Sunday, 7 September 2025

Sambal Sarimah

 Salam hari minggu..
Cuti hari Isnin 1.9.25, adik bongsu ajak gi ziarah kubur arwah ayah 
di Raudhatul Sakinah di tepi Duke Highway
 
Selepas ziarah kubur, misi mencari makan
Singgah di Restoran Sambal Sarimah di Taman Samudera 
yang terkenal dengan pelbagai jenis sambal 
 
the venue
 
ada ayam gepuk juga
 
kedai belum buka, pekerja tengah hidang lauk-pauk
tapi sambal semua dah siap 
 
pelbagai jenis sambal
 
jom tengok sambal apa yang ada
 
depan : sambal bilis kantan 
dibelakang : ibu sambal (sambal kosong) & sambal bilis petai
dibelakang lagi : rendang daging 
 
depan : sambal udang & sambal tempoyak petai
belakang : sambal hijau ikan masin & sambal jering
 
harga sambal disini dikira ikut sudu & senduk
di antara RM2.00 - RM3.50 sesudu
rendang pula RM15 sesenduk
sambal udang dikira per ekor 
 
terung ikan bilis, dibelakang tempoyak daun kayu petai
 
disebabkan masih awal, tak banyak lauk-pauk lagi
 
gulai dan masak lemak
 
nasi putih, sambal jawa, sesudu sambal hijau petai, sepotong terung sambal
dan gulai keting (tunjang)..Alhamdulillah..breakfast + lunch..
 
harga semua untuk 5 orang makan + air = RM70.00
reasonable juga...the foods, bolehlah..so-so je.. 

Saturday, 6 September 2025

Takoyaki lagi

 Lai, lai..peminat takoyaki..

dah dapat 2 tempat menjual takoyaki yang sedap

gerai depan OTK Sentul 

gerai sebelah pintu masuk
 
ada 2 jenis - biasa & spicy
harga 5 biji RM6.00 utk biasa, RM7.00 utk spicy
ada set besar juga - 10 biji harga RM11.00
 
ambik set spicy..sosnya yg pedas
sedap...bonito flakes pun banyak
Alhamdulillah..
 
Pasar malam BBSentul
 
semalam cuti, barulah dapat gi pasar malam
kalau hari bekerja, dah jarang gi sebab tak sempat..
tengok ada gerai jual takoyaki 
 
yang ni lagi best, ada pelbagai inti
ayam keju, udang, sotong, isi ketam
harga 5 biji RM5.00
set family - 12 biji RM10.00 
 
boleh campur
 
ada juga jual vietnamese spring roll (popiah vietnam)
murah juga 4 ketul RM10.00
 
enak juga, ambik inti campur
tapi tak terasa kelainannya, mungkin sbb inti kecik
sedapp..Alhamdulillah..
 

Lepas ni dah tahu, di mana nak beli takoyaki 'near me'
 
happy weekend, semua!! 

Friday, 5 September 2025

Salam Maulidur Rasul 1447H

 Salam Jumaat

Selamat Memperingati Maulud Nabi SAW 1447H

Rasulullah, dalam mengenangmu
kami selusuri lembaran sirahmu 
Tak terjangkau tinggi pekertimuTidak tergambar indahnya akhlakmuTidak terbalas segala jasamu 

Selawat & Salam ke atas junjungan besar 
Keluarga serta sahabat² Nabi SAW