Ada tak kawan-kawan yang tinggal di pied-à-terre?
Pied-à-terre, bukan bahasa Hindustan ya, tapi bahasa Perancis, yang bermaksud "a foot on the ground" - jejak kaki di atas tanah..
Menurut wikipedia - 'Pied-à-terre' is a small living unit usually located in a large city some distance away from an individual's primary residence. It may be an apartment or condominium. The term pied-à-terre implies usage as a temporary second
residence (but not a vacation home), either for part of the year or part
of the work week, by a reasonably wealthy person.
Maksudnya lebih kurang - tempat tinggal sementara di pusat bandar dan digunakan semasa waktu bekerja (weekdays) kerana rumah utama lokasinya jauh dari tempat kerja.
Memang sedia maklum, sekarang ni rumah bertanah - rumah teres, berkembar dan sesebuah (banglo) memang mahal harganya di dalam kawasan bandar. Majoriti diluar kemampuan bagi kebanyakan golongan marhaen.
Bagi mereka yang suka tinggal di rumah bertanah (memang suka!), tiada pilihan lain melainkan membeli rumah di kawasan pinggir-pinggir bandar atau di luar bandar. Kalau di Lembah Kelang, ramai yang beli rumah di Bangi, Klang, Hulu Langat, Semenyih, Puncak Alam, ada juga yang beli rumah di Seremban.
Bila rumah utama jauh dari tempat kerja (bagi mereka yang bekerja di bandaraya Kuala Lumpur), ada yang malas nak travel hari-hari, nak mengharungi kesesakan lalu-lintas. Keluar gelap, balik pun gelap. Sampai rumah dah malam, esok dah nak keluar semula awal pagi. Maka, wujudlah 'pied-à-terre', rumah persinggahan semasa hari-hari bekerja.
Mereka yang bujang bolehlah nak duduk pied-à-terre, kalau yang dah berkeluarga, anak-anak bersekolah, susah sikitlah kan. Tapi sekarang, sudah ada pengangkutan awam - MRT, KTM komuter, perjalanan ke bandaraya Kuala Lumpur semakin mudah.
OKbai..