Pagi ni nak ke Summer Palace (Yiheyuan), nun di utara-barat Beijing. Satu lagi tapak warisan dunia UNESCO. Ianya salah satu taman yang terbaik (well-preserved) di dunia dan yang terbesar di China.
Sebelum keluar, breakfast murtabak dan pau yang dibeli di Niu Jie semalam. Hmm..tawar je dua-dua makanan tu. Alhamdulillah, buat lapik perut. Bawa bekal roti kismis beli kat supermarket Muslim.
Dah breakfast, jom gerak-gerak khas..ke stesen subway.
murtabak & pau daging - dua-dua kureng
inti sikit sangat, tepung je banyak
inti sikit sangat, tepung je banyak
Dah breakfast, jom gerak-gerak khas..ke stesen subway.
Route yang diambil:
Dari Dongsi, naik Line 6 ke stesen Ping'anli, kemudian ambil Line 4 ke stesen Beigongmen (North Gate). Tambang subway dari Dongsi ke Beigongmen ialah CNY5.00.
menghampiri stesen Beigongmen, train semakin lengang
Summer Palace ni sangat besar kawasannya. Luasnya 742 ekar, terbahagi kepada kawasan darat dan tasik yang luas, Kunming Lake. Kawasan darat ada tiga bahagian: Front Hill, Rear Hill dan Court Area.
Nak masuk ke sini, ada banyak gate: utara, barat, timur dan yang terbaru di bahagian selatan-timur. East Gate ialah pintu masuk utama dan terus ke Court Area. Ramai pelancong masuk ikut gate ni. Kalau nak masuk ikut East Gate, kena turun di stesen Xiyuan, satu stesen sebelum Beigongmen.
Kami masuk ikut gate belah utara (Beigongmen). Dah sampai di stesen Beigongmen, keluar ikut exit D. Walaupun dalam stesen ada di tulis Exit C Summer Palace, tapi exit D lagi dekat. Sebenarnya dua-dua exit boleh, kalau keluar exit C, akan lalu depan exit D.
Suzhou Street
Nak masuk ke sini, ada banyak gate: utara, barat, timur dan yang terbaru di bahagian selatan-timur. East Gate ialah pintu masuk utama dan terus ke Court Area. Ramai pelancong masuk ikut gate ni. Kalau nak masuk ikut East Gate, kena turun di stesen Xiyuan, satu stesen sebelum Beigongmen.
Kami masuk ikut gate belah utara (Beigongmen). Dah sampai di stesen Beigongmen, keluar ikut exit D. Walaupun dalam stesen ada di tulis Exit C Summer Palace, tapi exit D lagi dekat. Sebenarnya dua-dua exit boleh, kalau keluar exit C, akan lalu depan exit D.
Exit C, kemudian belok kiri
jalan sehingga sini dan akan nampak north gate di sebelah kiri
tak jauh dari exit C and D
north gate of Summer Palace
kaunter tiket
Kami beli main entrance ticket saja, harga di bulan Mac ialah CNY20. Ada tempat-tempat dalam Summer Palace ni yang dikenakan bayaran masuk berasingan. Boleh beli combination tiket, harga 50yuan. Boleh juga bayar asing-asing. Di setiap tempat yang kena bayar, ada kaunter tiket, so boleh decide nak masuk ke tidak.
tiket dah ada, doploh yuan saja
Khidmat sewa audio ada disediakan. Seperti biasa, malas nak beria-ria nak ambil kisah tentang sejarah, cuma nak jalan-jalan dan nikmati pemandangan saja. Info semua boleh baca kat internet..hehe. Sebelum datang sini, lebih baik print siap-siap layout Summer Palace, senang nak buat rujukan.
Jom masuk, surprisingly, takde security check di sini. Cuma check tiket je, yeayy..Masuk je nampak pintu gerbang (decorated paifang) ni.
