Wednesday, 29 July 2020

Ohh...Ayam Goreng Korea..

Assalamualaikum semua..

Siapa suka makan ayam goreng Korea? Ada banyak pilihan di pasaran, dulu cuma ada KyoChon, sekarang ni ada brand 4Fingers dan NeNe, yang menu utama ayam goreng. Di restoran Korea Sweetree, K-fry, Sopoong, Myeongdong Topokki, Dubu-yo, EID..pun ada jual ayam goreng..

Setakat ni yang pernah makan 3 brand je - KyoChon, 4Fingers dan NeNe. KyoChon dah lama try, dalam entry Korean Foods. Masa tu Lee Min-ho jadi duta.

Tahun 2018, try ayam goreng 4Fingers di Sogo KL.

4Fingers

Tahun ni, try NeNe Chicken di Sunway Putra Mall

 
NeNe Chicken perisa bulgogi

Tetiba teringin nak buat sendiri. Semalam cuti, ada appointment doktor, cari bahan-bahan untuk buat korean fried chicken. Ikut resepi Cik Suerin, boleh klik sini Resipi Ayam Goreng Pedas Korea. Ada youtube video lagi. Kamsahamnida Cik Sue, saranghae..

Bahan-bahannya: sos gochujang, madu, bawang putih, kicap masin, cuka epal, minyak bijan, sos tomato, bijan putih, daun bawang.

 sos gochujang
benda pertama yang dibeli di shopee
buat akaun shopee sebab nak beli sos ni..hehe..
tengok kat Sogo pun ada jual...huhu..

diantara bahan-bahannya
sos tomato peket kecik ni je, malas nak beli yang botol besar

Cara memasaknya: 
1. Ayam dipotong kecil dan digoreng. Tak kisahlah nak goreng biasa atau celup tepung. Tengok dalam kabinet ada tepung goreng ayam Bestari, so kita celup tepung.
2. Untuk sos nya, cincang bawang putih dan tumis.
3. Menderhaka sikit, saya masukkan sesudu cili kisar.
4. Bila cili dah masak, masukkan sos gochujang dan sos tomato. Masak sekejap.
5. Kemudian masukkan satu persatu - kicap masin, minyak bijan, cuka dan madu (sukatan agak-agak je).
6. Bila dah mendidih, tutup api dan gaulkan sos dengan ayam goreng.
7. Dah bubuh dalam pinggan, tabur bijan putih dan daun bawang.

bolehlah..ayam goreng korea versi pedas
daun bawang lupa nak beli

Percubaan pertama, bolehlah improve lagi..bagi manis sikit..

Bolehlah cuba ya kawan-kawan..

36 comments:

  1. SA pernah makan K-FRY, 4Fingers, rasanya better buat sendiri la kan....practice makes perfect...ye tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul..practice makes perfect..ayam2 goreng korea ni harga mahal..kfc lg ok..

      Delete
  2. Belum pernah makan ayam goreng korea. Bila ntah nak belajar, rasa tua sangat tak tau makanan semasa gini...haha

    Yang Nohas buat tu nampak menyelerakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..bolehlah rasanya, adalah korean vibe sikit..hehe..sekrg ni dah bertambah outlet ayam goreng korea..dpt maklumat dari blogger jg..

      Delete
  3. Replies
    1. sedap..boleh adjust resipi ikut kesukaan kita..

      Delete
  4. Boleh agak pedas macam mana sebab ada beli sos Korea buat cicah memang pedas.
    Belum pernah lagi cuba francais ayam goreng Korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas2 manis...mmg sedap sos Korea..

      Francais ayam goreng Korea ni mahal jg..ayam kecik..hehe..

      Delete
  5. Ayam korea kegemaran zhi ada di Goobne, Mytown mall, level 3 sebelah wayang. Tteok-bokki di situ pun ya ampun sedapnya cuma agak pricey ciked.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq..boleh try..makanan korea ni mmg agak pricey..

      Delete
  6. Buat sendiri lbh jimat,boleh makan byk2..anak akak dok oder tgk harga bkn main lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat, puas mkn bila buat sendiri..harga mmg mahal drpd KFC...kalau order online lg lah bertambah harganya..

      Delete
  7. Ayam goreng korea..sedap tu..boleh la cuba buat sendiri di rumah..jimat sikit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg jimat buat sendiri..puas mkn..hehe..

      Delete
  8. Waaah hihi terharu cheq membaca entri KakNO ni, timakasih na..💝🤓✨

    Nanti KakNO boleh cuba lebihkan sos tomato dan madu, pastu kurangkan lagi kicap masin sebab gochujang tu dah agak jelas dah flavor dia 🤓

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..tq jg for the resepi..

      Itulah kurang sos tomato & madu..a'ah terlebih kicap..hihi..thanks, boleh try lg..

      Delete
  9. sedap tu nohas..saya pn gemar juga tp tak tahan mkn pedas..acane tu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh adjust kepedasan ikut selera kita..usah buh cili kisar, bykkan madu & sos tomato..

      Delete
  10. wah! semakin popular makanan korea skrg. malaysia pun perlu mengeksport produk makanan ke seluruh dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, dah byk outlet ayam goreng korea & restoran korea di sini..produk Malaysia pun boleh dipromosi peringkat internasional..

      Delete
  11. Asiik .. akhirnya keinginan keponakanku mencoba membuat ayam goreng korea sendiri dapat resepnya disini.
    Terimakasih, kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..boleh dicoba..masak sendiri lg lumayan..puas makan..

      Delete
  12. Cik TK tak pernah lagi makan ayam goreng korea ni.. dulu pernah sekali pergi kfry, tapi makan nasi apa namanya yang dibulat-bulatkan tu..

    Lepas ni ada bahan boleh la Cik TK cuba buat ayam goreng korea ni.. thanks for the recipe nohas!!!

    ReplyDelete
  13. wah jadi tu, cantik kemenjadian rupa dia tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..utk mkn2 sendiri..hehe..

      Delete
  14. Wah.. dah jadi.. Bolehlah buat lagi lepas nie ye kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahan ada lg..boleh try for 2nd time, inshaa Allah..

      Delete
  15. Nene belum pernah cuba.. saya rasa macam pernah makan Kyochon je kot..
    x rajin sngt try ayam goreng depa ni ooo ada kat Mr Dakgalbi ade cuba jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali-sekala..outlet senang nk cari..

      Delete
  16. menjadi tu.. next time cuba mesti lagi wow hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...inshaaAllah..bahan2 ada lg..

      Delete
  17. Sedap ayam goreng korea. pernah buat tapi rasa tak sama dengan kedai pulak. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sikit2 rasa dgn kedai, ok dah...ayam goreng korea mmg sedap, lain dari yg lain..KFC dah biasa sangat..

      Delete
  18. Paling suka K-Fry tp nk mkn kena turun KL.. 4 fingers sampai skrg tak mkn2

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..k-fry blm try lg..ayam goreng korea ni sekali-sekala bolehlah kan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!