Friday, 31 January 2014

Makan Nasi..

Sekali-sekala, bertukar selera tapi makan nasi juga..makanan ruji..

1) Hadramawt, Jalan Ampang

Restoran ni ada cawangan di Chulan Square, Jalan Raja Chulan. Yang ni lagi besar dan luas kawasannya, parking pun banyak. Tagline - the best Yemeni and Arabian food in town.


deko - very Arabian mood

Atas suggestion waiter, order this Lamb Zurbian - 'special rice and lamb mixed and cooked together with very special spices'

Lamb Zurbian
Ingatkan seketul je lamb nya, rupa-rupanya sampai tiga ketul..jenuh nak perabihkan..besar juga portionnya..

bukan satu, rupanya tigaaa..

The verdict: Terasa rempah-ratusnya..nasinya lembab2 sikit, mungkin ada yoghurt or something else..makan banyak, rasa kembang tekak..elok order iced lemon tea..

2) Restoran ZK, Jalan Kampung Attap

Restoran ni memang famous, masuk Majalah 3 lagilah bertambah famous..

beratur..pemandangan biasa di restoran2 nasi kandar yg famous
What we ordered? for sure, kari kepala ikan..
signature dish
sambal sotong
standard side dishes
The verdict: Licin, hingga menjilat jari..fingers licking good.

3) Gerai tepi Jalan Nipah, off Jalan Ampang..

Pergi ambil gambar site, tiba-tiba ternampak gerai ni di seberang jalan. Singgah untuk breakfast...makan nasi lemak bungkus..

makan nasi lemak sebungkus dan milo panas..
Gerai ni diuruskan oleh dua orang warga emas suami-isteri..sambil-sambil makan, bersembang-sembang dengan makcik tu..

Saya: Nasi lemak ni makcik buat sendiri ke?

Makcik : Hmmm..ya. Kenapa tak sedap ke?

Alamak, direct sungguh soalan..tapi memang kurang sedap pun..haha..mcm tau-tau je..atas meja yang nampak penuh mcm penuh tu..ada kuih lepat pisang, pulut panggang, karipap dan kek marble..lepat pisang OK, pulut panggang not OK, yg lagi dua tu, tengok dari rupa paras..tak menarik minat untuk dicuba..

Ada juga menjual lauk-pauk nasi campur..'masak guna dapur arang'..makcik tu siap beritau..beli pulak nasi bungkus untuk lunch..nasi lagi..tapi memang sedap lauk-lauknya...

Nak pergi mencuba? Landmarknya..ke sebelah kanan the South Korean Embassy..hanok building ni..


Kalau pergi lagi ke sini, kalau tengok gerai ni tak ada, maknanya tanah kosong dibelakangnya dah nak dimajukan....alamak, sedihlah pulak mengenangkan mokcik dan pokcik tu..dah lebih 30 tahun berniaga di situ..really, can't do anything..

Saturday, 25 January 2014

Apresiasi dan Kamera

Assalamualaikum...

Welcome aboard to the 100th follower (blog lain dah beratus-ratus, beribu-ribu followers..huhu)...tak lupa juga pada 99 selected people yang sudi menjadi sahabat maya saya...yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini (blog kadang2 rajin, kadang2 malas..). kepada pengomen2..kamsahamnida.

Tak dilupakan juga all silent readers, you make my day..kadang-kadang scary juga bila tengok audience dari Israel pun ada, mungkin sebab ada entry tentang Tel Aviv kot..suspens.. Dengan internet apa-apa pun mungkin..dunia tanpa sempadan..world wide web..
-------------------------------------------------
Tadaa..ini kamera-kamera yang ada dalam laciku...kamera ofis semuanya.. pelbagai brand..Canon, Olympus, Pentax..semua digital kamera kecuali yang kiri sekali..itu kamera tahun 90an...


Evolusi kamera kompak digital: Olympus tu 2.0 mp, Canon 7.1mp, Pentax 14 mp

Kamera manual ni saja disimpan untuk kenangan, dah jadi barang antik..cuma filemnya terlupa nak simpan..huhu..

antique


tinggal kenangan
 
filem roll - source:csramachandran


Betapa kecanggihan teknologi menyebabkan benda-benda menjadi lupus, mengikut perubahan zaman. Mungkin satu hari nanti kompact kamera pun akan lupus juga, diganti dengan smartphones, android, tabs, ipad.  Sekarang ni pun sudah nampak tanda-tandanya..tapi DSLR, takleh lawan, unbeatable.. 

Tapi yang best, teknologi memudahkan kerja kita..makes our life easier...Alhamdulillah..

