Wednesday, 15 August 2018

Seoul 2.0 : Lotte World Adventure & Aquarium + Yang Good BBQ

Hari ke 4, Isnin 30 Julai 2018
 
Hari ni kita bergumbira di Lotte World Theme Park & Aquarium. Beli tiket combo secara online di Indiway (dulunya Funtastic Korea). Ada diskaun untuk foreigner. Ada banyak juga website yang menawarkan diskaun untuk foreigner untuk tiket online, boleh try klook, trazy, kkday.
 
indiway website

Dah buat pembayaran, voucher akan di e-mel dan tukar voucher kepada pass card pada hari kejadian. Voucher valid dalam masa dua bulan. Harga tiket combo untuk sorang = RM165/- untuk all day admission kat Lotte World Adventure & Aquarium.

----------------- 

Pada hari kejadian, ingatkan nak keluar pukul 8.00 pagi. Sebab utama check-in hotel di Yeoksam untuk memudahkan perjalanan sebab dah dekat, satu subway line je. Tapi hampeh, pukul 10.00 pagi, baru terhegeh-hegeh, nak check-out. Sebab hotel best, liat betul nak keluar. Sebelum keluar, breakfast roti dengan sambal bilis Adabi, tak habis, tapau, bawa bekal.
 
Naik Line 2 di Yeoksam station ke Jamsil station. Ada banyak station nama Jamsil - Jamsilsaenae, Jamsil (Songpa-gu office), Jamsilaru. Turun di Jamsil (Songpa-gu office), keluar exit 3, pergi ke South Gate, masuk ke ikut pintu main entrance, corner  kiri, ada kaunter tulis - group entrance, tukar voucher di kaunter.
 
 route dari exit 3 ke kaunter untuk tukar voucher
main entrance & kaunter tiket pun di sini

 south entrance, masih ramai lagi yang beratur beli tiket

Dah masuk entrance ni, tak ramai orang di kaunter, so takyah beratur, terus je dapat tukar ke pass masuk..yeayy..


di tempat locker, tak leh kunci, duit dah masuk 1,000 won
inform staff ni, depa panggil maintenance

Alhamdulillah, beg dah disimpan dan wallaa..the fun begins. Umat manusia memang sangatlah ramai..ingatkan pergi hari Isnin, kurang orang...nan ado..cuti sekolah kot kat Korea time ni.


Lotte World Theme Park ada dua bahagian : indoor dan outdoor (Magic Island). Kita gi yang indoor dulu.


ada hot air balloon

Anak saudara nak naik ride yang terbalik dalam gelung, teman takut, dia naik sorang. barisan punyalah panjang, dekat sejam baru dapat naik. Teman gi layan Garden Stage, ada show.

 ada show apetah, ada unsur-unsur Latin

Sekejap je layan, kemudian pi beli pop corn. Hmm..kecewa, popcorn rasa masin. Tak bestnya. Kunyah juga lah sambil tunggu anak saudara naik. Lepas dia turun, bergerak ke outdoor pula, the Magic Island.


Kali ni try roller coaster Atlantis..huhu...teman pun ikut sama. Dah bertahun-tahun lamanya tak naik rollercoaster. Beratur panjang, dekat nak sejam, baru dapat naik. Sambil-sambil tu snap gambar bangunan tertinggi di Korea dan ke-5 di dunia.

 Lotte World Tower - 123 tingkat

Masa untuk 'adrenalin rush', biasalah roller coaster, mula-mula tu jalan perlahan-lahan, berhenti kat tempat permulaan dan tanpa amaran, zusss..terus bergerak....laju, laju..entah berapa km/hour..

 rollercoaster Atlantis (source: madman)
terpekik terlolong semua orang sepanjang ride..hihi..

I survived, I survived..it was fun..haha..pening kepala, sakit badan lepas tu. Bergerak semula ke indoor area, cari 'drinking water'. Bercadang masuk the Adventure of Sinbad pula. Beratur lagi, lama juga,  melingkar-lingkar barisan..

 the Adventure of Sinbad

Masa tengah berbaris, ada Samba Parade. Tak lalu teman nak nengok, seksi bebenor.


Penantian berakhir, masuk gua. Pelayaran Sinbad ni diatas air di dalam terowong gelap sambil bercerita kisah Sinbad. Teman pun tak ingat Sinbad ni sapa, kisah dia macamana,

patung-patung digunakan dalam penceritaan
ada yang kelakar, ada yang acah-acah seram

Dah habis pelayaran, ronda-ronda, melawat kawasan.

ni yang Samba Parade tadi

ice-skating ring

 teringin nak try yang ni, dalam kdrama banyak scene ni
tapi bila fikir ada unsur2 perjudian, tak jadi

 Twig - salah satu maskot Lotte World Theme Park

Dah habis ronda, pergi ambil beg dan naik ke tingkat 3, ada musolla.

tekan alarm kat tepi tu, nanti ada staff datang buka
musolla ni campur lelaki perempuan
tempat wuduk dalam ni juga, ada telekung disediakan

Dah solat, baru segar sikit. Berehat dekat fountain, depan surau, makan sandwich dan susu pisang (beli malam tadi). Bercadang nak pergi Aquarium pula.

