Dah masuk fasa kedua Ramadan 1438H, semoga kita sihat walafiat, terus istiqomah meningkatkan amal ibadah dibulan yg mulia ini..
-----------------------------------
Cerita lama. Masa tengah hangat, bersemangat, ber'hiking'..pada masa yang sama, gi site inspection, tengok tanah, dengan boss dan kawan pejabat. Tempatnya, di Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara.
Pemandangan Lebuhraya Utara - Selatan dari Puncak Denai Tiga Puteri
Memang sangat mencabar, mental dan fizikal nak sampai ke puncak ni, hampir nak berputus asa, semakin hampir, pendakian menegak, 90 darjah..huh!
gambar2 dari facebook boss
Laluan hiking di hutan simpan Kota Damansara
Kami ikut 'Harmoni trail', kendian naik bukit untuk ke Unity Peak, hampir sesat sebab takde tanda arah laluan, suspens masa ni, sempat juga rasa pengalaman sesat dalam hutan, tengok sekeliling, semua sama je, akhirnya dapat juga cari jalan balik..Alhamdulillah..
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk website www.kotadamansaraforest.org
Selamat berhujung minggu..