Monday, 12 October 2015

Taman Negara: Boat Trip to Lata Berkoh

Aktiviti terakhir di Taman Negara - naik bot ke Lata Berkoh. Pukul 2.30 petang, berkumpul depan pejabat. Ada briefing untuk bagi kumpulan - satu bot share 4 orang, so group kami dah cukup satu bot. Resort sediakan sebotol air dan bagi tuala pada mereka yang nak mandi sungai.

berkumpul depan pejabat
untuk aktiviti rapid shooting dan boat trip to Lata Berkoh

 bot sudah sedia

meluncur pergi - lajunya

dari Sungai Tembeling masuk Sungai Tahan

Memang laju botnya, seriau juga. Bila masuk je laluan Sungai Tahan, pemandangan memang menarik, melihat pokok-pokok hujan yang dah wujud beratus-ratus tahun ..


Lama juga naik bot ni untuk ke destinasi, memang best layan pemandangan di sepanjang sungai..


 Bot-bot semua berhenti di sini tapi belum sampai Lata Berkoh lagi...

Semua turun di sini dan meneruskan perjalanan ke Lata Berkoh dengan berjalan kaki, jungle trekking lagi. Tukang-tukang bot lepak kat sini menunggu, so sila cam tukang bot untuk tidak tersilap naik bot.

Jom jungle trekking pulak, ni baru betul jungle-trekking, takde platform kayu..meredah hutan belantara..

Jauh juga berjungle trekking ni bersama pelancong mat saleh

cantik - cendawan hutan berwarna oren

dah sampai  di Lata Berkoh
mat saleh semua bermandi-manda
yang pompuan pakai two-piece

ada group budak sekolah yang piknik di sini
masak nasi, sup ayam - sedap je depa makan

Kami tak mandi di sini. Nak kata cantik sangat Lata Berkoh ni, takdelah cantik mana, biasa-biasa je. Rasa tak berbaloi jungle-trekking begitu jauh setakat nak mandi sungai...hihi..

Tak berlama-lama di sini, berjalan semula ke tempat parking bot..

 takde orang di depan, kami yang pertama

dahan pokok berbelit-belit

Law of the jungle - take nothing but photograph, leave nothing but footprints.

Tapi saya dah break the law of the jungle - turun ke tepi sungai, ambik batu sungai, kecik je batunya, nak buat batu tungku. Letak dalam backpack, berat pulak menggalas. Memang betullah simpulan bahasa - takde kerja, batu digalas..hehe..

Dah sampai di tempot bot..tukang-tukang bot tengah baring-baring.. 



 Kelah Sanctuary, Lubok Tenor

Singgah di Kelah Sanctuary, tapi tak boleh naik ke atas, ditutup sementara kerana sedang dibaiki..

beli makanan ikan, banyak betul ikan kelah
campak je, sekelip mata habis dimakan

meneruskan perjalanan balik


bot sebelah ni matikan enjin untuk menikmati kicauan burung

tiung bukan sebarang tiung
tiung dari Kuala Tahan
renung bukan sebarang renung
renung mengagumi ciptaan tuhan

perjalanan pulang

Aktiviti ni yang bestnya boat trip saja, very enjoyable and soothing berada atas sungai sambil menikmati pemandangan hutan semulajadi yang beribu-ribu tahun lamanya. Lata Berkoh tu biasa-biasa saja..
---------------------------------------------------------
Malamnya naik bot menyeberang sungai untuk dinner. Makan di Family Restaurant, penuh dengan pelancong asing je..

ejen pelancongan
 
Oklah, berakhir sudah aktiviti di Taman Negara. Jumlah kos untuk semua aktiviti = RM100. 
 
Night jungle walk = RM45
Canopy walk = RM5
Boat trip to Lata Berkoh = RM50 (RM200 per boat) 
-------------------------------------------------------------
Esoknya, lepas breakfast, check out dan off to KL. Bos saya singgah beli pisang lagi..

pisang emas dibawa belayar
masak sebiji diatas peti

 buah keranji dalam perahu
suruh mengaji, in shaa Allah, kita tahu

Alhamdulillah, dapat merasai pengalaman beraktiviti di Taman Negara, melihat flora dan fauna di hutan tertua di dunia. Bagi mereka yang belum ke sana, memang highly recommended. Dekat Je..

50 comments:

  1. Hihi... sambil menyusuri entri kakak ikut berpantun. Indah menikmati pemandangan indah menikmati puisi lama:) Kakak sebenarnya tak pernah menaiki kenderaan air selain feri. Macam seram membayangkan kalaulah ada buaya No. Tapi really sangat happening kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seriau jg naik bot yg rendah mcm tu..laju pulak tu..tapi best..sangat happening terutama bila lalu tepi pokok2 besar...suasana tenang..

      Delete
  2. MENYUSURI SG.TAHAN MENIKMATI ALAM SEMULAJADI YG SUBHANALLAH AMATLAH INDAH SEKALI NOHAS..HUTAN BELANTARA DI SINI JUTAAN USIANYA KAN..MENAKJUBKAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpesona melihat hutan tropika yg berusia jutaan tahun ni...lukisan alam..

      Delete
  3. Subhanallah....indahnya pemandangan Sg Tahan ni kan.... teringin nak sampai ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik view disini...hutan & sungai...in shaa Allah..

      Delete
    2. suka sebenarnya aktiviti begini... tapi tulah sejak dah berumahtangga ni dah kurang ... huhu

      Delete
    3. hutan2 ni bawa budak kecik tak sesuai sangat kan..kt Sabah pun banyak tmpat macam ni juga..mendaki bukit kt Bohey Dulang pun still ok..hiihi...

