Saturday, 11 August 2018

Seoul 2.0 : Garosu-gil, Apgujeong Rodeo & Cheongdam-dong

Hari ke-3 : Ahad, 29 Julai 2018

Packing sehelai baju persalinan dan toiletries semua, malam ni tidur di Gangnam. We are going south, south of Han River.

Lepas breakfast, bergerak ke stesen subway, ambil Line 3 ke stesen Sinsa, keluar exit 8, kita ke Garosu-gil di Sinsa-dong, Gangnam-gu. The name Garosu-gil, meaning "tree-lined street", refers to the ginkgo trees planted along the streets in the area.

 lambang daun ginkgo

garosu-gil

Di sepanjang jalan, di lorong-lorong belakang, penuh dengan kedai-kedai kosmetik, salon, butik, high-end outlets seperti Chanel, Zara, H&M, hipster cafe, bakery, restoran, art gallery. Terasa aura Eropah bila jalan-jalan di sini.



Apa yang menarik retail scene di Seoul ialah rumah-rumah kedai masih lagi menjadi pilihan ramai sedangkan di Malaysia, majoriti high-end outlets ni terdapat di kompleks perniagaan saja. 
 
Salah satu advantage rumah kedai ialah window dressing - the arrangement of an attractive display in a shop window. Menarik dan kreatif window dressing kedai-kedai di sini.


Simone Handbag Museum - bangunan bentuk beg
pernah menulis tentang muzium ni, dalam entry
 
Masa ni hampir pukul 10.00 pagi. Tak banyak kedai yang dibuka. Kawasan ni best pergi waktu malam, bila ada lampu-lampu menyerlahkan lagi 'window dressing'. Sapa ada tengok rancangan 'Syoknya Seoul', hosts tu pegi sini waktu malam, ronda lorong-lorong belakang, memang menarik..

Dah sampai di hujung garosu-gil, corner kiri, berjalan ke bus stop Sinsa Middle School. Tunggu bas di sini, nak ke Apgujeong Rodeo. 

 bus stop Sinsa Middle School 
boleh naik semua bas ni untuk ke depan, dua bus stop je

 turun di bus stop Hanyang Apartment, Apgujeong Rodeo Stn
menyeberang jalan untuk ke Galleria Department Store West building

 Galleria Department Store
gedung membeli-belah mewah di Korea Selatan
bangunan yang akan berkilau di waktu malam, merelip-relip gitu

Galleria Department Store East building

Dekat Galleria ni, yang ada gambar cermin mata tulis GangNam tu ialah kiosk Gangnamdol Haus, ada jual patung-patung jelmaan artis-artis Korea dan permulaan K-Star Road.


K-Star Road

 kumpulan EXO

di seberang jalan

Sepanjang jalan K-Star Road ialah Cheongdam-dong Luxury Street, berderet butik-butik mewah seperti Prada, Burberry, Dior, Kenzo, Michael Kors, dengan hiasan butik yang sangat menarik. Feeling-feeling jadi Julia Roberts dalam movie Pretty Women...mampu tengok jer..Alice in Cheongdam-dong..

Dior Flagship Store yg bentuk futuristik


Masuk lorong ni, nak cari SM Entertainment HQ. Melayan Kpop fan. Kat belakang ni banyak restoran dan cafe, apartment dan rumah-rumah banglo.

 cute pulak signage 'valet parking' ni

Ayu - salon kuku

SM Entertainment HQ

Depan HQ SM Entertainment ada kawasan rekreasi, Hangang Park, berehat di bawah pokok-pokok..tenangnya suasana..

ahjumma-ahjumma baru lepas beriadah

Dah habis berehat, meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya : COEX Mall dan SM Town. Next entry lah ye..selamat berhujung minggu..

14 comments:

  1. cantiknya bangunan bangunan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. butik-butik mewah mmg menarik dekorasi luar kedai depa..

      Delete
  2. woaaah kak.. ke Koreaaa ye hehehe. x sampai lagi sini Gangnam. comel pulak tengok akak tulis EXO.. akak suka kepop eh =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. summer holiday kt korea..akk suka kdrama..hehe..

      Delete
  3. pergh...terbaik la bro dapat jejak kaki ke Korea...

    saya pun nak juga sambil bawa wife nanti...

    aamiin

    ReplyDelete
  4. TENTU PENAT JUGA MERONDA SEOUL KAN NOHAS....TAPI SERONOK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat tapi seronok..tambahan cuaca panas..melihat kehidupan org korea..

      Delete
  5. Betul... saya pun suka membelek-belek window-dressing shophouses di Seoul, menarik je dari luar di sepanjang jalan (nak masuk kedai tu belum tentu... hehehe) :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai-kedai jadi tempat photoshoot..menarik dekorasi..nak masuk tu mmg fikir 2-3 kali gak, tambahan tengok muka asing, tak beli segan pulak..hihi..

      Delete
  6. Alice in cheongdam-dong.... wah best citer tu. Terperasan lah pulak ala-ala orang kaya pi shopping...hehehehe. Kedai-kedai dia cantik kan. Pandai tokey kedai buat supaya dapat menarik pelanggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer tu best..tempat org kaya-kaya..berangan je..hihi..outlet mewah branded items ni mmg spend duit utk promotion, butik pun cantik..

      Delete
  7. Bestnya tengok diorang display barang jualan dengan cara yang menarik macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. window dressing sgt menarik..jd tmpt photoshoot..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...