Tuesday, 27 October 2015

Espresso (/ɛˈsprɛsoʊ/, Italian: [esˈprɛsso])

Espresso is coffee brewed by forcing a small amount of nearly boiling water under pressure through finely ground coffee beans. Espresso is generally thicker than coffee brewed by other methods, has a higher concentration of suspended and dissolved solids, and has crema on top (a foam with a creamy consistency). As a result of the pressurized brewing process, the flavors and chemicals in a typical cup of espresso are very concentrated (source: wikipedia)

Suka kopi yang macamana? black, stirred not shaken..aisshh..dulu minum kopi kampung je, sekarang macam-macam nama..huhu



Friday, 23 October 2015

This is Rantau Panjang

Assalamualaikum..

Jumaat malam minggu lepas sempat berjaulah ke negeri Kelantan Darul Naim. Ikut rombongan naik bas..huhu..rasanya dah lama, tak pergi jalan-jalan ikut rombongan ni..last tahun 2000..rombongan ke Kelantan juga, + Terengganu..

Kali ketiga ke Kelantan, selang masa 15 tahun lamanya..

 Alhamdulillah, bas selesa

Bertolak pukul 11.30 malam, singgah di Merapoh, solat subuh di masjid, tak tau masjid apa, then sampai di Rantau Panjang, lebih kurang pukul 8.30 pagi. 

 This is Rantau Panjang

Rantau Panjang, pekan kecil sebelum ke Thailand, ditepi Sungai Golok..memang femes tempat shopping dari dulu hingga sekarang.

 Pekan Rantau Panjang

Itinerari pertama di sini, cari makan, sarapan pagi di gerai di tepi stesen bas kecik di tengah pekan. Kelantan-style, order nasi berlauk..dapat nasi putih dengan nenas masak lemak ikan masin..perghh, pepagi dah makan ikan masin...

 ada mihun kaler pink dan mee goreng

 tepung bungkus dan lepat

Lepas makan, start jalan..tak tau nak gi mana, memang tak study langsung, ikut orang je. Nampak ramai orang pompuan keluar dari satu jalan, bawa toto bagai, kami pun menuju ke sana..

 bestnya takde jerebu langsung, langit biru

 Jalan Besar
rupanya jalan ni menuju ke imigresen nak ke Thailand

 dah start shopping toto, tikar getah

Memang kalau shopping di sempadan Thailand ni, toto, tikar getah lembut, periuk, kuali cap buaya, memang jadi pilihan ramai..

Menyusuri Jalan Besar ni..hairan juga tak ramai orang..kedai pun banyak yang tak dibuka lagi..huhu..

 Masjid Mahmoodi

 imigresen - nak masuk Thailand

Jumpa Jasa duty free di sini, masuk beli coklat Daim dan Whittaker, kemudian patah balik, tanya orang kat mana bazar yang banyak-banyak tu..oo..belah sana rupanya..hihi...

 nampak signage ais krim kelapa ni
bila tanya, belum siap lagi...huhu, takde rezeki

 kawasan bazar..ramainya orang

 nenas kecik!! teringat kat Chiangrai
sebungkus ni RM10, adalah 6 ketul, beli dua biji je RM3.00

buah mangga dan ais krim (macam ABC)

Ok, jom start meronda..dari bazar ke bazar..

 beras pulut

 beras siam

 toto

kuali-kuali cap boya

beli asam jeruk ni, nama tak tau, mula-mula tu cuma tengok-tengok je
terpengaruh dgn ada seorang kakak yg tunggu..sedap katanya
 semangkuk RM5.00..campur buah macam2, kemudian bubuh kuah pekat
pedas giler..buah kelubinya pahit..

buah warna merah tu tak tau buah apa


berjalan semula ke tempat turun bas tadi

pekan Rantau Panjang

Tiga jam di Rantau Panjang..cuma beli coklat, fridge magnets dan keychains..lain-lain JJCM..

Sekian, have a nice weekend..

Monday, 19 October 2015

Seoul Garden @ Sunway Putra Mall

Assalamualaikum...

Hari Sabtu awal bulan haritu, bersteamboat lunch di Seoul Garden di Sunway Putra Mall. Serampang dua mata ni, nak makan steamboat sambil checking out shopping mall yang baru direnovasi ni. 

First time ke Sunway Putra Mall sejak dibuka semula pada masa bulan puasa aritu. Berimej baru, lebih segar dan menarik.

Pergi naik LRT je, turun di stesen PWTC. Ok juga, dah ada eskalator dan connecting bridge dari stesen LRT ke the Mall. Improved facilities. 


