Setiap kali balik kampung, mak mesti mengajak kami pergi menjenguk kebun di Kpg Sungai Siput. Kampung ni tak jauh dari rumah kami, dekat dengan Kolej Universiti Sultan Azlan Shah di Chandan Putri.
Kampung ni dah semakin membangun selari dengan arus pembangunan disekitarnya..spillover effect..dah jadi kampung moden..tapi masih ada ciri-ciri tradisional...i like..
Tanah kebun ni takdelah besar mana, satu lot ada 3 penama, entah macamana boleh beli, teman pun tak tau, kawan-kawan kot. Masa tu teman sekolah lagi. Diantara hobi ayah teman, inilah, beli tanah sikit-sikit, tanah pertanian. The kampung style..
Kat atas tanah ni, ditanam pokok rambutan, manggis, durian, nangka, cempedak, pokok kelapa, pokok buluh. Dulu ada tanaman kontan..hehe..pokok bunga kantan. Dapatlah dijual hasilnya. Ayah juga bina sebuah rumah kecik, ada orang nak duduk, kami sewakan.
Sekarang, kebun ni dah statik, takde perubahan, takde peningkatan, cuma ada apa yang ditanam dulu-dulu je sebab tuannya pun dah tak larat nak usahakan.
Sekarang, kebun ni dah statik, takde perubahan, takde peningkatan, cuma ada apa yang ditanam dulu-dulu je sebab tuannya pun dah tak larat nak usahakan.
pokok buluh dah tua dan menjulang tinggi, dah banyak kali berjasa tuk buat lemang masa hari raya. Dibawah tu ditutupi oleh pokok kaduk
pokok nangka sedang berbuah lebat
mak sedang buat galah
mengait buah kelapa, teman try jugak, tak menjadi..huhu
Galah tu berat jg, terhoyong-hayang jadinya
hasil kaitan - ada yang tua, ada yang muda
yang tua buat masak gulai, yang muda utk kuih-muih
kelapa ditebuk tupai
the real one, not the peribahasa..hehe..
pokok batawali yang pahit berdengung
mak jemur, kemudian blend, bubuh dalam kapsul
makan, buat ubat pelbagai penyakit
kaduk naik junjung
pucuk kaduk ni sedap dibuat kerabu
mengait rambutan, cucu penyewa rumah bergayut kat bawah pokok
seronok benor dia, bermain dibawah pokok, teman tolong kutip buah
sambil snap2 photo
kambing yang jinak, cute sungguh kambing ni
cucu penyewa rumah bermain dengan kambing
berani benor, dia punya 'pet' kot
mengintai kambing makan rumput
penyewa rumah buat kebun bendi kat tanah sebelah
dapat merasa, orang memberi kita merasa
kebun getah
Dah beraktiviti di kebun, singgah restoran, untuk menghilangkan dahaga..
kemudian ke pekan kuale,
Sungai Kangsar mengalir lesu
kedai jahit tepi, beli benang

Beginilah selalunya bila balik kampung, menjenguk ke kebun, mengutip hasil berbudi pada tanah...Alhamdulillah..