Wednesday, 11 April 2018

APW - Art Printing Works

Assalamualaikum..

Jom bersantai, makan-makan, tengok pokok-pokok di APW, Jalan Riong, Bangsar.
 
APW..satu projek transformasi kegunaan..dari kilang percetakan ke hipster cafe dan restoran. Ada juga butik pakaian dan nurseri pokok-pokok...

 view dari Jalan Riong

Pernah tulis dalam entry - Black Knight: the inside story. Tak lama lepas tu, ada kerja di bangunan sebelahnya..so, terus je meninjau kawasan APW ni. Menarik juga, jom tengok apa yang ada di sana..

 di sebelah kanan, ada pelbagai pokok bunga dan pokok sayur

pokok labu

pokok bunga renek

Thai basil

pokok pegaga

Mula-mula tu rasa bestnya tempat ni, siap ada tanam pokok sayur. Rupa-rupanya ini ialah salah satu penyewa di APW - Plant Cartridge Sdn Bhd, yang menjual cartridge untuk tanam pokok-pokok bagi 'urban farmer wannabe'.

green house..rugi lak tak masuk


OK, jalan lagi, melawat kawasan, check apa yang ada. Sebenarnya nak makan tengahari di restoran Agak-Agak oleh Ili Sulaiman, rupanya dah tutup akhir tahun 2017. Ili Sulaiman ni hos rancangan masakan Lesung Pipit.

Ada 5 cafe di sini - Breakfast Thieves, Proof Pizza + Wines, Kaiju Company, Case Study dan PULP. 
 
masih mengekalkan bangunan kilang

van yang jual nacos

Restoran-restoran yang ada

butik pakaian

butik Khoon Hooi

cafe Breakfast Thieves yang femes tu

Ada taman kecil atau 'pocket park' di bahagian mengadap Jalan Tanduk.

sumber: the Malaymail online 

Tanya kat adik jaga parking, restoran mana yang halal, dia tunjuk yang ni

Pulp by Papa Palheta

suasana dalam cafe

masih ada lagi..old school suis utama dan air-cond suis

menu for all day dining

lemon brulee tart

Annyeong Rice Bowl
ada butter rice, spicy Korean chicken, kimchi, seaweed, brokoli
minuman - homemade lemonade
not bad, sedap juga

Bolehlah singgah di sini kalau berada di Bangsar, cuma parking tu payah sikit kalau waktu bekerja. Parking tepi jalan yang DBKL punya tu memang sentiasa penuh.

Valet parking pun ada, tapi charge dia 4 jam = RM12.00, macam tu lah yang saya nampak tertulis, kalau tak silap mata memandang. Tapi menurut maklumat, ada parking lot di seberang jalan di tanah kosong milik PHB. Ini sudah bagus, masa pergi haritu, tak perasaan pulak, sebab kita parking di bangunan sebelah, ada kerja di situ..

Check it out..

16 comments:

  1. Di Malaysia nie kalau cafe macam tu susah nak cari yang ada status halal... logo halal pun boleh diciplak... maklum la penguatkuasaan nya sangat lemah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..dengan teknologi modern..semua boleh diciplak, kekadang ragu2 jg tentang status halal ni..

      Delete
  2. tengok pokok-pokok yang menghijau..memang sejuk mata memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. suasana hijau di sini...

      Delete
    2. mesti kan tuan..

      boleh memberi ketenangan juga

      Delete
    3. rasa tenang melihat pokok2 bunga & sayur..

      Delete
  3. Replies
    1. Kwsn kilang di upgrade utk buat tmpt komersil..

      Delete
  4. menarik tempat ni n suasananya

    ReplyDelete
  5. dh boleh jd tempat lepak2 dan selfie !! cantik

    ReplyDelete
  6. Cantiknya kawasan dia.. Hijau mata memandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suasana tenang di sini, tak serabut..byk green space..

      Delete
  7. Gambar wild purple orchids in third pic dari atas tuuu... I know that flower, selalu nampak bunga orkid tu tumbuh meliar di tepi/lereng tanah tinggi highway utara-selatan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..wild orchids..cantik jg..tk perasan lak ada pokok bunga ni kt highway..nanti balik kpg nak tengok..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!