sampaikan Mat Saleh ni buat entry khas senarai cafe di Chiang Mai - Cafes to work from in Chiang Mai. Lagi artikel on cafes..Cafes, Cafes, Cafes.
So, misi solo saya hari ni ialah menjejaki dan mengopi di dua cafe yang ada dalam entry Mat Saleh tu..hehe. Jom start berjalan dari Rachadamnoen Rd, mencari Akha Ama Cafe, yang berada di hujung jalan ni..
So, misi solo saya hari ni ialah menjejaki dan mengopi di dua cafe yang ada dalam entry Mat Saleh tu..hehe. Jom start berjalan dari Rachadamnoen Rd, mencari Akha Ama Cafe, yang berada di hujung jalan ni..
mulanya di sini
suasana di Rachadamnoen Rd - songthaew dan tuk-tuk silih berganti
suasana di Rachadamnoen Rd - songthaew dan tuk-tuk silih berganti
Nampak rumah lama ni yang dijadikan Lanna Architecture Centre oleh Faculty of Architecture, University of Chiang Mai.
Rumah ni namanya Khum Chao Burirat (Maha Intra) house. Maknanya, entahlah, lupa nak check pulak. Dibina mengikut kombinasi tradisional Lanna dan western architecture. Tingkat bawah kombinasi Manila dan kolonial style, tingkat atas dibina mengikut Chiang Mai style wooden house.
verandah
Ok, move on..jalan lagi, akhirnya jumpalah Akha Ama Cafe. Apa yang best kopi ni? Kopi di cafe ni ditanam, diproses dan dijual oleh kaum hilltribe Akha sendiri. Projek menanam pokok kopi Arabica ni dimulakan oleh seorang ibu kaum Akha yang bernama Meelor di Meejantai Village. Sebab tu nama cafe ni - Akha Ama - 'ama' ialah ibu dlm bahasa Akha.
Gambar Meelor diabadikan sebagai logo cafe ni. In 2010, she established Akha Ama Coffee as Social Enterprise with
her son (Lee Ayu Chuepa) to support coffee farmers in their hometown (Maejantai Village). Untuk info lanjut - boleh baca di website Akha Ama. Sangat menarik kisahnya.
kecik je outletnya, ada satu lagi outlet di Nimman area
Bila nampak bank yang disebelah cafe ni, Krungthai Bank, teringat iklan bank ni dalam entry Domestic Thriller, memang kelakar..sangat kreatif iklannya..highly recommended..
Jom mengopi..cuaca panas terik, order iced coffee latte..
Dah habis mengopi, jom bergerak semula. Recharged, energy level is high. Melintas jalan untuk bergerak ke utara pula, menyusuri jalan di sebelah barat old city. Terjumpa Buri Gallery House, menarik tempatnya, jom masuk, snap gambar.
Takde orang, jomlah balik
Jalan ke arah utara, nak tengok north gate. Jumpa banyak hotel dan guesthouse yang menarik senibinanya, konsepnya..teruja, teruja..
De Lanna Hotel
north moat
north gate - Chang Phuek Gate
titian
Kali ni mencari satu lagi cafe dalam misi saya iaitu Libernard Cafe, cafe yang menarik di halaman asmara rumah traditional Thai. Lokasinya bukan di old city, agak tersorok sikit, off the main road. Berpandukan peta yang diprint dari wikimapia, cafe ni telah berjaya dijumpai..hehe..
masuk lorong ni
espresso - terbaik
pokok kopi
Cafe ni, mengikut firasat hamba, tak lama lagi akan ditutup. Kawasan tak macam cafe langsung, berselerak dgn barang2, macam nak pindah. Owner tu pun cakap tak ramai pelanggan yang datang. Tinggal dia sorang saja yang organise, anaknya dah cari kerja lain. Tapi kopi dia memang terbaik, bila minum, terasa sweet n bitter, gives you a longer aftertaste aroma..
Cuma dua cafe ni saja yang ada dalam misi saya, so missions accomplished, jom balik hotel. Panas terik, lunch belum lagi, asyik minum kopi je..hihihi..
---------------------------------------------
Balik hotel, berehat, letih berjalan. Pukul 3.00, pergi terjun dalam plunge pool..bestnya..berendam, rasa tak nak keluar. Tapi ada pulak gangguan, datang dua orang lelaki dok menunggu di kerusi malas di tepi kolam. Kitaorang terus cabut ke bilik, nasib baik satu level je. Bersiap untuk keluar lunch di halal street.
deretan kedai makan di halal street
baru hari ni dapat melawat sekitar sini, sebabnya kedai-kedai di kawasan ni ditutup awal
Jalan ke depan lagi, ada banyak lagi kedai-kedai orang Islam rupanya..
Khao soi Islam Restaurant - Chinese Muslim
kat banner tulis "Selamat Datang ke Thailand"
terselit juga cafe kecik ni
gerai depan masjid
butik dan kedai buku Islam
Untuk Muslim travelers, usah gentar, usah risau, macam-macam ada di halal street ni..siapkan baht saja..
--------------------------------------------------------------------------------
Dah habis membeli-belah jajan dan foods di halal street, bergerak ke utara untuk ke Warorot Market. Jam menunjukkan hampir ke pukul 5.00 petang. On the way, jumpa Muzium Setem dan di seberang jalan, ada Muzium Telekom. Dua-dua dah tutup.
Muzium Setem
Muzium Telekom
Sebelum ke Warorot Market, akan jumpa Flower Market..banyaknya bunga di waktu petang-petang begini.
Warorot Market
Dah tak larat berjalan, decided balik hotel tapi ikut jalan belakang, yang penuh dengan kedai runcit, kedai ubat, dll.
pintu gerbang
Sampai hotel, terus terjun atas katil, melurus-luruskan kaki dan pinggang..tak larat benor rasanya..malam dah tak nak keluar..nak bermalas-malas je dalam bilik, untuk dinner, makan jajan je, tiba-tiba..
Ting! takleh jadi, kena pergi juga, kena buat juga..dah sampai sini, murah pulak tu, esok dah nak balik....pergi mana? apa yang murah? hihi..Thai body massage..kuatkan semangat untuk berpisah dgn katil, jalan perlahan-lahan ke kawasan Night Bazaar. Pergi outlet yang dekat pintu gerbang halal street..buat massage selama satu jam. THB150..murah giler. Semasa tengah massage, boleh dengar laungan azan Isyak..setiap hari mendengar azan, semoga mereka semua mendapat taufik dan hidayah..aamiin..
Sekian, aktiviti seharian di hari kelima. Esok dah last day, tapi masih ada masa untuk merambu-ramba sebab flight petang. Ada satu lagi misi yang perlu dilunaskan..hehe..thanks for reading.