Salam Jumaat...sayyidul ayyam..
semoga baik-baik semuanya..walaupun harga minyak naik, subsidi berkurangan
tetaplah tabah, hanya kepada Allah swt, kita memohon perlindungan..
Allah Ya Khafi, Ya Ghoni, Ya Razzaq, Ya Fattah
di hari Jumaat yang mulia ni, nak cerita tentang pusat urut orang kurang upaya penglihatan di Menara Bank Islam, Jalan Perak

Pusat Terapi Refleksologi Abdullah Ummu Maktom
Nama yang menarik perhatianku. Siapakah Abdullah Ummu Maktom?
Seorang sahabat yang buta matanya yang menyebabkan Rasulullah saw ditegur oleh Allah swt.
Kisah yang Allah swt abadikan dalam Al-Quran iaitu Surah 'Abasa (Ia Bermuka Masam), Surah ke80, Surah Al-Makiyyah dan surah kedua dalam juz 30 (Juz Amma)
Ayat 1 - 4
“Dia memasamkan muka dan berpaling, Kerana dia didatangi
orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai
Muhammad)? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran
agama yang didapatinya daripadamu)! - Ataupun ia mahu mendapat
peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.”
Menurut riwayat, pada satu ketika Rasulullah saw menerima dan berbicara dengan pembesar-pembesar Quraisy yang beliau harapkan agar mereka masuk Islam. Dalam pada itu datanglah Ibnu Ummi Maktum, seorang sahabat yang buta yang mengharap agar Rasulullah saw membacakan kepadanya ayat-ayat Al-Quran yang telah diturunkan Allah.
Tetapi Rasulullah saw bermuka masam dan memalingkan muka dari Ibnu Ummi Maktum yang buta itu, lalu Allah swt menurunkan surah ini sebagai teguran atas sikap Rasulullah terhadap Ibnu Maktum itu.
Bacaan lanjut, boleh rujuk blog mantan mufti WP - zulkiflialbakri.com
Semoga bermanfaat..
Alhamdulillah








