Thursday, April 6, 2017

China : Beijing - Beijing Zoo (Dongwuyuan)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pembaca budiman..

Terima kasih kerana sudi mengikuti pengembaraan santai kami di Beijing 😀😀. Dah semakin hampir ke penamat..

Sambung kisah di hari kelima...nak pi tengok panda. China dan panda memang sinonim kan. Dari Summer Palace, tunggu bas no. 332. Lebih seronok naik bas, boleh tengok bandar-bandar di Beijing yang besaq-besaq.

Laluan bas 332 ni ikut laluan metro, dia lalu dan berhenti di semua stesen metro Line 4. So boleh rujuk peta metro atau mana yang dah download, boleh monitor kat hp. Dalam bas pun ada announcement juga. Memang jauh perjalanan dari Summer Palace ke Beijing Zoo. Bila nak sampai ke hentian bas, announcer akan cakap 'next stop is Dongwuyuan'..so, boleh bersiap sedia.

Dah sampai di hentian bas Dongwuyuan, turun bas dan melintas jalan ikut laluan bawah tanah. Lalu depan exit B stesen metro Beijing Zoo, menuju ke pintu masuk.

 Dah sampai. Kaunter tiket di hujung sana.
Yang papan kenyataan tu tunjuk layout Beijing Zoo, ada tiga bahagian
utara, timur dan barat - luasnya 2.5 ekar

Bayaran masuk termasuk Panda Hall ialah 14 yuan je

pintu masuk utama di bahagian selatan-timur
boleh juga masuk dari belah utara

iras-iras A'Famosa pun ada

Masuk je melalui gate ni, nampak bangunan ni. Belok kanan, pergi ke Tourist Information Centre, ambik pamphlet layout zoo.

Tourist Information di sebelah kanan pintu masuk ni

Tempat pertama yang dituju sudah semestilah Panda Hall, lagi pun dekat dengan laluan masuk sebelah kanan. Dari jauh dah nampak.

 kat tiket ada dua keratan, so depa akan ambil keratan Panda Hall

Mula-mula masuk bangunan, ada seekor panda je dalam ni. Tengah tergolek tidur, tak bergerak. Maklumlah dah pukul 12 lebih, masa untuk 'siesta', take a nap..

 panda tak mandi, kaler brownish

 Ingatkan ni je, membebel juga..berjalan keluar. Ada lagii..outdoor pulak.


 pun tengah tidur juga..bangun, bangun, pi buat kung fu

tergolek juga

Wrong timing. Pergi waktu tengahari...huhu..dapat tengok live, pun oklah..

Keluar dari Panda Hall, berehat dulu. Buka bekalan, roti kismis. Cuaca agak panas juga hari ni.

Cantik kawasan zoo

Tengok map, cadang pergi ke tempat polar bear. Tempat burung-burung, monyet-monyet, malas nak pi tengok. Jauh juga nak berjalan ke tempat polar bear. Singgah toilet di sini. Perghh..bersih giler, berkilat jubin lantai toilet..kalah tandas awam di Malaysia. Sepanjang saya tunggu beg, sementara kakak masuk tandas, dua tiga kali cleaner mop lantai depan toilet. Terbaik..

dalam bangunan. waktu winter, duduk outdoor, main salji

Lalu depan tempat African animal, kosong. Tengok map rupanya dah pindah ke sebelah barat. Berjalan seret kaki (dah tak larat) ke utara sampai di terusan. Wahh, indah suasana..

boleh naik sightseeing boat di terusan ni

Kat belah utara, ada tempat gajah, badak sumbu dan Beijing Aquarium. Dah tak larat nak ronda-ronda zoo, decided balik je. Lalu di kawasan tasik. Lawa juga di sini.

Memang cantik zoo ni, kalau ada 'buggy service' alangkah baiknya. Bolehlah ronda lebih lama lagi. Nak cover sebelah timur je pun, dah semput..hihi. 

