Wednesday, April 12, 2017

China : Beijing - Niu Jie lagi

Countdown in Beijing... 

Sambung kisah di hari Sabtu. Selepas shopping di Russian Market, balik hotel,  kemas-kemas beg sikit, lepas solat, keluar semula. Nak pi Niu Jie lagi. Cadangannya naik bas no. 109, turun di Caishikou, kemudian sambung naik bas no. 48 ke Niu Jie. Bas no. 109 ni tak masuk kawasan Niu Jie, dia cuma lalu di jalan besar (Guanganmen Street) di utara Niu Jie.

Dapat tau bas no. 109 ni pergi ke Caishikou masa first time pergi Niu Jie haritu, nampak bas ni lalu semasa melintas jalan ikut jejantas. Alhamdulillah, jom tunggu bas di hentian bas Dongsilukoudong, depan hotel.

 bas no. 109 yang ada tiga pintu
konduktor duduk kat pintu tengah, tempat penumpang naik

Bestnya, bas bawak pusing kota Beijing, jauh juga laluan ke Caishikou. Lalu di utara Forbidden City, Beihai Park, Xisi, Xidan.

 Beihai Park

 istana lama

 kenderaan kacukan 3 roda

Joy City di Xidan 

Dah sampai kawasan Caishikou, announcer tu pun sebut 'this stop is Caishikou Bei', bila dengar Caishikou je, kami pun turun. Bila dah turun, tengok kawasan lain je, takde jejantas yang kami naik untuk lintas jalan untuk ke stesen metro. Rasa dah tersilap turun. Naik pula bas lain tapi bukan bas no. 109. Bas tu belok ke kiri, turun pulak kami di hentian bas selepas simpang empat. Pun rasa lain suasana, takde jejantas.

Berpatah balik ke simpang empat, tanya kat sorang pakcik yang sama-sama berjalan kaki, dia tunjuk arah ke depan. Tak confidence juga, tanya pulak kat kiosk dekat simpang tu, dia pun tunjuk arah yang sama. Betullah Niu Jie arah ke kiri simpang empat.

Bincang tepi simpang samada nak jalan kaki ke nak naik bas. Tetiba-tiba lalu bas no. 48 dari kanan dan jalan terus di simpang empat. Alhamdulillah, kami pun terus lintas jalan, tunggu bas no. 48 di sebelah kanan simpang. Takyah jalan jauh..huhu. 

Bila dah naik bas no. 48 baru lah dapat tau hentian bas yang ada jejantas, yang dekat simpang Niu Jie tu, namanya Caishikou Xi (barat). Yang tadi kami turun tu Caishikou Bei (utara). Sepatutnya masa naik bas no. 109 tadi, turun di hentian bas selepas bas belok ke kanan sebab bas 109 datang dari arah utara. Bas no. 48 datang dari arah timur.

Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan. Turun di tempat biasa, depan supermarket Muslim. Pergi snap gambar pintu masuk ke food court yang kami pi malam tu, yang kena naik tangga.

 Inilah pintunya. Diatasnya Jia Hui Hao Yuan Hotel

Snap gambar je, sebab dah tau, boleh masuk ikut laluan lain, tak kuasa nak naik tangga..hihi..Jom tengok di mana pintu masuk ke foodcourt

di sini!! yang ada langsir plastik warna kuning tu
masuk ikut sini, ada eskalator ke foodcourt
di sebelah kiri tu, pintu masuk restoran Jubaoyuan Hotpot

Ada juga laluan lain, nanti kita beritau. Suasana di luar restoran, siap ada kerusi-kerusi untuk pelanggan duduk-duduk. Suasana di Sabtu petang, memang ramai orang keluar membeli-belah.

  satu barisan utk beli sup, satu lagi beli kuih-muih

Jom ke supermarket Muslim, disebelah restoran ni je. Kita shopping lagi, beli jajan pulak.

 pintu masuk utama ke supermarket Muslim

Meh kita tengok suasana di supermarket di China. Masuk je main entrance, jumpa kawasan legar ni...jual makanan dan kuih muih..

manisan buah - strawberi bersalut air gula
ada buah lain juga, tak tau buah apa

 bahagian kacang-kacang

 beratur beli kuih-muih

Jom tengok apa yang dijual disini..orang ramai sibuk beratur nak membeli, kita sibuk menyelit nak snap gambar..hihi..tourist le katakan..

  manisan, halwa maskat versi cina

oo..kuih pulut yang macam kuih lopes

manisan lagi

  kuih bingka, dari Xi'an sampai Beijing, tak teringin pulak
nak merasa kuih ni, ntahlah, takde selera

Ok, dah habis tour di sini, kita ke kiri pula. Semua bahagian makanan.

 mesin untuk keledek bakar

Di sebelah kiri ni ialah bakeri, jual kuih-muih kering. Subhanallah, punyalah banyak, berjenis-jenis..
 dikelilingi kuih-kuih

semuanya halalan toyyiba

Tetiba ternampak signage ni, oo..masuk ikut sini pun boleh juga..aha!! senang gitu, lepas shopping, boleh naik atas makan..jom, jom..kita makan dulu, lepas tu baru gi shopping..

  boleh juga masuk ikut supermarket

 palace ke place, whatever lah no

 dah tau peraturan, terus pi beli prepaid kad, kali ni bayar CNY100
sebab takde duit kecik, rupa-rupanya boleh refund baki kad
awatlah tak habaq awai-awai..huhu..kalau tak, takde lah bersusah payah
menghabiskan ayam goreng keras malam-malam..hihi..

Makan nasi campur juga, nak bagi kejap perut sebab lepas ni dah tak makan berat dah, lunch sekali dinner. My sister beli roti daging yang bulat tu, saya beli jejari ayam crispy, buat bekalan di airport.

Dah habis makan, turun ikut restoran hot pot, full house, ramai sungguh yang makan..
  turun ikut restoran ni

Dah sampai di luar, masuk balik supermarket muslim ikut bakeri, pergi ke main entrance, sebab eskalator turun ke Lower Ground, betul-betul disebelah kiri main entrance..jom beli dan blahh..

ok, sambung next entry ye..last one 

10 comments:

  1. Hehe... Ok, XI is west, BEI is north. Salah turun naya jugak noh huhuh X'3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..barat & utara...salah turun, pening jg nak cari tmpt..hihi..

      Delete
  2. Yg menarik perhatian saya, tu siap ada mesin keledek bakar kan.
    Kita ada mesin air je.
    Mcm2 jenis makanannya kan, rambang mata kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali jalan, boleh bakar berpuluh biji keledek..effisien sungguh..jamu mata..hihi.ntah.,.tak terasa nk beli..hehe..

      Delete
  3. Banyak juga kuih2 manis org cina ni..senang setempat je nak makan n shopping brg makanan halal,beli tanpa was-was

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih-muih mereka byk yg manis2..betul tu, senang je, lepas shopping, naik atas, makan..

      Delete
  4. Oh ada muslim supermarket ye Nohas..bagusnya..senanglah nak membeli makanan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang banget..macam2 ada di sini..brg kering, barang basah..

      Delete
  5. Rasa heaven bula ada supermarket muslim di tempat x ramai org islam rasa nk beli jek semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul, rasa best je sbb semuanya halalan toyyiban..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...