Saturday, 30 April 2022

Balik kampung..

Assalamualaikum, salam dari kampungku..

Bersiaran dari Kuala Kangsar, Perak..

Pagi semalam, sewaktu hujan turun waktu 6.30pagi, bergerak meninggalkan kotaraya menuju ke utara...Alhamdulillah, highway clear..as clear as blue sky..

indahnya negaraku
 
dah lama sebenarnya tak lalu di highway ni. Last balik kampung, naik keretapi
 
spot favourite, dua2 belah penuh dengan rimbunan pokok
 
udoh sampei, kome
 
Alhamdulilah selamat sampai di rumah. Keadaan rumah yang baru 3 bulan ditinggalkan...
 
pokok-pokok liar tumbuh semula

Petangnya keluar ke bandar, beli racun tumbuhan. Pekan Kuale dah mula sesak dengan kenderaan...anak-anak perantau sudah kembali pulang...bukan saja ayah bonda tersenyum gembira, peniaga-peniaga pun sama, tersenyum lebor..
 
kenderaan di jam beso roundabout

kereta mula berbaris dari arah Bukit Chandan
 
Teman-teman semua dah balik kampung ke? Jom kita raya 'kaw-kaw' tahun ni. hihi..balas dendam, dua tahun memendam rasa tapi SOP jangan dilupa..
 
ok, jumpa lagi di next entry..nanti kita blogwalking..

Wednesday, 27 April 2022

Corat-coret Aktiviti di bulan Ramadan..

 Assalamualaikum...tak lama lagi dah nak sambut raya. 

Nak abadikan aktiviti sepanjang bulan puasa tahun ni, ada yang saya terlibat, ada yang ambik dari whatsapp group..
 

Sumbangan barangan makanan di PPR Pekan Batu 5



Sumbangan Gas Memasak dan cendawan
 
aktiviti PERKIM Gerakan Belia, cawangan PERKIM yang dikelola oleh saudara baru, cawangan yang aktif membantu golongan mualaf

idea yang bagus, jarang orang bagi gas memasak & cendawan
 
  cendawan
 
agihan tong gas memasak

 
Majlis Khatam Al-Quran
di Surau An-Nuur, BBSentul 

sejadah gebu-gebas
 
Sekitar pejabat 
 
 
hiasan hari raya di bangunan pejabat
 
hamper raya untuk klien
 
sumbangan bubur lambuk
 
Alhamdulillah..pelbagai aktiviti di bulan puasa..

Tuesday, 26 April 2022

Bingkisan Aidil Fitri

Alhamdulillah..dapat bingkisan daripada klien yang dah lama tak berhubung. Walaupun berlainan bangsa dan agama, ingat lagi dia dekat saya time raya ni..

Jom unboxing

No more secret
produk Royce..chocolate & cookies.

Ada dua kotak coklat..Nama Chocolate, namanya..hihi..

Coklat import dari Jepun


Dua-dua liquor free

macam bekas eye shadow
sedap coklatnya..jenis coklat lembut
 
Check harganya..sekotak RM52.00...huh!
 
Alhamdulillah..orang memberi, kita merasa..

Saturday, 23 April 2022

Buah kurma lagi dan lauk segera penyedap rasa

Salam Ramadan hari ke-21..

Beli buah kurma lagi..mak nak buat biskut kurma katanya..

beli 1/2 kilo kurma mariami bila ofis buka order

 ice ice babe..kurma ais dah lama order, baru dapat..

packaging cantik brand nona chantique
 
 kurma ais saiznya besar...sedapnya..
terasa real buah kurma

 Kurma deglet ni kakak yang beri

kurma muda bertangkai

Masa bulan puasa ni ada juga beli beberapa lauk segera, buat penyedap rasa masa berbuka dan juga bersahur...juga penyelamat time takde lauk..

yang ni bos bagi 
sambal tumis ikan bilis 

daging masak hitam, beli di shopee

sedap, secukup rasa
 
kambing perap..brand D'Pedas.. 
 

Nyosa tak Raso..hehe..dibagi kuah asam juga

tapi tak makan kuah asam, sebab perapan lada hitamnya dah banyak

kambing di grill

 Minuman yang pertama kali dicuba masa bulan puasa ni - kopi habbatus sauda keluaran Agromas..member ofis yang rekomen..katanya sedap, rasa mild je..tak berapa kuat rasa kopinya..benar sekali.. 

ok rasanya
 
Alhamdulillah..

