Ustaz Fathi Yakan menyatakan dan memperihalkan peripentingnya seluruh kaum Muslimin khususnya para daie untuk beriltizam dengan sifat-sifat keimanan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Surat At-Taubah, ayat 112: "Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang mengembara, yang rukuk', yang sujud, yang menyuruh yang ma'ruf dan mencegah berbuat mungkar, dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang-orang Mukmin itu."
Melalui ayat Al-Qur'an ini, dapatlah disaring bahawa antara ciri-ciri keimanan yang perlu ada pada diri seorang Mukimin yang beriltizam dengan sesungguhnya dengan Islam dan amal-amal Islami termasuklah:
1. Al-Taibun – orang yang sentiasa bertaubat
2. Al-‘Abidun – orang yang beribadat
3. Al-Hamidun – orang yang bertahmid memuji kebesaran Allah
4. Al-Saihun – pengembara di jalan Allah
5. Al-Raki’un & Al-Sajidun – orang yang banyak rukuk dan sujud kepada Allah
6. Al-Amiru bil Ma’ruf wa Nahuna ‘Anil Munkar – orang yang menyuruh kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran
7. Wal Hafizuna Li Hududullah – orang yang memelihara batas hukum Allah.
Buat renungan semasa, bersamalah kita renungkan Sabda Rasulullah SAW berikut yang bermaksud: “Akan datang satu masa (zaman) di kalangan umatku, (di mana) mereka sangat sukakan lima perkara dan melupakan lima perkara yang lain. Mereka sukakan penghidupan lalu melupakan mati, mereka sukakan dunia dan melupakan Akhirat, mereka sukakan harta kekayaan dan melupakan hari perhitungan (Akhirat), mereka sukakan rumah-rumah besar dan melupakan kubur, mereka sukakan ciptaan Allah dan melupakan Tuhan yang menciptakan.”
Sebagai tazkirah buat diri, marilah kita renungkan pesanan Sayyidina Umar al-Khattab yang disampaikannya kepada pemimpin negeri dan masyarakat yang telah dilantik dalam suatu majlis di mana katanya: “Aku sangat kecewa dan benci kepada orang yang pintar tetapi tidak bertaqwa. Ini kerana tanpa taqwa maka kepintaran akan membawa banyak kerosakan kepada umat. Aku juga sangat kecewa kepada orang taqwa tetapi dungu kerana itu membuatkan dirinya baik tetapi tidak tahu melaksanakan urusan umat secara teratur dan sempurna!”
source: extracted somebody's blog in 2007 (sudah terlupa)..semoga beliau diganjari Allah SWT dunia & akhirat..
Salam...
ReplyDeleteSemoga awak sihat hendaknya..
Selamat berpuasa dan menghayati Ramadhan sebenar-benarnya dan mudah-mudahan kamu beroleh taqwa...
Belum pernah baca lagi artikel macam ni. Terima kasih. Dapat ilmu baru hari ni :-)
ReplyDelete@Sdr Abd Razak,
ReplyDeleteWaalaikumussalam, syukran di atas ingatan.
@eL,
Sama-sama berkongsi ilmu
moga2 kita antara golongan di atas, ameen.
ReplyDeleteputeri,
ReplyDeletekena mujahadah..amiin..
ucapan hari raya??
ReplyDeletemaklumlah dah nak raya niii
:D
salam aidilfitri dr me dikejauhanns..
ReplyDeletesalam en_me..
ReplyDelete