Wednesday, 3 June 2009

Kisah Lembu Betina

Surah Al-Baqarah adalah surah kedua mengikut susunan 114 surah di dalam Al-Quran. Kitab-kitab tafsir menterjemahkan Al-Baqarah sebagai 'lembu betina'.

Kisah lembu betina ini terdapat dalam Ayat 67 hingga 73, dimana kaum Bani Israil telah bertemu dengan Nabi Musa a.s. untuk menyelesaikan masalah berkenaan satu kes pembunuhan. Wahyu Allah telah memerintahkan supaya seekor lembu betina disembelih (Ayat 67) tetapi kaum Bani Israil ini terlampau banyak songeh, bermacam-macam pertanyaan diajukan kepada Nabi Musa (Ayat 68 - 71) sehingga begitu terperinci sekali syarat-syarat lembu betina yang dikenakan keatas mereka. Hampir sahaja mereka tidak dapat melaksanakan perintah penyembelihan itu disebabkan lembu betina seperti yang disyaratkan sukar diperolehi (Ayat 71). Sedangkan dalam Ayat 68, setelah diterangkan syarat pertama lembu betina tersebut iaitu tidak tua dan tidak muda (pertengahan), sudah diwahyukan supaya mengerjakan apa yang diperintahkan kepada mereka tetapi mereka masih lagi bertanya. Memang mereka bangsa degil dilaknati Allah.

Kisah lembu betina
Pada zaman Bani Israil terdapat seorang hamba Allah yang soleh, dia mempunyai seorang anak kecil lelaki dan seekor anak lembu. Anak lembu inilah saja satu-satunya harta yang dimilikinya.

Pada suatu hari hamba Allah yang soleh itu telah pergi ke hutan bersama dengan anak lembu yang dipeliharanya untuk dilepaskan ke hutan. Sebelum anak lembu itu dilepaskan maka dia berdoa kepada Allah s.w.t.: "Ya Allah, aku lepaskan anak lembu ini kepadaMu untuk anakku bila dia besar nanti."

Selang beberapa lama maka hamba Allah yang soleh itu pun meninggal dunia, maka anak lembu itu pun membesar di dalam hutan dengan mencari makanannya sendiri. Anak lembu ini kalau melihat ada orang datang ia akan bertindak liar dan melarikan diri.

Anak kecil yang tidak berbapa ini membesar dengan kasih sayang ibunya, dan dia juga sangat menyayangi ibunya dan taat kepada segala perintah ibunya. Dia juga menggunakan masanya 1/3 untuk mengerjakan solat, 1/3 untuk menjaga ibunya dan 1/3 lagi untuk tidurnya.

Setiap pagi anak muda ini akan ke hutan untuk mencari kayu api, apabila di memperolehi hasil dari menjual kayu api maka dia akan membahaginya kepada 3 bahagian. 1/3 akan diberikan kepada ibunya, 1/3 akan disedekahkannya dan 1/3 untuk makan.

Suatu hari ibunya telah berkata: "Wahai anakku, ayahmu telah mewariskan seekor lembu kepadamu, dia telah melepaskannya di hutan untuk dipelihara oleh Allah. Oleh itu kamu pergilah ke hutan dan berdoalah kepada Tuhannya Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s., Nabi Ishaq a.s. dan Nabi Ya'qub a.s. semoga Allah s.w.t. mengembalikan semula lembu itu."

Ibunya berkata lagi: "Wahai anakku, tanda lembu itu ialah berwarna kuning berkilauan dan kulitnya bagaikan emas apabila terkena cahaya matahari."

Setelah pemuda itu mendengar segala pesanan ibunya maka dia pun pergi ke hutan, sesampai di sana dia melihat lembu yang dikatakan oleh ibunya itu sedang memakan rumput kemudian dia berdoa: " Wahai lembu, aku memanggil kamu dengan nama Tuhannya Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s. , Nabi Ishaq a.s. dan Nabi Ya'qub a.s. oleh itu hendaklah kamu datang kepadaku."

Sebaik sahaja pemuda itu selesai berkata demikian maka lembu tersebut berlari mendapatkan pemuda itu dengan berkata: "Wahai pemuda yang taat kepada ibunya naiklah kamu ke atas belakangku untuk meringankanmu."

