Monday, April 3, 2017

Beijing - Niu Jie

Assalamualaikum..

Sambung kisah di hari ketiga di Beijing. Bila dah dapat info bas yang pergi ke Niu Jie, kami pun terus 'on' balik plan nak ke Niu Jie. Niu Jie ialah Muslim Quarter di Beijing. Naik bas 48 di Meishi Street, Qianmen dan turun di hentian bas di depan Supermarket Muslim Niu Jie. 

Yang bestnya bas awam di Beijing ni, siap ada pengumuman nama hentian bas dalam bahasa Mandarin dan juga English. So, kena alert, di mana nak turun. Ada juga bas yang ada 'electronic indicator' yang tunjuk nama hentian bas dalam tulisan rumi setiap kali sampai di hentian bas. Canggih bas awam di sini.

Tempat pertama yang nak dituju ialah Masjid Niu Jie. Masjid tertua dan terbesar di Beijing.

 turun bas, belok kiri, jalan terus dan melintas di sini
ke Shuru Hutong, dah nampak Masjid Niu Jie di sebelah kanan

Pintu masuk ke Masjid Niu Jie mengadap jalan besar. Yang kami pi masuk Shuru Hutong, jumpa pintu keluar ikut belakang. Kena patah balik, jalan laju-laju sebab hari dah hampir nak gelap. Jam pukul 5 lebih, pukul 6.10 dah masuk waktu Maghrib.

mercu tanda Masjid Niu Jie

pintu masuk utama

pelan tatatur Masjid Niu Jie

Seperti biasa, ada banyak bangunan di kawasan masjid. Masjid Niu Jie mula dibina pada tahun 996 di zaman Dinasti Liao, kemudian dibina semula di zaman Dinasti Ming pada tahun 1443.

minaret

stone steele tower

jam matahari 'sundial' dan dewan solat utama

dewan solat utama


tempat solat wanita di bahagian belakang
 
 pot besar tu tempat masak bubur lambuk masa bulan puasa pada zaman dulu

 kubur imam

Selesai sudah ziarah Masjid Niu Jie, berjalan keluar, patah balik menuju ke kawasan kedai. Nampak ramai orang beratur di kedai lot tepi di seberang jalan. Jom pi tengok...curiosity killed the cat.

di kedai ni lah nampak orang ramai beratur 

join sama beratur, jengok-jengok apa yang dijual

bila sampai giliran, tak tau nak cakap apa, nampak macam murtabak
tunjuk yang tu, tanda harga pun takde, bagi je note CNY50
dapat baki CNY38..oo..12yuan harganya..redho je lah..

Dah beli murtabak, jom pi survey supermarket Muslim pulak. Nak beli losyen, kulit kering, tak bawa pelembab. Supermarket dua tingkat, bahagian atas jual barang-barang harian dan bakeri, di bahagian bawah jual makanan dan barang-barang basah.

lauk-pauk yang sudah siap dimasak

sayur-sayur yang siap dimasak, tudia setimbun jeruk bawang putih

Beli satu jenis sayur di sini, tak tau nak cakap nak banyak mana. Penjual tu ambik guna saiz genggaman tangan, tunjuk nak genggam kecik, genggam besar..hihi..hentam sajalah labu..kemudian gi timbang..

Dah habis membeli-belah, keluar dari bangunan, hari dah gelap. Terasa lapar, seharian tak makan, cuma breakfast maggi je pagi tadi. Bercadang makan dulu di sini sebelum balik hotel, tapi tak tau nak makan di mana. Restoran halal banyak di kiri kanan jalan.

Berjalan melihat-lihat kedai, tetiba ternampak signage 'Niu Jie Muslim Food Place' kat satu pintu. Aha! kedai makan halal detected. Tapi macam ragu-ragu nak masuk sebab tengok bangunan buruk lama..hihi. Tengok atas ada tulis 'Jia Hui Hua Yuan Hotel'. Restoran hotel kot.

