Friday, 31 July 2020

Salam Aidil Adha 1441H

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1441H

selamat berhari raya di kampung halaman tercinta

#teamrayakuale #staysafe #kitajagakita 

Wednesday, 29 July 2020

Ohh...Ayam Goreng Korea..

Assalamualaikum semua..

Siapa suka makan ayam goreng Korea? Ada banyak pilihan di pasaran, dulu cuma ada KyoChon, sekarang ni ada brand 4Fingers dan NeNe, yang menu utama ayam goreng. Di restoran Korea Sweetree, K-fry, Sopoong, Myeongdong Topokki, Dubu-yo, EID..pun ada jual ayam goreng..

Setakat ni yang pernah makan 3 brand je - KyoChon, 4Fingers dan NeNe. KyoChon dah lama try, dalam entry Korean Foods. Masa tu Lee Min-ho jadi duta.

Tahun 2018, try ayam goreng 4Fingers di Sogo KL.

4Fingers

Tahun ni, try NeNe Chicken di Sunway Putra Mall

 
NeNe Chicken perisa bulgogi

Tetiba teringin nak buat sendiri. Semalam cuti, ada appointment doktor, cari bahan-bahan untuk buat korean fried chicken. Ikut resepi Cik Suerin, boleh klik sini Resipi Ayam Goreng Pedas Korea. Ada youtube video lagi. Kamsahamnida Cik Sue, saranghae..

Bahan-bahannya: sos gochujang, madu, bawang putih, kicap masin, cuka epal, minyak bijan, sos tomato, bijan putih, daun bawang.

 sos gochujang
benda pertama yang dibeli di shopee
buat akaun shopee sebab nak beli sos ni..hehe..
tengok kat Sogo pun ada jual...huhu..

diantara bahan-bahannya
sos tomato peket kecik ni je, malas nak beli yang botol besar

Cara memasaknya: 
1. Ayam dipotong kecil dan digoreng. Tak kisahlah nak goreng biasa atau celup tepung. Tengok dalam kabinet ada tepung goreng ayam Bestari, so kita celup tepung.
2. Untuk sos nya, cincang bawang putih dan tumis.
3. Menderhaka sikit, saya masukkan sesudu cili kisar.
4. Bila cili dah masak, masukkan sos gochujang dan sos tomato. Masak sekejap.
5. Kemudian masukkan satu persatu - kicap masin, minyak bijan, cuka dan madu (sukatan agak-agak je).
6. Bila dah mendidih, tutup api dan gaulkan sos dengan ayam goreng.
7. Dah bubuh dalam pinggan, tabur bijan putih dan daun bawang.

bolehlah..ayam goreng korea versi pedas
daun bawang lupa nak beli

Percubaan pertama, bolehlah improve lagi..bagi manis sikit..

Bolehlah cuba ya kawan-kawan..

Monday, 27 July 2020

Islamic Traditions in Old Bazaars, Turkey

Merhaba!

Jom jalan-jalan ke Turki, melawat bazar-bazar lama, yang wujud sejak zaman Khalifah Othmaniah, dalam rancangan Islamic Traditions in Old Bazaars di saluran 109, Astro Naura.

Rancangan ni disiarkan pukul 9.00 malam hari Jumaat, kemudian ulangannya pada hari Sabtu, pukul 2.00 petang dan 7.30 malam.



Bazar bertutup (covered bazaar) dalam bahasa Turki dipanggil Bedesten. Rancangan ni menyiarkan bagaimana bazar-bazar tradisional ini menghadapi cabaran di zaman moden. Antara bedesten yang disiarkan ialah di Bursa, Adana, Safranbolu, Gaziantep, Odunpazari, Edirne, Ankara, Beypazari. 

Di youtube, cuma ada satu saja yang ada sarikata English, iaitu bedesten di Beypazari.

The program “Islamic Traditions In Old Bazaars” brings to the screen the representatives of the professions rooted in centuries of history with the tradition of master – apprentice relationship and their working environments. The program visits the business inns and the bazaars where people open up their shops with prayers in the morning, work together in camaraderie and see their customers as their benefactors. Positioned as the production centers of Anatolia during the Seljuk rule and the Ottoman rule, the program sheds light on how these places continue their existence and preserve their value even in today’s society of industry and technology.

Kebanyakan lokasi bazar ni berdekatan dengan masjid. Ada beberapa masjid yang dibina pada zaman Othmaniah mempunyai kompleks yang luas dan menempatkan bangunan lain seperti hamam (tempat mandi awam), madrasa (tempat belajar Al-Quran), bedesten, imaret (dapur awam untuk beri makan kepada golongan miskin) dan ada juga caravanserai, hospital.


Bedesten di Tarsus. Masjid yang beratap jingga
bedesten yang ada 5 kubah di depannya

Selepas solat Subuh, peniaga akan bersarapan bersama dan kemudian, membuka kedai mereka. Kebanyakan peniaga telah lama berniaga di bedesten.
 
Kirkkasik Bedesteni di Tarsus, Turki


Ada kedai yang sudah wujud lama, hingga 3 generasi dan masih mengekalkan kaedah tradisional, secara manual. Ada tukang kayu, tukang kasut, tukang besi, tukang perak.

tukang barangan perak (coppersmith)

tukang jahit quilt (cadar)

 tenunan kain

pembuatan pisau

Bila diinterview, peniaga-peniaga ni redho jika kemahiran tangan ini akan pupus sebab generasi muda tidak berminat untuk meneruskan legasi mereka.

Selain kedai, bedestani juga tempat untuk mendapatkan kuih-muih dan makanan tradisional.

kuih tradisional Turki di Kirkkasik Bedestani

Menarik sekali rancangan ini. Setiap rancangan dibuka dengan bacaan doa. Hari Jumaat yang lepas, dah episod 12 dan 13.

Teringinnya nak travel di Turki...semoga ada rezeki ke sana.