Kata pemuda itu: "Wahai lembu, ibu tidak menyuruh aku berbuat demikian sebaliknya ibuku hanya menyuruh aku memegang lehermu sahaja"

Kata lembu itu: "Demi Tuhannya Bani Israil, sekiranya kamu hendak mengenderaiku sudah tentu tidak dapat kamu lakukan, tetapi kalau kamu memerintahkan bukit untuk berpindah sudah tentu bukit-bukit itu akan berpindah disebabkan taatnya kamu kepada ibu kamu itu."

Setelah itu pemuda itu pun membawa lembu pulang, sampai dirumahnya ibu pemuda itu berkata: "Wahai anakku, sekiranya kamu berasa susah untuk mencari kayu setiap pagi dan merasa sukar untuk bangun malam maka eloklah kamu jual lembu ini."

Lalu pemuda itu bertanya ibunya: "Wahai ibu, katakan kepadaku dengan harga berapakah harus saya menjual lembu ini?"

Kata si ibu: "Wahai anakku, kamu juallah lembu ini dengan 3 dinar dan jangan kamu kurangkan atau lebihkan dari tiga dinar sebelum kamu bertanya terlebih dahulu dariku."

Kemudian pemuda itu pun membawa lembu itu ke pasar untuk dijual, untuk menguji ketaatan pemuda itu kepada ibunya, Allah s.w.t. telah memerintahkan Jibril a.s. menyerupai seorang pemuda bertemu dengan pemuda tersebut.

Jibril a.s. yang menyerupai seorang pemuda bertanya kepada pemuda tersebut: "Wahai pemuda berapakah harga lembu ini?"

Kata pemuda itu: "Lembu ini berharga 3 dinar dengan izin ibuku."

Kata malaikat Jibril a.s. : "Aku sedia membeli lembu ini dengan harga 6 dinar dengan syarat kamu tidak memberitahu ibumu itu."

Harga lembu sememangnya 3 dinar sahaja pada masa itu.

Kata pemuda itu: "Wahai orang muda, kalaulah kamu berikan kepadaku emas seberat lembu ini sekalipun aku tidak akan menerimanya tanpa mendapat izin dari ibuku."

Setelah berkata demikian pemuda itu pun pulang dengan membawa lembunya, setelah menceritakan kepada ibunya segala yang berlaku maka ibunya pun berkata: "Wahai anakku, kini aku izinkan kamu menjual lembu ini dengan harga 6 dinar."

Pemuda itu pun pergi ke pasar dan bertemu dengan orang yang hendak membeli lembunya itu dengan berkata: "Kini aku sedia menjualkan lembu ini dengan harga 6 dinar dengan izin ibuku."

Kata malaikat Jibril a.s. yang menyerupai seorang pemuda: "Aku sedia membeli lembu ini dengan harga 12 dinar dengan syarat kamu tidak memberitahu ibumu."

Kata pemuda itu: "Aku tidak dapat menjual lembu ini dengan harga 12 dinar tanpa mendapat izin dari ibuku."

Setelah itu pemuda itu pun kembali memberitahu ibunya tentang harga yang hendak dibeli oleh pemuda tadi.

Kata ibunya: "Wahai anakku, sebenarnya orang yang bertemu dengan kamu itu adalah seorang malaikat untuk menguji kamu, oleh itu hendaklah kamu tanya dia apakah lembu ini perlu dijual atau tidak."

Kemudian pemuda itu pun pergi semula ke pasar dan bertemu dengan malaikat itu, lalu dia berkata: "Ibuku bertanya apakah lembu ini perlu dijual atau pun tidak?"

Maka malaikat Jibril a.s. berkata: " Janganlah dijual lembu ini sehingga terjadi perintah Allah s.w.t. ke atas Bani Israil untuk menyembelih lembu ini, apabila Bani Israil mencari lembu yang mempunyai syarat yang ditentukan maka tidaklah ada lembu yang dapat memenuhi syarat tersebut melainkan lembu ini. Untuk mendapatkan lembu ini, mereka akan membayar harga lembu ini mengikut berat badan lembu dengan wang dinar. Ini adalah anugerah Allah s.w.t. ke atasmu disebabkan ketaatan kamu kepada ibumu."