Seoul Garden di tingkat 3. Dah buat reservation, masa sampai baru pukul 11.20 pagi, tapi manager tu nampak, suruh kami masuk..takde orang lagi di bahagian steamboat buffet...huhu..

 ada dua bahagian - steamboat and hot pot

nasi goreng, lala bersambal

kimbap @ sushi

bahan-bahan steamboat

bahan-bahan untuk bibimbap

sedap - bibimbap + kimchi
kimchi disini bolehlah diterima tekak

mari kita bako

Overall, oklah, banyak pilihan. Harga untuk lunch: RM36.00 + tomyam soup + free flow drinks + GST = RM85.20 untuk dua orang, RM42.60 untuk sorang. Dapat voucher RM5.00, bolehlah bersteamboat lagi..

Nak try hotpot pulak, baca review kt blog Wanderlust DJ, macam best je...kamsahamnida for reading..

Friday, 16 October 2015

Spa Indulgence

Assalamualaikum..salam tahun baru 1437H..

Siapa suka pergi spa? Bestkan pergi spa..kalau dapat buat full spa service lagi best - berurut, buat facial, pedicure & manicure, mandi wap, mandi susu, mandi herba..heaven..terasa hilang segala work pressure, stress semua..

Semasa lawatan ke Hotel Istana dalam entry Sua Sue Kemoning - Istimewa Raja, tengok ada offer, ada discount di Sompoton Spa. Selepas dicongak-congak, dicampur, didarab, dibahagi..oklah harganya selepas diskaun, terus register..


Buat appointment untuk urut badan selama sejam masa lunch hour. Sanggup skip lunch tu..hehe. Inilah first time pergi spa di 5-star hotel. Terasa macam tai-tai le pulak...lady of leisure..hihi..*perasan*..


Selain dari urut badan, boleh juga buat urut tapak kaki - reflexology. Bilik depan tu untuk reflexology.

Refresh, Muscle Ease, Rejuvenate, Relax
jenis-jenis bahan untuk body scrub 
organic black rice, traditional boreh & brown sugar + honey


Ambik Sompoton Signature Massage - campur urutan cara local, Thai, Bali..best giler, sampai terlelap..terbaikk..tukang urutnya orang Filipina..
--------------------------------------------
Masa menunggu untuk diurut, baca majalah AsiaSpa ni. First time baca majalah ni..


Dalam majalah ni, ada ditulis 10 spa terbaik di Asia. Spa & wellness treatment juga dijadikan satu bidang pelancongan selain medical and sport tourism. Mari kita lihat tiga dari 10 spa terbaik tu..

1. Five Elements, Puri Ahimsa, Bali, Indonesia

 sumber: fiveelements

Fivelements, Bali opened in late 2010 as the first of a new genre of wellness destinations bridging the wisdom of traditional healing cultures with innovative wellness concepts. To date, the eco-wellness retreat has been recognised with eighteen international awards spanning across hotel, wellness, spa, culinary and sustainable design industries.

2. Kamalaya Wellness Sanctuary & Holistic Spa Resort, Koh Samui, Thailand

sumber: Kamalaya

At Kamalaya Koh Samui, Thailand's award-winning Wellness Sanctuary and Holistic Spa resort, you can experience a life-enriching healthy holiday. Our wellness programs offer solutions for detox, yoga, stress and burnout, fitness and weight control. If you are looking for a more personalised wellness experience, our team of international naturopaths can work with you to create your own health program from our extensive range of holistic medicine, spa and healing therapies.

3. COMO, Shambhala Estate, Bali, Indonesia

sumber : comohotels

COMO Shambhala Estate is located near Ubud, Bali - a true ‘Retreat for Change’ with resident experts including a yoga teacher, Ayurvedic doctor and residence dietician. The holistic, 360-degree approach offers signature massage therapies and beauty treatments. A state-of-the-art  gym and outdoor activities such as hiking and climbing make the most of the Estate’s unique location. Cuisine is always nutritionally balanced while the residences, suites and villas suit independent guests, couples or families.
-------------------------------------  
Di Malaysia ada ke? hotel/resort with spa memang banyak, yang famous - the Banjaran dan YTL Spa Village di Pangkor Laut Resort,  Tanjong Jara, Terengganu dan Gaya Island, Sabah. Boleh check juga tripadvisor - 30 best spa resorts in Malaysia.

Perkataan spa berasal dari Latin acronym ‘salus par aquum’ bermaksud 'healing by water' atau 'water-based therapies'. Jom ke spa..

