Sunday, 9 April 2017

China : Beijing - Russian Market @ Alien's Street

Hari ke-enam, Sabtu, 11 Mac 2017..

Shopping time!! Pagi ni nak ke tempat shopping murah, Russian Market. Dapat maklumat ni dalam flight masa datang hari tu. Pelajar Malaysia yang beritau tempat-tempat shopping murah di Beijing. Kalau ikutkan itinerary, nak pergi shopping di Silk Street. Bila dapat info ni, terus melencong ke Russian Market.

Check kat internet, lokasinya di Chaoyang. Yeayy, kalau di Chaoyang, dekat sangat lah dengan hotel. Screenshot gambar bangunan yang ada tulisan Russia tu, supaya senang nak bertanya. 

Pergi naik bas je. Melintas jalan besar depan hotel dan tunggu bas di seberang jalan. Boleh naik mana-mana bas sebab semua bas pergi ke arah Chaoyang. Turun di hentian bas yang ketiga selepas tempat naik tadi, hentian bas selepas roundabout. 
 lokasi Russian Market

Turun dari bas, belok kiri, berjalan sampai simpang empat, belok kanan dan jalan terus sampai jumpa bangunan yang ada tulisan Russia. Kalau naik metro Line 6, turun di stesen Chaoyangmen, keluar exit A, jalan terus sampai simpang empat, lintas jalan dan walla, dah nampak Russian Market.

Yang kami dah betul turun di hentian bas tu, sebab tak tau lokasi, dalam website, keliru sikit directionnya melilau jugalah pi tanya orang. Tanya orang muda, depa suruh jalan ke barat, tanya orang tua baru betul. Alhamdulillah, ada screenshot photo, akhirnya jumpa juga Russian Market.

Masa mundar-mandir cari lokasi, hari masih awal lagi. Baru pukul 8.20 pagi. So, rilek-rilek, snap gambar bangunan-bangunan yang besar gedabak..perghh.. besar giler..

Bangunan-bangunan di 2nd Ring Road

Jom kita ke Russian Market. Lalu depan Bangunan Fullink ni.

jalan lagi

terus lagi sampai jumpa simpang empat depan tu, belok kanan

nampak bangunan ni

itu dia Russian Market di Chaowai Sichang Street

ada tulisan Russia. Ramai orang Russia berniaga di sini

Sebenarnya Russian Market ada banyak tempat di kawasan ni. Yang kami pergi ni dalam bangunan Chaowai-Men, berhadapan dengan U Mall. Dulu lokasinya di bangunan sebelah, sekarang beroperasi di bangunan ni pula.

bangunan lama Russian Market, tengah direnovate jadi gymnasium

masih ada lagi tulisan 'Alien's Street'

U Mall

Lokasi asal Russian Market ialah di Yabao Road, di selatan-barat dari Chaowai Sichang Street. Russian Market ni dikenali sebagai Yabaolu Market.
Yabaolu Market starting from Chaoyangmenwai runs through right up to Jianguomenwai.  This market is popularly referred to as the “Russian Market” as it was previously situated in the Russian quarter of the city. At the northern side of the market, you can find many semi-resident Russian traders. These traders are from Siberia and they have formed their own ethnic and cultural group here. This part of the market is called Russia town. Surprisingly you will find businesses here featuring Russian written names. Many contemporary, modern markets have emerged at Yabaolu Market after the Beijing Olympics. These include the You-Town and Chaowai-Men. These shops predominantly cater to retail shoppers.
      lokasi Alien's Street dan Yabao Road
Di kawasan Yabao Street, ada sebuah masjid, Masjid Nanxiapo

Mengikut maklumat, peniaga-peniaga di sini tak agresif macam di Silk Market. Takde jerit-jerit, marah-marah kalau pelanggan tak jadi beli barang yang dah ditengok di kedai mereka. Memang betul, rileks je shopping di sini.

Masuk je dalam bangunan, tengok kedai-kedai masih lagi bertutup. Diselubungi misteri kain. Belum buka lagi. Ada beberapa kedai baru nak buka. Pukul 9.00 pagi, depa buka pukul 10 kot. Takpe, jom ronda-ronda.

Naik tingkat atas, semua kedai masih lagi ditutup dengan kain. Langsung takde satu kedai yang buka. Jalan-jalan dulu, snap gambar.

Senang, tutup dengan kain je.

Masuk satu lorong, dari jauh ada sorang perempuan muda dok tengok kami. Dia gamit kami, kemudian bawa kami ke kedai dia. Dia buka sikit je..sebab belum time buka kedai lagi.

kedai dia jual baju tidur, kami ni first customer dia
kenal sangat dengan orang Malaysia..many, many Malaysian..
suka dia, kami borong sampai enam helai

masih belum buka lagi

kedai kedua - kedai stokin, pakaian dalam, T-shirt, seluar panjang
dah biasa dengan org Malaysia, pelanggan ramai

kedai winter coat - murah giler

Russian Market ni dua tingkat je. Tingkat atas ni banyak kedai pakaian. Jom turun ke tingkat bawah.

 semakin banyak kedai dah buka

Ronda-ronda, banyak kedai jual alas meja kerawang, sarung kusyen, sarung kotak tisu, table runner, yang popular kat Malaysia. Jumpa kedai jual fridge magnet. Tiga ketul 10yuan..beli untuk tambahan stok.

kedai alas meja, sarung kusyen, table runner, hand towel yg comel

Masa tengah tengok-tengok alas meja di kedai ni, terserempak dengan orang Melayu. Dua orang, suami-isteri. Datang borong di kedai ni untuk jual di pasar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Baru touch down awal pagi tadi, hari Isnin pagi, balik Malaysia. Datang Beijing hanya untuk borong barang je, setiap tahun macam tu. Orang kedai pun dah kenal, ada servis hantar barang ke hotel. Mereka pun berjalan ke hotel dengan orang kedai.

