Thursday, 26 March 2026

Species Teh

 Rupanya banyak jenis teh yang belum rasa lagi 

Di cafe Bramble, Menara Bank Islam 

japanese sencha
 
ok, kita tengok yang di Park Hyatt Hotel pula

Raspberry Herbal,Heirloom Bartlett Pear, Royal Wedding, Florence

Teringin pulak nak rasa...hehe..

Raya 2026 : Juadah Raya

 Cerita raya lagi...

Juadah di hari raya kedua..buat laksa..
makcik dan sepupu nak datang 

sayur-mayur untuk laksa

the laksa..dalam mangkuk tu rendang ayam
ada sepotong lagi lemang 

ikan keli goreng..cucu suka makan ikan keli berlado

kuah laksa dan sambal untuk ikan keli

 raya ketiga buat mihun tomyam..ada jiran lama datang

Alhamdulillah.. 

Wednesday, 25 March 2026

Raya 2026 : Shopping Raya

Salam 5 Syawal..

Kisah throwback hari Khamis 19.3.26...aktiviti membeli barang-barang mentah untuk juadah raya..well, ada yang kata raya hari Jumaat..so kita prepare awal..hihi..

Ada 4 persinggahan..yang pertama pasar basah..ini pertama kali teman pergi pasar ni sejak berubah lokasi ke tempat baru. Dulu lokasi dekat tengah-tengah bandar je, lokasi baru ni, jauh pulak..dekat kawasan industri Perak Tex dan Mariwasa..

 

 Pasar Tani kekal rupanya..

 Konsep terbuka, ada bahagian basah dan kering..oklah, mudah nak cari..



dekat sini beli ikan keli, ikan sardin, laksa tepung gandum (laksa kuale) dan bahan2 untuk mi kari. Kat kuala kangsar ni, hari raya mesti nak buat laksa kuala..

Persinggahan kedua ialah Econsave...

Kat sini beli ayam, sayur-mayur untuk laksa..murah2..
 
 Persinggahan ketiga di kawasan lembah, pergi kedai FAMA, sebelum balik rumah, singgah kedai borong di Taman Chandan Putri..
beli sabun basuh (nak DIY basuh carpet)
 
gitulah kisah beli-belah sebelum raya, Alhamdulillah raya hari Sabtu.. 
Hari Jumaat, tak kemana-mana..petang masak rendang ayam.. 
 Lemang beli jer...juadah raya - lemang & rendang ayam
 
Alhamdulillah, selesai..