Berjalan diatas skypark Seoullo 7017 dari Seoul Station ke Namdaemun Market.
dah sampai di Namdaemun Market, lintas jalan di sini
masuk lorong depan tu, dua-dua bangunan tu ialah bangunan wholesale
accessory alley rupanya
Masuk sekejap bangunan belah kiri, bangunan dua tingkat jual perhiasan wanita, jalan-jalan cuci mata. Keluar semula, melintas melalui lorong gerai-gerai makan di bangunan sebelah, tembus ke jalan besar di Namdaemun Market, pusing kanan, berjalan ikut kaki, oo..sampai di gate 5.
Dari pintu gerbang gate 5, berjalan ke bawah semula. Nak cari gerai Honam Sokdang. Ikut direction dalam blog budgettraveltokorea, dah jumpa kedai cermin mata di sebelah kiri, masuk simpang depan kedai tu, jumpa pula Bern Market belah kanan, melintas ikut market ni, kendian masuk pula lorong gerai-gerai di bangunan sebelahnya.
Hairtail Alley jual galchi jorim
Honam Sikdang gerai no. 18-6. Nak makan asam pedas Korea - galchi jorim (braised hairtail). Disepanjang lorong, memang semua gerai galchi jorim. Yeayy..dah jumpa..gerai yang di rekomen oleh blog budgettraveltokorea.
Honam Sikdang
duduk je, ahjumma terus letak banchan atas meja
servis pantas, kalah kedai mamak..hihi..
servis pantas, kalah kedai mamak..hihi..
ada kimchi kobis, ikan goreng, taugeh, radish kimchi, sayur hijau
order galchi-jorim dan juga ikan mackerel bakar
spicy galchi jorim, steamed egg tu free
Jenuh juga nak menghabiskan semua ni. Dah ada ikan goreng (banchan), order lak ikan mackerel bakar lagi. Galchi jorim tu pun banyak juga ikan dia. Ikan jenis banyak tulang. Harga: galchi jorim = 8,000 won, ikan mackerel bakar = 10,000 won.
Dah habis makan, jom gi shopping. Nak keluar, nampak ada lorong ke jalan utama Namdaemun, haha. Rupa-rupanya mudah je nak ke sini, takyah pening-pening corner kiri, corner kanan. Dari gate 5 tu jalan terus je, sampai nampak kedai cermin mata no. 10 di sebelah kiri, masuk lorong kecik tu.
masuk lorong ni, ada signage Hairtail Alley kat atas
zoom sikit
kecik je tulisan english dia
Gerai no. 18-6 Honam Sokdang tu corner lot, ikut lorong ni terus ke gerai Honam Sikdang, di barisan kedua.
Alhamdulillah, makan sudah, jom jalan-jalan, shopping pulak. Tak banyak gambar.
kedai barangan made in Korea
Dah habis shopping untuk hari ni, berjalan ikut kaki melangkah, tiba di gate 6. Pusing kiri, nak berjalan pula ke Myeongdong.
gerai kebab dah ada peningkatan
dulu jual kebab saja, sekarang dah ada macam2
falafel, nasi pun ada
halalan toyyiba
menuju ke Myeongdong
Dah sampai exit 7 Hoehyeon station on the way ke Myeongdong, rasa malas pula nak berjalan kaki, terus turun bawah ambik Line 4 ke Seoul Station, sambung shopping di Lotte Mart pula.
Best juga shopping di sini, sambil-sambil cuci mata, tengok orang Korea bershopping, walaupun masih waktu pejabat, weekday - hari Selasa, orang tetap ramai.
pelbagai jenis banchan
pelbagai perisa susu pisang (banana uyu)
kerepek pisang
kerepek buah epal
pelbagai jenis teh - honey citron, pomegranate, omija
Dah ambik barang yang berkenan, jom pi kaunter bayar. Beg kertas kena beli, harga 100won. Orang-orang Korea depa bungkus barang guna kotak recycle. Bagus Lotte Mart ni, bagi free je kot kotak-kotak ni, siap ada tali disediakan, boleh pilih kotak mana yang berkenan di hati.
pilih-memilih kotak
mengikat kotak
Kami takde lah ambik kotak ni, hihi..naik public transport, jenuh nak angkut kotak. Jom balik, dah macam santa claus..hohoho..
Meh tengok hasil mahsyul untuk hari ini..
hasil tangkapan di Lotte Mart
periuk tembaga (utk masak ramen), 4 jenis teh, buah peach,
buah blueberi, banana uyu yang sedap
buah blueberi tu murah, sepeket besar tu cuma 3,920won = RM14.30, buah peach pun murah juga, rambang mata tengok buah-buahan kat Lotte Mart. Teringin beli buah melon Korea, tapi mahal harganya..9,900 won..untuk 4 biji, huh..
jenis ni lagi sedap, lebih rasa pisang
hasil belian di Namdaemun Market - all made in Korea
set sudu garpu korea, mangkuk nasi bertutup
mangkuk makan, beg & pouch kalis air
rambang mata tengok pouch kalis air ni
rasa nak borong semua
brooch beli 4 ketul ni je dan satu klip tudung
yaa..nostalgia, jagung rebus..hihi..jenuh nak mengunyah
liat macam pulut
rambang mata tengok pouch kalis air ni
rasa nak borong semua
brooch beli 4 ketul ni je dan satu klip tudung
yaa..nostalgia, jagung rebus..hihi..jenuh nak mengunyah
liat macam pulut
Sekian shopping untuk hari ini, ada second round sebab order masuk dari Malaysia..hehe..