Monday, 20 January 2014

Chocolate Museum @ Kota Damansara

Assalamualaikum..salam Maulidur Rasul 1435H..masih lagi meriah di sana-sini meraikan hari kelahiran junjungan mulia Rasulullah SAW..selawat dan salam keatas baginda dan ahi keluarga serta para sahabat-sahabat baginda..
----------------------------------------------------
Entry kali ni dah lama, masa cuti Krismas tahun lepas. Secara tak sengaja terjumpa tempat ni semasa ambil gambar kilang-kilang di Kota Damansara.. nak buat report kerja. Memang tak pernah tahu kewujudan muzium ni di KD, kalau yang di bawah Dataran Merdeka, ada baca di blog supermeng malaya..

Chocolate Museum @ Kota Damansara - yang pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara, begitulah taglinenya. Muzium ini dibawah DR Group Holding Sdn Bhd, terletak di No. 2, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, Selangor Darul Ehsan.  Dibuka setiap hari, 10pagi-5petang, masuk adalah percuma - free admission. Sesi lawatan bermula..

pengasas DR Group - Dato' Dahlan Rashid
main entrance
laluan ke gudang
 

Melangkah masuk ke dalam muzium ini, disambut oleh pahlawan coklat dari Sarawak berbaju pua kumbu ni..

don't eat me
Namanya pun muzium, maka banyaklah sejarah dan informasi mengenai coklat di sepanjang lorong menuju ke Chocolate Kitchen dan Chocolate Galleria. Menurut maklumat yang ada, coklat mula ditemui oleh kaum Aztec di Mexico pada tahun 1500 BC. Sesiapa yang pernah menonton movie Chocolat, ada diceritakan sejarah mengenai asal-usul coklat ni..

the start of the museum
Ada juga demonstrasi pembuatan coklat di Chocolate Kitchen. Yang dibawah ni seni kreatif daripada coklat..nyum, nyum..nampak menyelerakan..




solid chocolate

the Chocolate Kitchen
the Chocolate Kitchen
coklat buatan Malaysia
the Chocolate Galleria....ada patung milkmaid coklat..
Chocolate Galleria ni duty-free outlet, tapi harganya takleh lawan yang kat Langkawi, tapi consider murah dari harga di luar...gila juga tengok coklat-coklat disini..sambar jugalah sekeping dua..

yang ni sedap
On the way balik, akan terjumpa benda-benda kecil ni dalam glass cabinet..sangat cute..

little things
yang dibawah ni bukan dibuat daripada coklat..tapi the authentic labu sayong..cenderahati dari mereka yang pernah membuat lawatan ke muzium ini..



Sekian saja lawatan sambil belajar untuk hari ni. Untuk maklumat lanjut - sila layari website www.drgroup.com.my

Saturday, 11 January 2014

Less havoc..the Sentul Park

Assalamualaikum...

Hi, anda kecewa? Statistik melaporkan 41% orang KL kecewa dengan kesesakan lalu lintas..ya, benar..stress woo..traffic jam kat KL..kalau hujan lagilah..

So, jangan stress2, let's unwind, rehat-rehatkan minda dari kesibukan kerja, kemacetan kotaraya, moh kita ke Sentul Park @ Sentul West..ketenangan, keheningan yang mendamaikan. Lokasinya di Jalan Strachan, off Jalan Ipoh...

Lokasi
Dengan keluasan 35 ekar, Sentul Park, dipenuhi dengan kehijauan semulajadi dan tasik yang mendamaikan..Ada juga bangunan-bangunan lama ala Inggeris, yang menggunakan 'facing bricks' (batu-bata merah), yang wujud sejak zaman British lagi. A perfect place for photo shoot..

a soothing welcome

the oasis of serenity








Japanese koi

kura-kura

Disini ada dua restoran iaitu SAMIRA by Asian Terrace, a Thai-Vietnamese resto dan Bistro Richard. Ada juga Sentul Koi Centre tapi macam dah tutup.


SAMIRA by Asian Terrace overlooking the lake
by the lakeside

Bagi peminat teater, stand-up comedy atau lain-lain performance, bolehlah ke KL Performing Act Centre (KLPac) disini.  Bangunannya unik, kombinasi lama dan baru.

bahagian depan bangunan KLPac





the facing bricks and the glass cladding
macam kat UK la
nice combination - old and new
Menurut wikipedia, bangunan lama ni dibina dalam tahun 1800. Ia sebenarnya ialah kilang papan. Dibom semasa perang dunia kedua dan kemudian dibina semula. Cantik kan kombinasi dua-dua bangunan ni, dah macam kat UK..

Apa ada dalam bangunan ni? Jom pi tengok sat..ada cafe, auditorium, halls..

santai habis - selipar, shorts, singlet, semua boleh pakai
What's in the house, babe? no,no..these were taken in Nov 2013..
mana yang best - kanan atau kiri? dua2 kan..
Selain bangunan ni, ada satu lagi bangunan lama English-style, dah usang tapi tetap menarik..

 

a photoshoot hot spot
Overall, tempat ni still KL's best-kept secret, tak ramai pengunjung, tak macam Tasik Titiwangsa atau Tasik Perdana..less havoc, havoc. For KLites, check it out..