In shaa Allah, ada short trip ke negeri Cik Siti Wan Kembang malam ni, doakan saya selamat pergi dan kembali..dah lama tak ikut rombongan naik bas ni..hihi..till then, have a nice weekend..

Monday, 12 October 2015

Taman Negara: Boat Trip to Lata Berkoh

Aktiviti terakhir di Taman Negara - naik bot ke Lata Berkoh. Pukul 2.30 petang, berkumpul depan pejabat. Ada briefing untuk bagi kumpulan - satu bot share 4 orang, so group kami dah cukup satu bot. Resort sediakan sebotol air dan bagi tuala pada mereka yang nak mandi sungai.

berkumpul depan pejabat
untuk aktiviti rapid shooting dan boat trip to Lata Berkoh

 bot sudah sedia

meluncur pergi - lajunya

dari Sungai Tembeling masuk Sungai Tahan

Memang laju botnya, seriau juga. Bila masuk je laluan Sungai Tahan, pemandangan memang menarik, melihat pokok-pokok hujan yang dah wujud beratus-ratus tahun ..


Lama juga naik bot ni untuk ke destinasi, memang best layan pemandangan di sepanjang sungai..


 Bot-bot semua berhenti di sini tapi belum sampai Lata Berkoh lagi...

Semua turun di sini dan meneruskan perjalanan ke Lata Berkoh dengan berjalan kaki, jungle trekking lagi. Tukang-tukang bot lepak kat sini menunggu, so sila cam tukang bot untuk tidak tersilap naik bot.

Jom jungle trekking pulak, ni baru betul jungle-trekking, takde platform kayu..meredah hutan belantara..

Jauh juga berjungle trekking ni bersama pelancong mat saleh

cantik - cendawan hutan berwarna oren

dah sampai  di Lata Berkoh
mat saleh semua bermandi-manda
yang pompuan pakai two-piece

ada group budak sekolah yang piknik di sini
masak nasi, sup ayam - sedap je depa makan

Kami tak mandi di sini. Nak kata cantik sangat Lata Berkoh ni, takdelah cantik mana, biasa-biasa je. Rasa tak berbaloi jungle-trekking begitu jauh setakat nak mandi sungai...hihi..

Tak berlama-lama di sini, berjalan semula ke tempat parking bot..

 takde orang di depan, kami yang pertama

dahan pokok berbelit-belit

Law of the jungle - take nothing but photograph, leave nothing but footprints.

Tapi saya dah break the law of the jungle - turun ke tepi sungai, ambik batu sungai, kecik je batunya, nak buat batu tungku. Letak dalam backpack, berat pulak menggalas. Memang betullah simpulan bahasa - takde kerja, batu digalas..hehe..

Dah sampai di tempot bot..tukang-tukang bot tengah baring-baring.. 



 Kelah Sanctuary, Lubok Tenor

Singgah di Kelah Sanctuary, tapi tak boleh naik ke atas, ditutup sementara kerana sedang dibaiki..

beli makanan ikan, banyak betul ikan kelah
campak je, sekelip mata habis dimakan

meneruskan perjalanan balik


bot sebelah ni matikan enjin untuk menikmati kicauan burung

tiung bukan sebarang tiung
tiung dari Kuala Tahan
renung bukan sebarang renung
renung mengagumi ciptaan tuhan

perjalanan pulang

Aktiviti ni yang bestnya boat trip saja, very enjoyable and soothing berada atas sungai sambil menikmati pemandangan hutan semulajadi yang beribu-ribu tahun lamanya. Lata Berkoh tu biasa-biasa saja..
---------------------------------------------------------
Malamnya naik bot menyeberang sungai untuk dinner. Makan di Family Restaurant, penuh dengan pelancong asing je..

ejen pelancongan
 
Oklah, berakhir sudah aktiviti di Taman Negara. Jumlah kos untuk semua aktiviti = RM100. 
 
Night jungle walk = RM45
Canopy walk = RM5
Boat trip to Lata Berkoh = RM50 (RM200 per boat) 
-------------------------------------------------------------
Esoknya, lepas breakfast, check out dan off to KL. Bos saya singgah beli pisang lagi..

pisang emas dibawa belayar
masak sebiji diatas peti

 buah keranji dalam perahu
suruh mengaji, in shaa Allah, kita tahu

Alhamdulillah, dapat merasai pengalaman beraktiviti di Taman Negara, melihat flora dan fauna di hutan tertua di dunia. Bagi mereka yang belum ke sana, memang highly recommended. Dekat Je..