-------------------------------------
Lewat petang keluar balik, nak cari hanok village di Ikseon-dong, dekat je dengan hotel, dibelah utara Pernah tulis tentang Ikseon-dong ni, dalam entry Black Knight:The inside story. Cerita mengenai aktiviti pemuliharaan dan pengubahsuaian kegunaan rumah hanok di Ikseon-dong.
Tak berapa pasti lokasi sebenar, jalan-jalan ikut langkah kaki, masuk lorong, keluar lorong, ntah kat mana.
cute cafe ni, bangunan belakang tu..huhu..
lorong kecik
Ada banyak juga hotel-hotel di sini seperti Petercat Insadong, Ibis Hotel. Dah tak jumpa Ikseon-dong dan hari pun hampir gelap, terus berjalan balik ke hotel.
On the way back, pergi check lokasi bus stop untuk airport bus, kemudian berjalan ke Cheonggye River, sambung jalan-jalan di sekitar hotel, melawat kawasan. Banyak gerai-gerai makan (pojangmacha) baru dibuka di tepi-tepi jalan.
On the way back, pergi check lokasi bus stop untuk airport bus, kemudian berjalan ke Cheonggye River, sambung jalan-jalan di sekitar hotel, melawat kawasan. Banyak gerai-gerai makan (pojangmacha) baru dibuka di tepi-tepi jalan.
Balik hotel, start packing beg. Sesi menghabiskan bekalan makanan, masak bihun tom yam segera untuk dinner and zzz..
Esok last day untuk ronda-ronda Seoul dan tidak dilupa, shopping di Lotte Mart lagi.
Antara yang menarik kalau pergi jalan-jalan adalah boleh pergi shopping sekali...
ReplyDeleteshopping mesti masuk dlm agenda..hihi...
DeleteBesutnya jenjalan... banyak ke shopping tu....😊
ReplyDeletebest...shopping utk diri sendiri & famili je...hihi..
DeleteAdoi.. menarik sungguh pengalaman jalan-jalan macam nie.. lebih puas menjelajah dan menengok kawasan..
ReplyDeletetravel backpacking mmg best, banyak tmpt boleh dijelajah tapi penat sikit..banyak berjalan kaki..
DeleteDapat tenguk gambar aje.
ReplyDeleteSeronok jenjalan
in shaa Allah..
DeleteWaah cutlassfish... teringin nak merasa jugak ikan tu... maybe one day dapatlah saya mencubanya :'3
ReplyDeleteKerepek epal tu nampak sedap, yang tu pun saya teringin nak try, masuk ke dalam 'wishlist' :D
In shaa Allah, plan for 2nd...kerepek pisang and epal tu tk dpt rasa, takde promoter..dapat rasa preserved persimmon, sedapp, lalu 2x depan promoter..hihi..
Deleteya allah sedapnya susu pisang.. hehehe. mcm2 flavour pulak. kiranya ini tempat utk shopping dan JJCM la
ReplyDeletemcm2 perisa susu pisang ni, akk pun baru tau..ada yg ikut musim, mcm summer ada perisa blueberi..
Deleteyaa..tmpt utk shopping & JJCM..rambang mata..hihi..
part shopping adalah part paling excited. heheh teruja tengok kiri kanan rasa nak rembat macam2 kan. alaaaa kenapa tak terpkir nak beli bekas nasi tu eh.. ritu da belek2 tapi rasa macam tak perlu. tengok akak beli rasa nak pulak. jenuh laaa kena pi sana balik hahaha..
ReplyDeletesuka masuk mart2 depa.. yang mana kita yakin boleh makan tu best nak angkut balik =D
ya, setuju sgt..hehe..mcm2 produk, tgk teh, tgk kopi, fruit jus mcm nk beli semua..oren jus limau jeju yg x tahan tu, sedap sungguh..
Deletebekas nasi tu nmpk cool je, ingatkn nk diet mkn nasi byk tu je..hihi..
Bekas nasi tu berapa won? banyak tak barang yg boleh shopping kat lotte mart? Sy nak pergi korea bulan feb ni..
ReplyDeleterasanya 3,000 won, 3 brg tu = 25 ribu. Mangkuk = 15 ribu, sudu/garpu = 7 ribu. Di Lotte Mart, byk beli makanan/minuman je dgn periuk tembaga. mmg best shopping kt lotte mart ni...banyak pilihan, byk brand..
Deletehappy holiday, tak lama lagi tu..