Sunday, 7 September 2025

Sambal Sarimah

 Salam hari minggu..
Cuti hari Isnin 1.9.25, adik bongsu ajak gi ziarah kubur arwah ayah 
di Raudhatul Sakinah di tepi Duke Highway
 
Selepas ziarah kubur, misi mencari makan
Singgah di Restoran Sambal Sarimah di Taman Samudera 
yang terkenal dengan pelbagai jenis sambal 
 
the venue
 
ada ayam gepuk juga
 
kedai belum buka, pekerja tengah hidang lauk-pauk
tapi sambal semua dah siap 
 
pelbagai jenis sambal
 
jom tengok sambal apa yang ada
 
depan : sambal bilis kantan 
dibelakang : ibu sambal (sambal kosong) & sambal bilis petai
dibelakang lagi : rendang daging 
 
depan : sambal udang & sambal tempoyak petai
belakang : sambal hijau ikan masin & sambal jering
 
harga sambal disini dikira ikut sudu & senduk
di antara RM2.00 - RM3.50 sesudu
rendang pula RM15 sesenduk
sambal udang dikira per ekor 
 
terung ikan bilis, dibelakang tempoyak daun kayu petai
 
disebabkan masih awal, tak banyak lauk-pauk lagi
 
gulai dan masak lemak
 
nasi putih, sambal jawa, sesudu sambal hijau petai, sepotong terung sambal
dan gulai keting (tunjang)..Alhamdulillah..breakfast + lunch..
 
harga semua untuk 5 orang makan + air = RM70.00
reasonable juga...the foods, bolehlah..so-so je.. 

5 comments:

  1. Macam-macam sambal ada. Boleh tahan juga harga sesenduk sambal tu. Kalau sesudu macam mahal juga. Sambal jawa sedap tu. Lama tak makan. Harga kira okay tapi kalau the foods so so macam tak repeat dah kan.

    ReplyDelete
  2. Berbagai jenis sambal ada ya...
    Harganya pun kira okay lah untuk 5 orang makan

    ReplyDelete
  3. Banyaknya jenis sambal. Rambang mata la taktau nak pilih yang mana. Kalau nak ambil sesenduk macam banyak. Kalau sesudu tu ok la boleh ambil serba sedikit buat rasa.

    ReplyDelete
  4. Banyaknya jenis sambal. Bolehlah ambil sesudu dua buat rasa-rasa

    ReplyDelete
  5. sesudu pun banyak juga makan xmembazir

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!