Kemudian lalu di sebuah jambatan, dibawahnya ada Black Lake yang ada gerai-gerai 'ancient' di tepinya. Suzhou Street namanya. Nak masuk sini kena bayar CNY10.00.
Suzhou Street ni dibina ala-ala Suzhou City, di wilayah Jiangsu, dekat Shanghai. Dibina semasa pemerintahan Emperor Qianlong untuk gundik dia yang berasal dari Suzhou sebab gundik dia 'homesick'..hihi..sayang benor..
Kitaorang malas nak turun, meneruskan perjalanan melalui taman tempat orang ramai beriadah. Ada yang menari, yang ber taichi, ada yang main sepakraga bulu tangkis.
sepakraga bulu tangkis
Berjalan ke atas lagi, nampak banyak bangunan di atas bukit, Longevity Hill. Ada tangga di kiri kanan untuk naik ke atas.
Naik juga ke atas, bila tengok layout map rupanya kawasan tokong. Kawasan ni dinamakan Four Great Regions - kompleks tokong Tibetan Buddhist. Dulunya Semeru Temple. Malas nak explore, tengok banyak patung-patung Buddha dalam bangunan, turun balik. Tinggi juga bukit ni, kalau mendaki lagi keatas akan sampai ke Tower of Buddhist Incense, menara yang nampak dari Kunming Lake.
Hilang tenaga mendaki ke atas. Berehat dulu, makan bekalan sambil tu check map. Kena ikut laluan sebelah kiri untuk ke East Gate. Laluan di Pine Grove yang macam hutan simpan. Ramai yang exercise di sini. Ramai juga tourists yang sama-sama berjalan.
Hilang tenaga mendaki ke atas. Berehat dulu, makan bekalan sambil tu check map. Kena ikut laluan sebelah kiri untuk ke East Gate. Laluan di Pine Grove yang macam hutan simpan. Ramai yang exercise di sini. Ramai juga tourists yang sama-sama berjalan.
suasana redup dan nyaman
salji yang mencair
Sambung berjalan lagi..
Di sepanjang laluan, ada signage ke bangunan-bangunan seperti glazed tile pagoda, longevity hall, great happiness pavillion tapi semuanya malas nak gi.
pokok pine, pavillion dan artificial rock, tak tau apa nama pavillion ni
Sampai di Xiequ Yuan (Garden of Harmonious Pleasures), jom masuk.
Ada banyak ikan koi..japanese carp..tapi bangunan macam 'run down' sikit. Ada restoran di seberang sana.
Sambung berjalan lagi..
gate tower
source: wikipedia
Melepasi gate tower ni, sampai di Hall of Benevolence & Longevity. Ramai sungguh umat manusia, mereka yang masuk dari East Gate.
source: wikipedia
Masa ni blur sikit, mana dia tasik yang besar, yang nampak pagoda kat atas, gambar popular di Summer Palace ni. Tengok map, macam takde laluan. Nampak ramai orang berjalan di sebelah kiri bangunan ni..jom ikut sama.
Hihi..jalan sikit, dah nampak terbentang luas Tasik Kunming di depan mata. Lega, gembira rasa dihati.
Hihi..jalan sikit, dah nampak terbentang luas Tasik Kunming di depan mata. Lega, gembira rasa dihati.
photoshot wajib di Summer Palace
Tower of Buddhist Incense on top of Longevity Hill
Red Bridge
17-Arch Bridge di kejauhan
sakura sedang berbunga
Dah sampai di sini, rasa malas pulak nak pi tempat-tempat lain. Jalan juga ke arah 17-arch bridge, tapi berpatah balik, rasa macam jauh je sebab nak keluar ikut East Gate.
Masa untuk pulang, nak pi tengok panda pulak. Jalan balik ke East Gate.