 
Kami berjalan ke arah pintu keluar. Ingatkan dah habis shopping, tetiba terjumpa kedai Ayisah ni. Dia pulak peramah, fasih cakap Melayu, singgah di sini juga. Harga barang di kedai dia sangat reasonable, dia pun ok, bagitau design baru.

pelbagai design alasa meja, table runner

 ada juga jual kopi Alicafe, sepeket 5yuan
ramai betul pelanggan orang Malaysia

kedai-kedai lain di Russian Market

 
 so, yang nak pegi kedai Ayisah tadi, masuk pintu sebelah kiri
akan jumpa eskalator, kedai ni di tepi eskalator, sebelah kanan

Dah habis shopping, backpack pun dah kembung, dengan beg plastik kat tangan lagi, jom lah balik..hohoho. Balik naik bas juga. Mudah dan cepat. Lintas jalan di simpang empat, belok kiri, jalan ke hentian bas. Banyak juga bas lain yang lalu di sini, so pastikan naik bas yang lalu depan hotel - bas no. 58, 101, 109, 112 dan 140.

 suasana dalam bas awam di Beijing

ada attendan yang pakai baju hitam dengan 
kain warna merah lilit di lengan

Alhamdulillah, misi memborong berlangsung dengan jayanya. Balik hotel, kemas-kemas beg sikit, lepas solat, bersiap lagi untuk keluar. Shopping barang makanan pulak, ke mana? ke Niu Jie kita, naik bas dari hotel.


Bersambung.

32 comments:

  1. Macam macam ada...
    Boleh la shopping sakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga reasonable, rambang mata dibuatnya..hihi..

      Delete
  2. WAH MEMBORONG SAKAN DI RUSSIAN MARKET YA NOHAS SETUJU DI HATI OKLH TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakan jg lah..hehe..sekali-sekala..harga lg murah dari kat Malaysia..

      Delete
  3. tak sangka pulak ramai orang Russia di Beijing ye..tapi tengok muka peniaga tu macam orang Cina je. ke kacukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg jual2 alas meja, pakaian mostly orang Cina, orang russia depa banyak jual benda2 lain..tak pegi kedai org Russia, pelanggan depa pun mostly org russia jg..

      Delete
  4. Wow! Kalau tgk marketnya dan suasana di situ, tak sabarnya rasa nak pergi. :) btw sis public toilet dekat sana mcm mana? okay tak? hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. public toilet kat market ni, ok je, walaupun buruk/lama, tapi bersih, takde le bendasing kt lantai, kt toilet bowl..hihi..

      my experience dgn public toilet kt china, so far so good, takde yg menjijikkan, semua bersih, semua ada pintu - kat greatwall, forbidden city, beijing zoo, summer palace..kt airport & masjid mmg bersihlah..

      Delete
  5. Wow, seronoknya dpt borong2 dgn harga murah kan, rasa nk amik semua ye. Yg suami isteri tu siap beli utk jualan ramadhan ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambang mata pi sini..terus susut RMB..hihi..yg suami isteri tu depa berniaga setahun sekali, kt pasar Ramadan..beli borong lg murah, jual kt M'sia, berganda-ganda harganya..

      Delete
  6. rambang mata terus tengoknya

    ReplyDelete
  7. Russian Market tempat yang mesti dikunjungi kalau ke Beijing nohas, ralit mencari barang dan shopping kat sini. Samalah mcm Camden Lock Market di UK. Kawasan silk street tu kalau orang M'sia depa tak berapa nak layan sangat. Sebab org M'sia kalau menawar mmg kaw-kaw nyer.

    Dulu kan Nohas time China mula membuka pintunya utk org luar dan penerbangan pertama MAS ke sana, harga barang di Russian Market tu murah sampai mcm tak ada harga. Peniaga2 kat situ tak tahu nak jual barang2 mereka. Kita bagi je berapa kita nak bagi. Mcm alas meja/table runner tu harganya 20 sen je. Tp skrg mereka dan pandai dan tahu nilai matawang asing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ralit shopping kt sini, pekedai pun dh tau org M'sia suka beli alas meja, yg tu depa byk tunjuk, suh beli..

      Bestnya time tu, 20 sen je, huh..jual kt M'sia, berganda-ganda harganya..untung besar..

      Delete
  8. Besar betul russian marjet.
    Berguni guni bawak duit baru habis beli semua tu.
    Memang besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 ada..yg berniaga mmg beli berguni-guni..

      Delete
  9. Bangunan kebanyakkan mencajar langit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan byk yg gemuk-gemuk...besar2..

      Delete
  10. akak pegi jugak tak silk road ? hehehe.. awal bebenar tu sampai kedai tak bukak lagi hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pergi silk market..sbb tak tau lokasi, tu yg keluar awal, rupanya dekat je..

      Delete
  11. Tediaa bangunan besar2 n tinggi, mcm bukit dah. Banyaknya barang2 kesukaan M'sians kat situ :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan depa gemuk2..hihi..alas meja kerawang, table runner, mmg popular, ramai org malaysia yg beli..

      Delete
  12. mnariknya shopping kt sini,mcm2 ada..bole xcess baggage dibuatnya

    ReplyDelete
  13. Eh tetiba lak rasa cam nak ke beijing bila baca entry Nohas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi jangan tak pergi..hihi..tempat baru, pengalaman baru..sgt selesa travel di Beijing..

      Delete
  14. Wahh bestnya..kak nohas share direction ke russian st..leh follow

    ReplyDelete
  15. Rindu kt Beijing...😔
    Hope mereka masih selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beijing best..ya, semoga mereka selamat..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!