-di petik dari Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan 1

17 comments:

  1. Semoga kita taat kepada ibu. Moga juga kita terus berdoa bagi ibu dan bapa yang sudah tiada.

    ReplyDelete
  2. 1. http://minusion.blogspot.com/
    2. http://cendawan-goreng.blogspot.com/
    3. http://trendpolitik.blogspot.com/
    4. http://apasiapadimana.blogspot.com/
    5. http://mynameisdot3x.blogspot.com/
    6. http://papanzz.blogspot.com/
    7. http://penggeletek.blogspot.com/
    8. http://soulreaper-abarai.blogspot.com/
    9. http://h2o-orihime.blogspot.com/
    0. http://senyumrindu.blogspot.com/
    1. http://sharps-shooters.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. kisah yang sangat menginsafkan...semoga hati2 kita terdidik untuk mentaati ibu n ayah selayaknya...kerana mereka ahugerah Allah yang tak ternilai buat kita....

    ReplyDelete
  4. Nama lembu itu ialah lembu samiri, dan pemuda bani Israel yang mengajak kaumnya menyembah lembu itu namanya Musa Samiri. Ketika Nabi Musa a.s pergi ke Jabal Thursina, ketika itulah puak2nya ingkar. Lakaran lembu itu ada tertera di bukit..saya pernah ke sana. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Pok Li,
    Itulah yang sebaiknya sebagai seorang anak.

    Sharps Shooters,
    Banyaknya blogs.

    a.t.l.u.s.c.a,
    Terharu bila baca kisah ni, rasanya tak terdaya nak berbuat spt pemuda tersebut. Berusaha..

    Farid Rashidi,
    Memang teruja dapat melihat sendiri bukti2 kisah2 dalam Al-Quran. Dapat baca pengalaman org lain pun, Alhamdulillah. Nak gi sendiri, Wallahu'alam, tak tau bila. Kisah tersebut dalam ayat 51 - 54, Surah Al-Baqarah.

    ReplyDelete
  6. pemuda penggerak ummah
    carilah idola persis Abdul Rahman Bin Auf - Billionare yg dijamin masuk syurga.

    ReplyDelete
  7. thanks for the tazkirah
    suka dengan theme blogspot ni jugak. hehe :)

    ReplyDelete
  8. Kindly post translator for your posts. That would be helpful the guys who reads in english.

    ReplyDelete
  9. School Of Tots,
    Zaman Rasulullah S.A.W. memang ramai millionaire & billionaire yang sanggup berkorban harta & nyawa untuk menegakkan agama Allah di muka bumi, utk Allah S.W.T dan rasulNya.

    "Dunia masa untuk menanam, hasilnya di tuai di akhirat kelak, InsyaAllah"

    ReplyDelete
  10. KNizam,
    You're welcome. Thanks for visiting. Blog ni biasa-biasa aje

    ReplyDelete
  11. Analog designer,

    Thanks for visting.

    I will try to accommodate your requirement in my future posts. Still not yet explore other widget/gadget available to be inserted in the blog.

    ReplyDelete
  12. salam takziah buat nohas yang baru kehilangan nenek tersayang.sy terbaca komen nohas di blog ust farid rashidi....

    semoga rohnya berada bersama2 para solihin..para tabiin...aminn...

    ReplyDelete
  13. a.t.u.l.a.s.c.a,

    Jazakallahu khairon khatira. Dah takde datuk nenek lagi.

    Aminn....

    ReplyDelete
  14. Rina AVAIL a.k.a Cik Betty,

    Semoga menjadi teladan

    ReplyDelete
  15. Nie first time teman baca kisah lembu yang di ceritakan dengan agak terperinci... cuma kerisauan teman takut ianya bersumber dari Israeliyyat...

    Kisah Lembu Bani Israel

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah lembu betina yg dicari oleh kaum Bani Israel mungkin sumber dari Israeliyyat..tiada sumber kukuh..mngkin kisah rakyat..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!