Thursday, 21 April 2022

Menu berbuka - Merah² semuanya..

 Salam 19 Ramadan, esok dah masuk 10 hari terakhir..

menu berbuka hari ke-10, baru nak up..hehe..

popiah basah, ayam masak merah, sambal tumis udang, 
terung goreng bercili dan buah melon 
 
sejenis buah melon, rasa macam butter
'smooth like butter'
 
- selamat berbuka -

Tuesday, 19 April 2022

Salam Nuzul Al-Quran 2022

 Assalamualaikum semua

17 Ramadan 1443H / 19 April 2022

Pengertian Nuzul Al-Quran

        Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi.Secara teknikalnya, Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran yang pertama kepada Rasulullah SAW yang berlaku pada malam 17 Ramadan.

Firman Allah swt:
 
Semoga kita istiqomah membaca dan mentadabbur ayat-ayat Allah serta berupaya mengajarkan kepada orang lain
 
#tilawah #tafsir #tadabbur #tazakkur #tausiyyah/tabligh


Friday, 15 April 2022

Kleptokrat Cafe at Jalan Tun H.S. Lee

Hola!

Rumah kedai yang dibina sebelum perang (pre-war building) yang dipulihara dan dikekalkan imej rundown, comot dan vintage menghasilkan backdrop yang mengujakan. Klasik.

Kafe Kleptokrat di Jalan Tun H.S. Lee satu contoh yang unggul.

deretan pre-war building di Jalan Tun H.S.Lee  LOKL cafe disebelah kanan

Turut ada di jalan ini ialah satu lagi cafe hipster iaitu LOKL Coffee Co. Masa pergi ke area ni dalam entry Sepanjang Jalan Kenangan - dari Lebuh Ampang ke Pasar Seni, LOKL dah ada, Kafe Kleptokrat belum ada lagi.
 
Kawasan Jalan Tun H.S. Lee yang belah sini dipanggil 'Lebuh Ampang'.  Kawasan Lebuh Ampang bukanlah kawasan yang 'happening' di KL ni, tak macam Bukit Bintang dan Bangsar. Bila hari beransur petang dan malam hari serta hari cuti, suasana sepi di sini.

Tapi disebabkan kedua-dua cafe in sangat menarik, ramailah yang berkunjung ke sini. It seems that location is not crucial in this matter. The real estate's mantra 'location, location, location' does not apply here.
 
Jom tengok preservation dan ubahsuai dalaman bangunan Kafe Kleptokrat.
 
tingkap yang lejen
 
kaki lima with arch ceiling
 
bahagian depan pintu utama
 
pintu utama
 
Masuk je, terus jumpa kaunter, order dan bayar di sini.
Ada western, ada malaysian foods...surprisingly, ada jual lontong kering juga
 
bahagian kaunter
 
Teman cuma order muffin cempedak dan teh O ais limau. Melihat harga2 semua, pening lalat dibuatnya..on the very high side..takpelah, misi utama datang sini nak riki-riki bangunan je..
 
Makanan disediakan oleh Timothy Cafe
 
Kalau diamati dari luar, Kafe Kleptokrat ni gabungan lima buah rumah kedai. Yang paling kanan (corner lot) ialah Timothy Cafe, kemudian ada Mingle yang menempatkan bilik hotel di tingkat atas.
 
mejanya di sini, disebelah swimming pool
 
salah satu keistimewaan prewar shophouse ialah ada internal courtyard yang besar, yang membolehkan swimming pool dibina
 
ala-ala resort
 
 
private room di tingkat bawah, bilik hotel di tingkat atas
 
Ok, jom tengok dekorasi pula
 
pelbagai benda old school -  blast from the past
 
typewriter lejen
 
ada basikal tua 
 
ok, makanan dah sampai, kita makan dulu
 
muffin cempedak & teh O limau ais
total damage : RM25.50..fuhh..
 
Masa untuk layan view di tingkat atas pula
 
ada seating juga diatas
 
laluan ke surau
 
dining area di tingkat satu
 
view swimming pool
 
Ke tingkat bawah semula, nak keluar lalu depan private room
 
view dari private room
 
Ok, dah exit Kafe Kleptokrat, hujan renyai-renyai...ronda di sepanjang kaki lima..
 
ini Timothy Cafe - old school cafe
 
lorong di sebelah Timothy Cafe

Menarik sekali konsep cafe-hotel ni, bak kata-kata zaman millenium - very instagrammable, cool untuk photoshoot OOTD..