East Gate
Sampai di East Gate, tak tau nak tuju mana. Nampak bas pergi arah ke kanan, belok kanan, jalan terus nak gi stesen metro. Memang tahu yang stesen Xiyuan ni agak jauh juga dari East Gate.
jalan arah ke sini sambil-sambil tu tengok nombor bas
Alhamdulillah, ada print info tentang Beijing Zoo dan senarai bas nak ke sana. Tetiba lalu bas no. 332..syukur. Bas ni pergi zoo. Jalan depan sikit, ada hentian bas.
Jimat tenaga, jom tunggu bas no. 332 ke Beijing Zoo (Beijing Dongwuyuan)..kena ingat Dongwuyuan sebab pengumuman dalam bas cuma sebut Dongwuyuan.
Bersambung.
Cantiknya tasek kunming xjemu jln2 ikmati suasana indah
ReplyDeleteluas sungguh tasiknya..
Deletelengang je kak.
ReplyDeletemacam tak ada orang sangat
tourist yg masuk dari Beigongmen tak seramai di East Gate, depa pegi panjat bukit kt tokong..kwsn Pine Grove tak ramai yg lalu..
DeleteBanyak naik bas ye Nohas kat sana. Saya naik bas cuma ke Fragrance Hill je... dari Beigongmen...
ReplyDeleteJauh nak berjalan turun naik tangga station subway.
Deletekalau boleh nak naik bas je..kami x gi Fragrant Hill, terus nak pi tengok panda..
DeleteSummer Palace pada saya mmg cantik. Saya dulu masuk ikut East Gate. Ada tourist guide jadi dialah yang belikan tiket-tiket tu semua. Saya main ikut saja apa yg telah diaturkan. Tak tahu skrg ada lagi ke tak bot bawak pelancong bersiar-siar atas tasek tu dan time summer bunga teratai besar-besar berkembang.
ReplyDeleteAda lagi sight-seeing boat di tasik..ada jg boat dari Beijing Zoo ke Summer Palace..cantik bunga teratai..
DeleteCantiknya..
ReplyDeleteNampak tenang aje tempat tu
Sorry Sis..lama dah tak bw sini
view mmg awesome..tenang je lihat tasik yg luas..
Deletetakpe,no worries..
cantikkkkkkk....subhanallah...next trip asyik berdua jerr...bawak2 la bertiga atau berempat lak...
ReplyDeletehaha..berdua lebih baik..pening kepala ahkak..hihi..
Deletemurtabak pun ada kat sana ek. yang tasik kunming tu dulu saya belajar airnya warna kuning. entah betul tak tu
ReplyDeleteada murtabak beijing style..kering je, takde kuah atau bawang jeruk..
Deleteair warna kuning?? dulu2 mngkin ye, sbb tasik buatan manusia ni..
lawanya tasik...bila dijaga boleh jadi tempat tumpuan pelancong
ReplyDeletelawa tasik ni..tenang je...
DeleteSuzhou Street atau suzhou river?
ReplyDeletekeseluruhan kwsan ni di refer sebagai Suzhou Street, yg river tu ada yg panggil Suzhou River, ada jg panggil Black Lake..
Deletecantiknya summer palace ni..warna-warni.untunglah gundik tu, maharaja sayang. tapi nanti mesti permaisuri jeles. erk..nilah akibat banyak tengok drama TVB
ReplyDeletekalau pegi time autumn lagi cantik..colourful lg..biasalah kan, dengki-mendengki tu mmg ada kalau banyak gundik, queen lg, ada yg sanggup bunuh-mmbunuh..oo layan jg TVB..hihi..
Deletecantik gambar-gambar.. suka tempat2 macam ni kalo di China..
ReplyDeleteni wajib kan datang sini..
salah satu tempat yg wajib pergi di Beijing..mmg cantik, time autumn lg menarik..
Deleteawesome view...mcm best jgk klau jln tgh snow kt tmpat ni..putih dan damai je pmndangannya
ReplyDeletetime snow mcm best kan...putih saja pemandangan..
DeletePatutlah bila tgk suzhou st ni like suzhou water town tu
ReplyDeletekat suzhou mesti lagi best..real water town..
Delete