Monday, 9 April 2018

Haus Boom

Panas, panas...cuaca panas, suasana panas...mesti haus kan...
  
Ini dia...penggodam kehausan...Haus Boom..

Pertama kali dapat tau minuman ni masa makan laksa telur sarang di gerai laksa pokok limau di kampung teman - Kuala Kangsar, Perak, bulan lepas. Nampak iklan di dinding. Menarik ni. Kat Kuala Lumpur tak jumpa lagi. Minuman Pop, the Soda dah pernah rasa..

 iklan di gerai laksa pokok limau

Nampak iklan ni, tapi tak beli. Masa gi kedai kat pekan kuale, nampak ada jual, terus beli dua botol, perisa laici dan blackcurrant. Kedai ni jual RM3.80 sebotol, harga pasaran RM3.90, diskaun 10 sen jah.

Haus boom dalam 275ml botol kaca
ada 6 perisa - guava, laici, strawberi, mango, lemonade, blackcurrant 
sumber: hausboom website

pertama kali bersua

Produk keluaran bumiputra, dikilang di Gong Medang Industrial Area, Besut, Trengganu. Orang Tengganu mesti dah minum berbotol-botol..

Sparkling real juice - non alcoholic
botol yang menarik - siap ada tulisan timbul

Rasanya..hmm..macam air balang yang dijual ditepi jalan tapi edisi pekat dan ditambah 'sparkling'. Sedap juga. Komen jujur nih. Diiklankan diperbuat dari jus buah sebenar dengan tambahan vitamin, sesuka hati je cakap macam air balang..huhu..air balang kelas premium nih. Tapi manisnya..ya ampun..bikin diabetes naik mencanak-canak

Ada cop halal dan Good Manufacturing Practice (GMP)
perisa laici ni disukai oleh pekebun, kontraktor, ahli muzik
tak taulah ni berdasarkan survey ke apa

perisa blackcurrant pula disukai oleh ahli perniagaan, pilot, peguam.
xoxo..perghh..kelass..

Tapi itulah kan, design pelekat botol ni macam misleading sikit. Entahlah, kalau tak tengok betul-betul, macam minuman non-halal pulak.  Silalah cuba untuk 'sparkling REAL fruit juice'..served chilled.. 

Untuk maklumat lanjut, boleh ke website, facebook, instagram seperti yang tertera di botol. Jom beramai-ramai sokong produk Bumiputera.

30 comments:

  1. Menarik.. Tapi tak terjumpa lagi dekat area sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..belum jumpa lg kt sini, cari jgk kat 7-E..takde jual..

      Delete
    2. 7e sungai ramal ade kalau nk try

      Delete
    3. tahun 2018 masih takde dijual di KL & Selangor. Sekarang ni dah ada jual di 7-E, selepas isu hangat dgn Menteri Belia & Sukan..

      Delete
  2. haah... teman pun belum lagi jumpa produk nie kat area Lembah Klang... Tapi, kalau manis melampau tu, teman pun tak nak try...

    ReplyDelete
  3. Bari tau ni. Tapi dia pya presentation tu cam botol non halal ek.
    Kalo manis takutlah juga mak cuba, kang tak pasal2 potong kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari jauh mmg nampak mcm non-halal, kena belek depan belakang, baru nmpk tanda halal..

      manis yakamat..kena campur air, baru ok..tapi hilang lak 'sparkling' nya..

      Delete
  4. Design botol dan pelekatnya nampak ada kelas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada standard sikit lah, katanya dieksport ke luar negara..

      Delete
  5. tak penah nampak lagi kat sini.. nmpk macam sodap..
    ni blog baru kak nohas ke..
    follow sini #202

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap jg, rasa jus yg pekat...
      blog lama ni, ada satu blog saja..
      thanks..rasanya dah follow your blog, tekan kt +follow..

      Delete
  6. WAH MANIS SGT YA TAMBAH AIS OKLH KOT

    ReplyDelete
    Replies
    1. manis bebeno, kak..mmg kena tambah air tapi hilang lak rasa sparkle nya..

      Delete
  7. Replies
    1. macam botol minuman dulu2..sekrg timbul balik..legend ni..

      Delete
  8. kalau jenis warna gelap.rupa ada pelik sedikit...

    apa-apa..

    jenama agak unik ..haus boom

    ReplyDelete
    Replies
    1. botol jenis gelap tu mcm botol minuman dulu2..
      haus boom ada mcm2 produk..salah satunya..minuman ni..

      Delete
  9. fav nina ni hehe tp minum boleh kira sekali sebulan sbb byk gas. suka beli time raya dpt sampul raya comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk baru first time jumpa..oo..nak beli lah time raya nanti..tq..

      Delete
  10. Kelasss design botolnya sis, tak pernah jumpa lg minuman ni. Yg warna hijau tu reminds me of soju bottle... hehehe :B

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kelas botolnya..dari jauh dah tertarik...hehe..kaler sama..

      Delete
  11. Anyway... I salute kt brother ni.. Still young. . Bole tebus pasaran luar negara plk lg... Syabazz

    ReplyDelete
    Replies
    1. produk bagus, packaging menarik..mmg boleh dieksport..mmg terbaik..

      Delete
  12. Ada pernah beli d Petronas S13 Shah Alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah ada dijual di Lembah Klang..

      Delete
  13. Replies
    1. tahun lepas tk nampak ada jual di Klang Valley..lepas isu panas dgn menteri belia SS, dah ada jual di 7E..

      Delete
  14. Memang sodap airnya... Petronas hentian seremban jumpa...

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!