Friday, 7 April 2017

China : Beijing - Wangfujing lagi..

Sambung kisah di hari kelima..

Dah berehat selepas balik dari Beijing Zoo, bersiap untuk keluar, shopping time!! Nak cari souvenirs sikit..ke Wangfujing untuk kali kedua..

Kali ni naik bas. Sebelum tu tinjau-tinjau kedai kain di sebelah hotel..Daxin Textiles Dongsi Cloth Store..

 cantik-cantik sutera cina, harga dari 48 yuan semeter 
hingga beratus-ratus yuan..KIV..nak pi yang jauh dulu..

Naik bas di hentian bas depan hotel, mana-mana bas boleh, sebab semua bas gi ke arah barat. Turun di hentian bas sebelum Wangfujing Street, kemudian berjalan ke Wangfujing Street belah utara, tunggu bas di situ. Naik bas yang gi Wangfujing Street arah selatan. Bila bas belok ke kiri sebab ada pedestrian street, turun bas dan jalan ke pedestrian street.

 Intime Lotte Department Store

entrance ke snack street

Kali ni terus tuju ke snack street, hari pun dah gelap, dah pukul 7.30 malam. Mula-mula pergi ke lorong yang jual souvenirs. Beli fridge magnet dan keychains di gerai ah cai yang boleh cakap Melayu, sikit-sikit. Tawar macam nak rak, dapatlah 4yuan seketul, mintak '3 for 10yuan' sampai sudah tak dibagi. Murah, murah..

smile, ahcai ni boehlah sikit2 cakap Melayu

Dah dapat souvenirs, jalan-jalan ke lorong yang jual makanan exotic. Singgah lagi di kedai souvenirs, beli purse 5 beradik, 10 yuan. Sambung berjalan, jamu mata pulak.

dah balik Malaysia, baru perasan 'No Photograph'
pekedai pun dah tak larat nak larang kot, ramai yg snap gambo

 
Dah puas menjamu mata di 'snack street', keluar semula ke Wangfujing Street.


Masuk kompleks beli-belah moden, APM Beijing
 
cantik kaler

 ala-ala Pavillion

 ramai orang snap tv ni, rupanya ada gambo diri sendiri

Dah window shopping, jom lah balik. Berjalan ke hentian bas. Jumpa lagi orang menari di tepi Intime Lotte ni. Setiap malam kot depa menari.

 tarian kipas

 satu grup lagi menari di seberang jalan

Balik naik bas no. 140 yang lalu depan hotel, Alhamdulillah. Singgah restoran, pekena sate kambing untuk kali terakhir di Beijing.

 sedapnya..terliuq ni.
 

 End of Day 5.

24 comments:

  1. pndai jugak mamat tu cakap melayu, senang nak berkomunikasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rata2 mereka dah lama meniaga, lepas tu pulak, ramai pelanggan org Malaysia, sikit sebyk belajar..

      Delete
  2. Replies
    1. selagi tak balik, kerja berjalan je..hihi..

      Delete
  3. ORANG2 DI SITU MENARI MCM BERSENAM KOT LEGAKAN URAT SARAF YG TEGANG XKIRA DIMANA

    ReplyDelete
    Replies
    1. exercise di malam hari..utk bersosial..

      Delete
  4. Replies
    1. dengan cuaca yang baik, Alhamdulillah..

      Delete
  5. bagus apa orang tangkap gambar..kan tu sejenis promosi. huhu

    ReplyDelete
  6. apa benda yang warna coklat merah-merah tu? kalau saya pun cuci mata je..nak makan tak berani.sesetengah orang kalau travel suka try makanan eksotik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuda laut..mmg tk berani nk cuba mkanan exotic..

      Delete
  7. Macam -macam benda unik dan eksotik di jual di situ. errr sate apa dekat atas tu yang mcm merah2 cket? kuda laut ke? errr

    ReplyDelete
  8. alahaaaai satay tu.. sedapnyaaaaa rindu nak makan lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan sate kambing kt china..huhu..

      Delete
  9. hee awatlah x kasi orang snap gambar.. tu kan marketing nak promote depa gak indirectly..

    ReplyDelete
  10. Wait... picture yg ke-7 dari atas tu, kuda laut ke octopus legs? Tengok macam octopus legs yg besar je... bukan eh sis? :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kaki octopus yg gemuk...bukan kuda laut..huhu..

      Delete
  11. mcm2 benda eksotik boleh jumpa,ada makanan yang boleh dibeli ke kat snack street..or just jamu mata je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sotong goreng tepung...peniaga tu panggil, kata halal..tp tk terasa nk beli..

      Delete
  12. Best aa pergi beijing senang dpt kedai mknan halal

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk jumpa restoran halal..yg best, resto ni tepi hotel je..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!