Alhamdulillah, hari Sabtu lepas, selesai Kursus Asas Haji (KAH) di Masjid As-Syakirin Gombak. Sebenarnya menemani mak. Kami cuma sempat dua kali berkursus di sini, sebelum ni mak mengikuti kursus di masjid di pekan Kuala Kangsar.
Untuk yang terakhir ni, ada amali ibadat haji..ramai jemaah berpakaian putih. Replika kaabah pun ada.
Pengkhursus - Tuan Hj Nazri, bagus penerangannya
masa ni penerangan cara-cara mengambil wuduk dengan sebotol air
dan juga bertayammum dengan debu tanah
Persoalannya: Bolehkah kita bertayammum dengan menepuk dinding kapal terbang untuk mengambil debu? Mazhab Syafie tidak dibenarkan, Mazhab Hanafi boleh
Persoalannya: Bolehkah kita bertayammum dengan menepuk dinding kapal terbang untuk mengambil debu? Mazhab Syafie tidak dibenarkan, Mazhab Hanafi boleh
suasana di ruang masjid
OK, nak mula amali tawaf. Jemaah lelaki sudah memakai pakaian ihram. Jemaah dibahagi kepada 3 kumpulan mengikut jenis haji - haji tamattu', haji ifrad dan haji qiran.
Apakah beza haji-haji tersebut?
Haji Tamattu' - mengerjakan umrah dahulu di musim-musim haji sebelum mengerjakan haji. Kebanyakan jemaah haji muasasah Tabung Haji yang pergi penerbangan awal, mengerjakan haji tamattu'. Dikenakan dam sebab mengerjakan umrah di musim-musim haji.
Haji Ifrad - terus niat haji. Haji yang terbaik. Jemaah yang pergi hampir dengan waktu wukuf di Arafah selalunya mengerjakan haji ni. Tidak dikenakan dam.
Haji Qiran - niat haji dan umrah serentak. Dikenakan dam.
mula bertawaf haji
jemaah muslimat
pelik pulak fesyen ni, dari sehelai kain pelikat, nampak betis
Lepas snap2 gambar, teman pun join sama bertawaf. Tetiba rasa teringin pulak nak pergi sekali lagi. Alhamdulillah, dah menunaikan haji 17 tahun yang lalu.
Dulu mudah je nak buat haji ikut muasasah Tabung Haji, daftar tahun 1997, tahun 2001, dah dapat panggilan. Sekarang ni tak taulah bila dapat giliran kalau baru nak mendaftar melainkan pergi ikut pakej. Lagipun harga untuk buat haji kali kedua ikut muasasah Tabung Haji dah dekat nak hampir sama dengan harga pakej.
Ok, sambung balik, lepas habis tawaf, pengkursus suruh pergi sa'ie, habis semua jemaah pergi saie....tiba-tiba, pengkursus panggil kumpulan Haji Ifrad dan Haji Qiran. Hangpa jangan pergi sa'ie haji sekali lagi sebab dah buat sa'ie haji selepas tawaf qudum. Cuma yang buat haji tamattu' saja yang buat sa'ei haji lepas tawaf haji. Tapi ada juga yang buat haji ifrad dan haji qiran yang belum buat sa'éi haji selepas tawaf qudum.
Yang buat haji ifrad dan haji qiran, lepas tawaf qudum (tawaf selamat datang), mereka dah boleh buat sa'ie haji sebab mereka dah berniat haji.
Yang buat haji ifrad dan haji qiran, lepas tawaf qudum (tawaf selamat datang), mereka dah boleh buat sa'ie haji sebab mereka dah berniat haji.
Sambung wukuf di Arafah. Pengkursus baca khutbah. Kemudian dia panggil sorang jemaah untuk melaungkan azan dan iqamat. Lelaki yang berbaju kain pelikat tadi bangun untuk melaungkan azan. Sedap suaranya. Pengkursus kemudian baca khutbah kedua pula.
amali wukuf di Arafah
amali melontar di tiga jamrah - Sughro, Wusta, Kubro
pihak masjid siap sediakan batu-batu untuk melontar
pihak masjid siap sediakan batu-batu untuk melontar
Alhamdulillah, selesai penutup Kursus Asas Haji selama 17 siri.
Sangat berharap kawan-kawan dan pembaca semua supaya mendoakan mak saya dapat mengerjakan haji tahun ni bersama adik dan suaminya. Adik dah dapat tawaran dari Tabung Haji. Mak dah buat rayuan, masih menunggu surat jawapan.
Bagi yang belum, semoga dipanggil menjadi tetamu Allah satu hari nanti..
Labbaikallaahumma labbaika, labbaika laa syariika laka labbaika, innal hamda wanni'mata laka wal mulka, laa syariika laka
"Aku penuhi panggilan-Mu Ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu, aku penuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat hanyalah milik-Mu, juga semua kerajaan, tidak ada sekutu bagi-Mu"

Mudah2an mereka semua dapat menjadi tetamu Allah
ReplyDeleteAmiin..in shaa Allah..
Deleteramai jg yg masih menunggu surat tawaran..
Mudah2an urusan mak dipermudahkan, dapat sama mengerjakan haji menjadi tetamu Allah ye, aminnn.
ReplyDeleteAminn..syukran..
Deletealhamdlillah dapat ilmu baru..
ReplyDeletesaya pun kepingin nak menunai haji..
in shaa Allah masanya pasti ..
oh ya!
Selamat menunaikan fardu haji buat emak tuan dan suaminya..
moga-moga beroleh haji mabrur.
aamiin
amiin..in shaa Allah.
Deletesyukran, adik saya yg in shaa Allah pergi bersama suaminya..mak saya masih peringkat rayuan..
doakan saya dan keluarga juga yer dapat ke rumah Allah
ReplyDeleteamin
amin..semoga doa dimakbulkan Allah..
DeleteInsyaAllah!
ReplyDeleteInshaa Allah, Allah SWT Maha Pengatur kehidupan hamba2Nya..Dia akan memilih masa yg terbaik utk menjadi tetamuNya..
DeleteSayunya bila teringat Kota Mekah dan Madinah..
ReplyDeleteMoga kita semua diberi kesempatan untuk ke sana lagi...in shaa Allah.
in shaa Allah...dah lama tinggalkan dua kota suci, dah byk perubahan..
DeleteBelum sampai giliran, nak kena buat surat rayuan nampakya...
ReplyDeleteboleh buat rayuan kalau ada alasan yg kukuh..TH boleh pertimbangkan..in shaa Allah..
Deletesemoga dipermudahkan segalanya.
ReplyDeletesyukran..in shaa Allah..
DeleteALHAMDULILLAH DH SELESAI KURSUS HJ MAK NOHAS MESTI XSBR LAGI NK MNJADI TETAMU ALLAH DIDOAKN DIPERMUDHKN URUSNNYA
ReplyDeleteAlhamdulillah, dh habis kursus...tak tahu lagi, kena tunggu sampai akhir Ramadhan, samada rayuan diterima ke tidak..doakan ya kak..
Deleteterima kasih perkongsian
ReplyDeleteyg terbaik
Alhamdulillah, semoga bermanfaat...
DeletePerkongsian yang terbaik... doakan teman juga ye,,, harap dapat mengerjakan ibadat haji dan mendapat haji yang mabrur...
ReplyDeletesemoga kita semua mendapat panggilan menjadi tetamuNya satu hari nanti...aminn..
DeleteSemoga dipermudahkan segalanya, InsyaaAllah :)
ReplyDeleteAminn..InsyaaAllah...syukran..
Delete