Cerita makan lagi...yelah, setiap hari balik rumah kul 11.00 malam,,kenalah JJCM sekitar office, nak order delivery, mahal bebenor,, hari-hari order, kopak den..huhu..macam nilah selalu, bila nak akhir-akhir tahun..
Malam semalam, ke gerai makanan sihat..ikan singgang. Lokasinya, off Jalan Tuanku Abdul Rahman, ikut lorong Restoran Nasi Kandar Kudu..berkumpulnya gerai-gerai ikan singgang..adalah lebihkurang 10 gerai..banyak pilihan, semua jual gulai singgang..
| background pembangunan - KL tower pun ada |
Pilihan kami, gerai ni, Selera Ikan Singgang..belasah je, first time makan kat sini..
Ketam singgang pun ada..actually, macam-macam singgang ada dalam menu..
Order singgang ikan kembung dan nasi putih..sementara menunggu, appetiser, keropok goreng cicah cili..
| keropok keras |
| suasana gerai |
Seperti biasa, ada penjual yang datang berjualan, yang jual pen haritu pun ada juga. Yang ni jual pelbagai fragrances..
| from France |
Dan juga pengutip derma untuk mangsa taufan Haiyan di Filipina. Siap ada pengiring, menyanyi sambil petik gitar..
Makanan dah sampai, mari lihat bagaimana rupanya..
| tu dia, ikan seekor je,kuah semangkuk bok |
| siap untuk dimakan, tak order sambal, menu sihatlah konon.. |
The verdict: Memang sedap, terasa lengkuas + cili padi nya..kuahnya banyak, kalau tak order air pun takpe.
Ada set - singgang + budu + sambal belacan + ulam-ulaman..
Ni singgang style Kelantan, ada yang panggil pindang. Ada juga yang letak kunyit, jadi kuah warna kuning...harga semangkuk = RM8.00..kalau beli ikan kembung, boleh dapat sekilo..hehe..ketam singgang, tak tahulah pulak berapa harganya...
---------------------------------------------------------------------
.jpg)



