Monday, 23 April 2018

Jalan-Jalan di Tong Shin

Assalamualaikum semua...

Kisah jalan-jalan cari pasal di kawasan Tong Shin.  

Jalan Tong Shin dan Tengkat Tong Shin.

Bukan di negara China tapi di kawasan Bukit Bintang. Dekat Jalan Pudu juga.

Datang sini pun sebab ada kerja, kalau tak, rasanya memang tak masuk, takde mende nak cari. Kawasan ni majoriti kaum Cina dan juga pelancong asing. Tahun 2011 pernah datang sini, pun sebab kerja juga, di tempat yang sama. 

Salah satu skop kerja ialah melawat kawasan. Disebabkan bos baru ni dia begitu detail, semua nak kena tulis dalam laporan, so jom kita ronda habis-habisan.    

 Rumah pangsa di Jalan Sahabat, disebelah Tengkat Tong Shin

Bila tengok bangunan flat ni macam menarik pulak. Old school. Rasanya design 70'an. Tanya kat orang-orang kat situ, apa nama bangunan ni? sapa pun tak tau...takpelah, kita ronda-ronda bangunan klasik ni..

 tingkap kaca yang vintage

tempat jemuran

 legend betul gril pintu ni

 loceng pintu

Bergerak lagi, dari Jalan Sahabat, menyusuri Tengkat Tong Shin menuju ke Jalan Tong Shin.

 banyak restoran dan budget hotel/rumah tumpangan
 
Spa reflexology

 kedai runcit

French restaurant

Number 8ight guesthouse

 Restoran Muar - kat papan tanda ada tulis 'carlsberg'
tengok ramai yang bertudung makan di bahagian dalam restoran

Dah sampai di Jalan Tong Shin. Berdiri di persimpangan dua jalan, nampak bangunan usang ini..



 cantik juga tingkap dan gril

masih kukuh

di tingkat satu 

Sayangnya bangunan ni tiada berpenghuni, nampak comot, tak terurus. Kalau tidak, mesti elok terjaga.

Berjalan ke arah utara, terjumpa tangga ni, depan Blue Boy Mansion..laluan ke Hospital Tong Shin kot.

  tangga misteri

Dipermulaan Jalan Tong Shin 

 Bangunan Persatuan Thoy Shan Selangor

 pandangan sisi

Bergerak ke Jalan Alor pula...

16 comments:

  1. Mesti sihat dan tough Nohas ini.. Kerjanya berjalan je dari sini ke sinun.. Banyak pula tu yang dapat dilihat.. Siap jumpa tangga misteri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skop kerja kombinasi kerja luar & dlm pejabat...hihi..saya pun tk sangka jumpa tangga ni..malas lak nak check tangga ni menuju ke mana..

      Delete
  2. Nampak menarik je grill pintu rupa unik2 macam tu. Rasa macam nak design grill pintu sendiri ja, lepas tu minta kedai grill buatkan. Berapa la agaknya ongkosnya kan... :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat customised grill pintu mcm tu...rasanya tk mahal sgt kot, sbb designnya simple..

      Delete
  3. KWSN PUDU NI BNDR LAMA..DH B ERTAHUN JUGA XLALU SINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..Pudu ni kawasan lama, byk jg bangunan rumah kedai dah diroboh & dibangunkan semula..

      Delete
  4. mula2 baca tajuk memang ingat kat negara China..hihi..tak pernah lagi rasanya berjalan kat area ni..
    anyway, singgah blogwalking sambil follow sini..tak pernah lagi jejak blog ni.. salam ukhuwah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhuwah..thanks for visiting here...

      area ni ramai Chinese & pelanoong asing..

      Delete
  5. Tak jumpa lagi grill pintu or tingkap yang macam tu..
    Bila tengok gambar2 ni..macam terbawa ke zaman 70an and 80an....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, design zaman dulu2..sekrg dah tk jumpa..legend ni..

      Delete
  6. menarik tempat nie..

    kalau dimajukan sebagai pusat pelancongan ala-ala homestay bagus sangat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg byk guesthouse kecik2 kt sini, mat saleh suka..highly competitive, dgn budget hotels lagi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...