dua malam aku jadi tukang perabut..hehe..tukanglah sangat.
Setakat pasang meja dan kerusi ikut manual yang dibagi, sonang gitu tapi stress juga.
Inilah akibatnya beli perabut IKEA. Ikut citarasa my sister lah ni..asyik, asyik IKEA. Seperti biasalah, perabut IKEA style 'ready-to-assemble'. Kalau saya, lebih senang beli di kedai perabut biasa, order, bayar, balik rumah, tunggu lori datang hantar barang, terus boleh guna.
Nak kelainan, nak design yg moden, so Ahad lepas, ke IKEA Cheras. Misi mencari meja makan..
customer-friendly, takyah nak tolak troli hingga ke kereta
cuma tunggu kenderaan di sini untuk loading barang2 belian
masih lagi mood CNY
Jalan-jalan di IKEA memang ralit tengok furniture display..salah satu yang ni..tema black & white..
Trademark IKEA ialah warna-warna perabutnya yang polos atau 'nude' colours seperti hitam, putih, beige, warna-warna asli..yang tahan sepanjang zaman..timeless..
Misi mencari meja makan pun bermula..campur, tolak, darab, bahagi..akhirnya ambik yang ni..Jokkmokk...satu meja dan 4 kerusi. Cari kat gudang, semuanya diisi dalam satu kotak, bayar dan terus dibawa pulang. Sebenarnya, IKEA ada servis hantar ke rumah, tapi memandangkan esok semuanya kerja. takde sapa kat rumah, so bawa balik sendiri..
Nak mengangkat kotak ke tingkat satu, memang hazab..tapi Alhamdulilah, dapat diharungi jua..
Isnin malam, lepas balik kerja, mulalah aktiviti bertukang..my sister dah start pasang meja..
buku manual dan segala mak nenek skru
meja dah siap dipasang
so, sekarang tinggal pasang kerusi pulak....buka buku manual, ada step-by-step instruction..pengalaman pertama pasang kerusi sendiri..
manual
komponen kerusi
cara-cara memasang skru untuk tempat duduk
kerusi dah siap, nak pasang skru kat tempat duduk
gaya pro..hehe..poyo
berjaya..semuanya dah dipasang skru
bolehlah tukar profession lepas ni..hehe..
Pasang satu kerusi tu je..hihi..sebab stress. Malam Selasa sambung baiik.
Akhirnya..Jokkmokk..
ala-ala countryside Sweden..hehe..
Fuhh..lega..dah siap. So siapa-siapa yang datang ke rumah saya, silalah duduk diatas kerusi hasil pertukangan tangan, tulang empat kerat saya ni ya. Handle with care, ok. Bagi mereka yang macam tak berapa nak confident, bolehlah bersila di atas karpet..hihi..
Till then, enjoy your Sunday..