Dalam pada berkira-kira nak masuk ke tak, tiba-tiba berhenti seorang lelaki berkopiah putih. Dia cakap 'shek fun' sambil tunjuk aksi makan, kemudian tunjuk kat atas bangunan ni. Confirmlah ada tempat makan di sini. Kami pun masuk, ada lif, yahoo. Lif dia kecik je, penuh jugalah, tetiba ramai pulak yang masuk lif, mereka yang duduk di hotel ni.

entrance ke lif dan tangga

Tempat makan ni di tingkat 2. Tekan no. 2 tak menyala pulak. Orang dalam lif tanya nak gi mana. Kami pun sebut 'shek fun', bila pintu lif terbuka di tingkat 6, dia tanya kat pekerja hotel, restoran kat tingkat berapa. Rupanya lif tak berenti kat tingkat 2...huhu..

Kena turun ke tingkat bawah semula dan naik tangga. Seram juga, takde orang pun, kami berdua je yang menapak naik tangga. Bertabahlah, demi sesuap nasi. Sampai je di tingkat 2, masuk pintu yang ada juraian-juraian plastik..perghh..

 panjangnya food court, ramai orang

Alhamdulillah, gembira rasanya. Letak beg, survey dulu apa yang ada. Ada dua gerai yang jual lauk-pauk, sup, kuih muih, ayam goreng.  Masalah pulak nak order. Depa ni sepatah haram tak tau English, semua cakap cina je. Menu pun dalam bahasa mandarin je.


Nampak sorang lelaki beli nasi putih dengan dua jenis lauk. Tunjuk kat amoi yang jaga kaunter, nak macam tu juga. Dia tunjuk satu kad, kendian tunjuk kaunter kat bahagian tengah. Dalam pada tak faham bahasa cina, dapatlah tangkap apa yang dia nak terangkan. Rupanya kena beli prepaid kad untuk beli makanan kat situ...awat tak habaq awai-awai..hihi..

My sister pi beli kad prepaid, ambik yang CNY50, kendian pi beli nasi putih dan dua jenis lauk, harga CNY18. Makan dalam tray plastik, terkenang zaman duduk asrama..huhu..

tudia, selambak, besar portion nya
sedap juga lauk-pauknya, daging goreng berempah tu sedap
tapi masakan semua tawar, oklah jaga kesihatan

saya punya, CNY18 juga, dua-dua lauk berasaskan tauhu, sedap juga

Masa tengah makan, datang sorang pakcik cleaner, berdiri kat tepi meja sambil cakap-cakap. Nak bersembang. Kesian le pulak. Jawaplah juga..'Malaysia'..hihi. Dia cakap-cakap lagi..lastly cakap..'wo ting pu tong'..dia pun angguk, terus jalan..

Dah spend CNY36 untuk nasi campur, ada baki CNY14 lagi. Nak habiskan kredit, beli dua ketul pau kecik, baru 3yuan, akhir sekali, beli seketul peha ayam goreng, harga 12yuan, kena tambah 1yuan. 

Semua makanan ni tapau bawa balik. Dah habis kredit, jom berangkat pulang. Sambil jalan balik, snap gambar kuih-muih cina yang ada dijual.

keledek goreng kot

 roti daging, ayam goreng

 meja-meja tambahan di sebelah kiri tu untuk steamboat

Nak balik tak ikut dah tangga tadi. Ada ternampak orang masuk dari hujung sana. Jalan ke sana, tengok cuma ada eskalator naik je, eskalator turun takde. 

Nak turun, kena lalu restoran steamboat, turun tangga dalam restoran tu. Bila sampai di luar..oo..rupanya kedai lot tepi yang ramai orang beratur, kedai beli murtabak tadi, restoran steamboat rupanya.  

Ramai sungguh orang duduk menunggu kat tingkat bawah, tunggu giliran nak dapat meja..femes restoran ni. Steamboat di sini dipanggil 'hot pot'. Dalam peta, restoran ni namanya Jubaoyuan Hotpot.

 bangunan yang ada supermarket Muslim, foodcourt 
dan restoran 'hot pot'. Snap sementara tunggu bas no. 48

Melintas jalan besar, Nujie Street, untuk tunggu bas no. 48 ke stesen bas Chaisikou Xi, satu bas stop je dari Niu Jie. Turun bas, kemudian menyeberang jalan guna jejantas untuk ke stesen metro Chaisikou. Security check di stesen ni, strict bebenor, macam nak masuk kapal terbang. My sister kena minum air dalam bekas sampai habis, takleh bawa masuk.

