Thursday, 6 August 2026

Pasar Malam di Bandar Kuala Kangsar

Assalamualaikum semua...

Hujung minggu lepas, balik kampung. Ambil cuti hari Jumaat, balik semula ke KL hari Ahad.

Hari Jumaat ada pasar malam di bandar Kuala Kangsar. dah lama tak gi sini. Dah semakin luas pasar malamnya. Bangunan pasar dah dirobohkan, tapaknya dah dibaiki dan dibuat tapak pasar malam.

kawasan pasar malam
bangunan yang nampak dibelakang tu ialah bangunan pejabat
Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
 
moh kiter explore, mother nak beli lemang
 
beli lemang di sini - Hadi Lemang Bakar 
 
 
RM10.00 for 5 ketul
 
mesti beli nih
 
selepas beli, berlenggang pergi
 
ada gak laksa macam nih..
tak pulak gi riki-riki
 
last day jual RM5.00, minggu depan dah naik RM6.00
beli 2 bekas laksa
 
 
murtabak legend Haji Midin 
  
berbaloi murtabak macam ni..inti tebal

 jalan-jalan tengok suasana..beli apam lenggang, lemang
laksa penang, nugget & bebola ikan..jadilah buat makan malam 
 
kalau kome ada di Kuala Kangsar hari Jumaat
 jangan lupa singgah pasar malam ni 

Wednesday, 5 August 2026

WW #50 : Keju Susu Kerbau

Company's event @ Grand Hyatt Hotel..

cold salad with buffalo cheese
tawar rasanya...

Tuesday, 4 August 2026

Ke Nagoya Membeli Kain

Salam semua...

Ke Nagoya Jalan Tuanku Abdul Rahman bersama bonda untuk membeli kain lapik untuk jubah. Jubahnya dibeli di Muaz Jalan TAR. Mak rasa jubahnya sedikit jarang, so nak kena lining..

The venue
 
 
ke tingkat satu..adehhh, kena naik tangga
 
cari-cari, pilih-pilih
 
susah nak cari warna yang sama dengan jubah
Alhamdulillah, dapatlah yang hampir
 
di Jalan TAR ni, tempat membeli kain ela
ada beberapa kedai yang menjual kain 
 
the famous Globe Silk Store (dulu²)
sekarang dah tukar nama - Sarah Hughes 
 
high end Gulati's
 
kedai lain - Kamdar's dan Harrisons

Monday, 3 August 2026

Kuliah Perdana oleh Ustaz Abdul Somad

Assalamualaikum..kisah di bulan Disember 2025. 

Masjid di kawasan kariah, Masjid Amru Al'As namanya, ada mengadakan ceramah agama di bulan Disember tahun lepas dan penceramah jemputannya ialah Ustaz Abdul Somad. Ustaz popular dari Indonesia.

Ustaz femes datang bertandang, teruja nak dengar secara live. Pertama kali Ustaz Somad datang, jomlah kita raikan. Bertandang ke taman syurga (majlis ilmu)..

ustaz sedang berceramah
cara syarahannya sama macam dalam youtube 
 
Tajuk ceramahnya - bila kita menjadi tua. 
 
 Insaf dengar kuliah ustaz. 
 bila dah tua, tenaga berkurang, pergerakan menjadi lambat
bersabarlah dengan keadaan ibu bapa kita
mereka perlukan perhatian kita 
 
kita juga akan menjadi tua, kalau umur panjang..