Masa buat entry ni, tengok kat website 'travelchinaguide', ada servis 'sight-seeing car' RMB10.00 sorang...barang yang lepas jangan dikenang..itulah tak buat research betul-betul..huhu..

Dengan tenaga yang masih bersisa, berjalan keluar ke exit B stesen Beijing Zoo, ambik Line 4 ke Ping'anli, sambung Line 6 ke Dongsi. Balik singgah lunch di restoran sebelah hotel.

Mee goreng - sedap. Harga 22yuan.

Balik hotel, berehat, letih giler sampai terlelap. Dekat pukul 5, terjaga. Badan cergas. Baru terhegeh-hegeh nak solat, kemudian bersiap untuk keluar, sesi melontar yuan. 

Sampai hari ni, tak beli satu souvenir pun lagi, barang-barang untuk diri sendiri, pun tak beli. My sister ada lah juga beli snek-snek produk Muslim di Niu Jie. Saya tengok-tengok je, tak selera nak beli...kuih beras cina, yang kaler putih tu, kat Malaysia pun ada..hihi..

Jom pi menuai..bersambung.

28 comments:

  1. Panda tak tunjuk aksi ya salah masa melawat zoo masa nk tidur pi kacau heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas makan, panda tidoq..hehe..aksi tidur je..

      Delete
  2. Ala wrong time ye, kalo tak bole gak tengok panda berkungfu kan? Hehe.
    Gi zoo negara pun tak larat nak heret kaki, ni lagilah zoo kat sana china nun, tentulah tempatnya luas, lain kali kena survey betul2, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x best tengok panda duduk diam..tak nampak cute...hihi..memula jalan kt summer palace, lps tu jln kat sini pulak, mmg pancit terus..

      Delete
  3. Siapa mandikan panda tu. Tentu guna sabun kan sebab warnanya putih selepas mandi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pekerja zoo kot..tgk kt internet, panda mandi sendiri..ntahlah, ada special bathing foam kot..ada bubble bath..

      Delete
  4. Tiket masuk zoo murah yakamat kalau banding dengan negara lan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang murah..berbaloi pergi sini, cuma tk larat nak jalan je..

      Delete
  5. Replies
    1. mandi..boleh check 'panda bathing'..cute je tengok depa mandi, ..hihi..

      Delete
  6. patutnya ada ketapi macam kat zoo negara tu. xdelah orang letih menyeret kaki..baguslah kak nohas ni, saya travel g australia je cari zoo, tempat lain x pernah pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ada panda, tu yg nak gi zoo..lagipun entrance fee tk mahal sgt..

      ha'ah, betul tu..ada sight-seeing car, tapi tak nmpk pulak masa jalan2 kt dalam..

      Delete
  7. Cantiknya kawasan zoo tu..
    Nampak tenang aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik view di sini..ada tasik, sungai..kwsn luas x brp crowded walaupun ramai org..

      Delete
  8. seronok baca kisah orang lain.. terasa macam dapat ikut sama =)

    ReplyDelete
  9. alooo panda gebusnyaa.. hehe tido plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gebu & comel..kalau tgk aksi2 panda ni lg best..huhu..

      Delete
  10. Panda tak mandi kaler coklat... kekeke. Cantik zoo situ *thumbs up :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. panda tu nmpk kotor..mesti tk mandi lg..hih..mmg cantik view dlm ni..

      Delete
  11. bestnya klau dpt peluk panda,tp mcm tk banyak pandanya..or smua nyorok tido

    ReplyDelete
  12. Dulu bias dengar orang kata toilets di China..teruk..xde pintu..bau teruk..tapi nekcik gi belah shenzen..guaghzhou ok jer..klau banding toilets kat tempat kita..jauh bersih toilet mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu selalu jg dgr toilet kt China teruk tp dah pi Xi'an & Beijing, tk jumpa lg toilet yg teruk..semua ok, bersih lak tu..

      Delete
  13. Beso betul zoo mi mmg pancit laaa

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...