Di stesen Chaisikou, naik Line 7, turun di stesen Ciqikou, ambik Line 5 ke Dongsi. Sampai di Dongsi, tengok ada kumpulan yang menari di belakang Wu-Mart.
 rancak sungguh 

Balik hotel, dah selesai solat semua, masa untuk check hasil tuaian hari ni. Tengok-tengok, banyak pulak makanan yang dibeli. Ada murtabak, sayur beli kat supermarket, pau, ayam goreng, roti, bun. Last-last decide, murtabak dan pau untuk breakfast pagi esok, sayur dan ayam goreng kena habiskan malam ni juga, roti dan bun untuk bekal esok hari.

Sayur tu ok jugalah tapi ada kacang tanah yang direbus, rasa pelik sikit. Ayam goreng dah keras, tawar, tak rasa apa. Alang-alang dah tawar, masak air, rendam dalam air panas kasi lembut, lepas tu cicah sos peket (bawa dari Malaysia), gigih jugalah nak menghabiskan. 

Tidur kekenyangan malam tu..end of day 3.

20 comments:

  1. semoga sampailah saya suatu hari nanti dengan jalan dan niat yang terbaik.
    Insya Allah.

    teruja tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..in shaa Allah, kena plan baru jadi..hihi..

      Delete
  2. MASJID WARISAN SEJARAH YG BGITU LAMA USIANYA TLH DIBINA...MSH KEKAL HINGGA KINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka masih guna lg masjid ni, kukuh kan binaannya..

      Delete
  3. Jam matahari tu masih berfungsi ke? Menarik jugak kalau mkn pon kena beli kad prepaid..perabis satu kad puas hati jugak mkn eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jam matahari dah tk berfungsi..sebenarnya boleh refund baki, second time datang sini baru tau..huhu..

      Delete
  4. wong ti pu tong tu ape maksudnya? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya lbh kurang 'saya tak faham apa yg awak cakap'..

      Delete
  5. Ada masak bubur lambuk juga diorg yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bubur nasi biasa je..bila teringat masak bubur di bulan puasa, teringat bubur lambuk..

      Delete
  6. Lama betul usia masjid tu, dibina pada tahun 996. Bila tengok gambar2 ni semua, nampaknya dah banyak berubah. Telah dibangunkan tak seperti masa saya ke sana sekitar tahun 2000 dulu. Tak ada kedai2 dan supermaket tu semua. Peniaga2 muslim masih berniaga di gerai tepi2 jalan kawasan berdekatan.

    Apa makna 'wo ting pu tong' tu. Saya cuma tahu "mo pu yau"... hheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan masjid yg dibina pd tahun 996 dah takde, Sweetie, yang ni dibina semula tahun 1443..maknanya semua bangunan tu baru lagi dibina, tahun 2000 pun takde lg..

      di Beijing, tak nampak gerai2 tepi jalan, kecuali kat snack street Wangfujing. Ada sekali terserempak dgn org jual stokin kt atas jejantas masa nk lintas jalan di Niu Jie..

      wong ting pu tong - maksudnya 'saya tak faham apa yg awak cakap'..

      Delete
  7. Makanan tu nampak sedap..
    Kreatif jugak cara2 nak menghabiskan ayam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mknan kt foodcourt sedap jg..mmg tak lalu nk habiskan ayam goreng keras..kena bg lembut..hihi..

      Delete
  8. murtabak tu mesti viral kat sana macam kuih keria antarabangsa..bila travel ni memang kena jadi kreatif n tak memilih. ok, noted perkataan 'shek fun' tu..nanti kalau ke beijing akan guna untuk cari restoran or food court

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kuih2 lain jg, sbb x kenal beli mrtabak je..hihi..org china ramai beli kuih lain..murtabak byk lg..

      Delete
  9. mantap binaan ancient mosque tu..
    mcabarnya nak bkomunikasi..tp pngalaman mcm tu seronok dikenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian jg bila depa nk bersembang tapi kita tk faham..huhu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...