Untuk ke Lotte World Aquarium, kena keluar, turun ke subway station, masuk Lotte World Mall. Nak ke Lotte World Mall ni, boleh juga menyeberang jalan ikut atas, ikut jalan raya, ke arah Lotte World Tower.


Cantik retail mall ni. Teringin nak snap gambar kat mahkota, sekali tengok ramai beratur tunggu giliran, tak jadi..

center of attraction

Tak susah nak cari Lotte World Aquarium, ada banyak signages.

 enter the world of fish

 Besar juga Lotte World Aquarium ni, dua tingkat. Berjalan ikut flow sambil tengok ikan-ikan berenang. Tenang je.

 Ikan piranha

 ikan colourful

 terowong

anjing laut

 ikan pari

 ikan belang-belang

 Beluga - sejenis species 'shark'

 Lulu - the baby shark (Beluga)

 Ikan pari & ikan kecik
ralit tengok depa berenang dalam tank besar

 penguins - berenang berdua

OK, habis sudah sesi lawatan di Lotte World. Bergerak pulang, nak makan di Yang Good, hari tu hajat tak kesampaian. Menapak ke subway station.

 Laluan ke Observation Deck di Level 117 - 123 of Lotte World Tower
------------------------------------------
Yang Good BBQ Lamb: Di Yeoksam station, keluar exit 4 juga, tapi kali ni ikut laluan lain pula. Pusing kanan, masuk lorong yang pertama, lalu depan Hotel Mercure Seoul Ambassador Gangnam, akan nampak jalan diantara dua bangunan.

masuk lorong tengah ni

akan jumpa simpang & salun ni, masuk lorong ni

Tadaa..akan nampak signage Yang Good di sebelah kiri, tak jauh dari simpang

 sudah dibuka

Lokasi Restoran Yang Good, Star Hotel dan Restoran Turki Kervan@GFC


Laluan hari ni lebih mudah, tak yah naik bukit, turun bukit. Tapi laluan hari Ahad tu lagi best, sambil2 berjalan, boleh tengok rumah-rumah di kawasan ni. 

OK, untuk permulaan, order lamb skewers, yang pure, yang tak marinate. Ada juga menu nasi, udon.

 sos pencicah dan banchan - macam sos thai

 sedang dimasak

suasana dalam kedai, ada group Malaysia belah sana

dah masak

sedap..lembut & juicy

Tak cukup, order yang marinated pula

sedap juga...terbaik..

Total kos: lamb skewer = 13,000 won dan marinated lamb = 23.000 won (rasanyalah, tak ingat). Dah selesai makan, jam pun hampir pukul 8.00 malam. Bergerak balik ke Jongno, ambik Line 2 ke Seoul National University of Education, then Line 3 ke Jongno 3-ga station.

Alhamdulillah, end of Day 4.

16 comments:

  1. Wahh... 'happening' juga Lotte World ni ya sis, ada roller coaster lagi. Aquarium pun ada... harga tiket one day pass situ pun tak mencekik, bestnya~ :D

    Popcorn tu masin sebab dorang letak salted butter agaknya, dorang tak letak caramel macam kat sini. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, meriah juga, ada roller coaster indoor & outdoor..reasonable jg harga tiket combo..

      betul jg, depa guna salted butter, tak sedap..

      Delete
  2. sedapnya berwisata di Korea. Kapan bdiriku bisa ke sana pula?

    ReplyDelete
  3. Suka pulak tengok pemandangan dalam akuarium tu...cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenang minda tengok pelbagai jenis ikan ciptaan Allah..

      Delete
  4. Teman suka tengok ikan berenang... sebab pada ikan yang berenang tu ada ketenangan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..suka tengok ikan berenang, mmg rasa tenang..

      Delete
  5. Belugaa shooo cute macam tersnyum je dia all the time. tapi since dia spesis shark tu ehhe seram jugakla. btw ni memang memanggil2 ke Korea lagi. last time ke Seoul memang x meronda city. so clueless sikit pasal city dia except for few places wajib visit.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beluga tu mcm jinak je, mngkin dlm aquarium tk mngganas..byk tmpt menarik kt Seoul..blm hbs cover..hehe..

      Delete
  6. Tiket masuk tu include utk permainan dlm tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, tiket "daily passport" include permainan dlm tu..indoor & outdoor..tapi ada jg yg kena byr asing mcm Mirror Maze, Haunted House..sikit je lah..

      Delete
  7. boleh bawak masuk makanan ke dalam lotte tu? beg kita dorg akan check tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa masuk tu takde yg check beg..kami bawa makanan jg - sandwich & susu pisang

      Delete
  8. yg simpan bag kat locker tu boleh simpan luggage ke? atau ada size limit utk simpan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. locker tu kecik je, muat backpack saja..tak pasti ada tak locker utk luggage di sini, kena check website...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!