      Delete
    4. hihi.. haah...anak still kecik..klu rasa hutan tu tak tebal sgt boleh bawa..tapi klu jauh kedlm mmg kena tinggal lah dia.. Pulau Bohey Dulang tu pun sy agak cuak masa bawa anak takut jg sebab kena naik bot ke sana sblm mendaki tu... :)

      Delete
    5. hutan Tmn Negara ni ok jg lah sbb dah ada platform kayu..ramai jg budak2 kecik yg masuk..happy je depa...

      Delete
  4. chantek pemandangan, hebats org2 yg leh jungle trekking, wak pon dh lama x exercise gituuu., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. semput jg jungle-trekking..wak lg hebat, panjat gunung..

      Delete
  5. Untung nya dia dapat naik perahu, redah sungai. Boleh join jungle trekking lagi..terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencuba aktitviti di sini..sekali-sekala jungle-trekking..semput..

      Delete
  6. kalau tak kita yang menghargai khazanah alam siapa lagi ya tak,org luar pun bertumpu ke sini nak mrasa pengalaman di rimba,seronok nmpaknya boating di sungai tu....relax dan menenangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai betul pelancong asing yg datang ke sini..seronok betul mereka mandi sungai..memang seronok naik bot..sgt relax..

      Delete
  7. Bestnya naik bot menyusuri sungai tembeling tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best naik boat sambil menikmat keindahan hutan tropika..

      Delete
  8. Menyelusuri sungai sambil menikmati keindahan Alam memang sungguh nyaman. Rasa tenang jiwa dan sejuk mata melihat kehijauan alam. Indah kan

    ReplyDelete
  9. Teringin jugak nak pegi taman negara... tapi.. tengok perahu tu... cam ngeri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 tu rasa ngeri jg..tapi lama2 ok...sejuk dan nyaman rasanya..

      Delete
    2. Kakak sado takkan ngeri kot...hehe

      Delete
    3. kakak sado mesti boleh nya..

      Delete
  10. Replies
    1. pemandangan hutan yg kehijauan..indah sekali..

      Delete
  11. Bagi yang sukakan hutan dan alam semula jadi tentu tak lepaskan peluang menjelajah taman negara. Saya suka jugak scenery tapi masuk hutan takut...

    Mesti seronok menyusuri sungai dengan bot.

    So, tak da apa-apa kejadian ganjillah lepas ambil batu tu... (lain kali jangan buat lagi... law tetap law... ok!) hehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik bot menyusuri sungai melihat pokok2 hutan yg kehijauan memang nyaman..

      Alhamdulillah, takde kejadian ganjil yg berlaku..takut jg kot tiba2 ada je tepi katil bersuara.."pulangkan, pulangkan aku semula ke sungai"...hihi..tapi kesian kat batu, kalau dia ada ditepi sungai, mesti bertasbih bersama aliran sungai...huhu..tu lah masa ambik tak ingat....

      Delete
  12. Botnya.. ala2 menyusuri sg mekong

    ReplyDelete
  13. Kembali kepada alam. Best juga ya bila buat aktiviti macam ni.
    Tapi kalau saya, agak takut jugak kalau ada binatang2 bisa kat situ...huhu Mak seram :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriau jg jungle trekking dlm hutan...takut yg menjalar..hihi..ya ampun..

      Delete
  14. Nohas guna pakej atau cuma terjah saja dan ambil pakej di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang sini sbb ada kerja di Mutiara Tmn Negara, lepas tu ambik pakej hotel utk aktiviti night jungle walk and boat trip..canopy walk pergi sendiri..

      Delete
  15. mmg best sngt kalau dpt naik bot mcm tu sesuatu yg sngt damai rasa nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg rasa damai dan nyaman..suasana sejuk..

      Delete
  16. haaaa mandi2 i loike.. biasala tu omputih.. kat dalam utan pung nak gitu..
    kadang heran.. baik xyah pakai apa kan aahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa dah tak heran..pakai swimming suit je mandi sungai..hihi..kalau x pakai apa, larikk..

      Delete
  17. Pemandanganya indah sekali gan :D
    bolehlah kapan kapan saya diajak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, indah sekali pemandangannya..dtg M'sia, boleh aja mampir ke sini..

      Delete
  18. Seronoknya kak Nohas seharian atas bot. Dapat dekatkan diri dengan hijau alam. Kalau saya tak tahulah berani ke tidak nak naik bot runcing cam tu huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 tu suspense jg naik bot rendah cam tu..bawak laju..lama2 ok, enjoy the boat ride..

      Delete
  19. The information that you provided was thorough and helpful. I will have to share your article with others.
    Koh Samui luxury hotel

    ReplyDelete
  20. wahhhh meriah sungguh lata berkoh ni......teringin nak cuba pengalaman kat sini...lama dah mata nih tak tgok bnda2 yg tropika bagai nih..unik gila cendawan warna oren tuh....... ^^
    Kalau nak g oversea,saya pilih nature..tanak bandar2 besar..like lata berkoh nih........barulah survival sikit..hehehheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah, riuh-rendah dgn pelancong mat saleh bermandi-manda di sungai..hihi..sekali-sekala masuk hutan, naik bot kat sungai seronok jg..countryside kt oversea pun menarik jg..

      Delete
  21. teringat kenangan dulu di taman negara, sgt seronok keindahan hijau tak dpat digambarkan. rindu nk ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keindahan hutannya memang menarik hati..view cantik..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!