Hola!
Rumah kedai yang dibina sebelum perang (pre-war building) yang dipulihara dan dikekalkan imej rundown, comot dan vintage menghasilkan backdrop yang mengujakan. Klasik.
Kafe Kleptokrat di Jalan Tun H.S. Lee satu contoh yang unggul.
deretan pre-war building di Jalan Tun H.S.Lee LOKL cafe disebelah kanan
Turut ada di jalan ini ialah satu lagi cafe hipster iaitu LOKL Coffee Co. Masa pergi ke area ni dalam entry Sepanjang Jalan Kenangan - dari Lebuh Ampang ke Pasar Seni, LOKL dah ada, Kafe Kleptokrat belum ada lagi.
Kawasan Jalan Tun H.S. Lee yang belah sini dipanggil 'Lebuh Ampang'. Kawasan Lebuh Ampang bukanlah kawasan yang 'happening' di KL ni, tak macam Bukit Bintang dan Bangsar. Bila hari beransur petang dan malam hari serta hari cuti, suasana sepi di sini.
Tapi disebabkan kedua-dua cafe in sangat menarik, ramailah yang berkunjung ke sini. It seems that location is not crucial in this matter. The real estate's mantra 'location, location, location' does not apply here.
Jom tengok preservation dan ubahsuai dalaman bangunan Kafe Kleptokrat.
tingkap yang lejen
Masuk je, terus jumpa kaunter, order dan bayar di sini.
Ada western, ada malaysian foods...surprisingly, ada jual lontong kering juga
Teman cuma order muffin cempedak dan teh O ais limau. Melihat harga2 semua, pening lalat dibuatnya..on the very high side..takpelah, misi utama datang sini nak riki-riki bangunan je..
Kalau diamati dari luar, Kafe Kleptokrat ni gabungan lima buah rumah kedai. Yang paling kanan (corner lot) ialah Timothy Cafe, kemudian ada Mingle yang menempatkan bilik hotel di tingkat atas.
mejanya di sini, disebelah swimming pool
salah satu keistimewaan prewar shophouse ialah ada internal courtyard yang besar, yang membolehkan swimming pool dibina
private room di tingkat bawah, bilik hotel di tingkat atas
Ok, jom tengok dekorasi pula
ok, makanan dah sampai, kita makan dulu
total damage : RM25.50..fuhh..
Masa untuk layan view di tingkat atas pula
Ke tingkat bawah semula, nak keluar lalu depan private room
Ok, dah exit Kafe Kleptokrat, hujan renyai-renyai...ronda di sepanjang kaki lima..
Menarik sekali konsep cafe-hotel ni, bak kata-kata zaman millenium - very instagrammable, cool untuk photoshoot OOTD..
yg gemar ootd mesti suka tempat ni
ReplyDeletemmg cantik..kombinasi modern & vintage..
Deletecafe mewah selesa menjamu selera sesekali layan diri
ReplyDeletecafe cantik, ramai pelanggan..tapi harga mahal bwbwnoe..
DeleteNmpk ramai member dok singgah cafe ni.. Area lebuh ampang belah mana eh? Depan hsbc? Lama gila tak gi area situ.. Zaman mula2 keje, tmpt naik bas nk blk rumah.. Aishh kenangan area lebuh ampang ni
ReplyDeletearea dkt Menara Bank Muamalat (dulu bank bumiputra) stesen Masjid Jamek, selang satu jalan. Kawasan yg banyak kedai2 kaum India..
DeleteTeringin juga nak pegi..dengar2 selalu full house weekend. Macam malas pulak...
ReplyDeletedgr jgk selalu full during weekend..ni pi hari bekerja, nak habiskan annual leave..pi sini and Book Xcess..
DeleteHehe bangunan lama diperbarui. Apa istilahnya dalam rekabentuk?
ReplyDeleteHehe unik menu. Nampak asa cempedak burnt cheesecake. Tengok harga pengsan, RM77.
refurbished pre-war building..hehe..harga RM22 cempedak burnt cheesecake..
DeleteLokasi yang instagrammable dan sesuai untuk ber-ootd. Lama tak pergi area sana, bila ke sana boleh la kot tengok2
ReplyDeletemenarik utk photoshoot..
DeleteFuh! Cantik betul! Uncle sangat teruja nak pegi jugak!
ReplyDeleteteruja temgok bangunan dia..recommended!
DeleteDah lama pasang niat nak breakfast kat Kafe Kleptokrat ni tapi bila tengok queue panjang terus tak jadi. Tapi mmg selalu nampak orang up kat IG.
ReplyDeletehari cuti ramai orang..kena gi awal..
DeleteLama tak singgah blog nohas. :)
ReplyDeleteMenarik cafe nya. Pernah nampak runners up gambor kat lorong ada payung tu.
welcome back!!
Deletemmg menarik cafenya..ramai pelanggan..
Cantik dan nostalgik tempatnya. Kalau parking kat mana ni dekat?
ReplyDeleteada small car park dkt Jalan Gereja..dalam entry Sepanjang Jalan Kenangan, ada gambar car park tepi bangunan yg ada mural budak dalam sampan..
DeleteLain macam nama restorannya.
ReplyDeletehehe..nama pelik..
DeleteMcm area gambier road di kuching... berdepan dgn kuching waterfront... mcm ni lah binaan kedainya... binaan kedai lama... tp nama kafe tu mmg sesuatu sgt.. ala² politik gitu
ReplyDeletekwsn old town Kuching..pernah jalan2 kt situ..nama yg mengundang rasa pelik..suasana politik masa kini..
DeleteCantiknya bila dah buat restoration, suasana dia mahal. Apalagi menuanya kan. Muffin cempedak,wow! Menu rare tu. Kena cuba menu macam ni.
ReplyDeletebangunan buruk jadi cantik..sbb rare, nak try rasa..hehe..
Deletepernah ke sini untuk breakfast. makan avocado sandwich dan kopi. harga boleh tahan, nasib baik orang yang belanja. hehe. cuma tak pernah pergi tengok tingkat atas.
ReplyDeleteharga dia mahal jg...teruja nak explore bila masuk bangunan mcm ni..hihi..
DeleteKlasik gila.. Puas ber ootd kalau ke sini.. cantik-cantik setting dia..
ReplyDeleteItulah kan..buruk tapi cantik..trend hipster cafe zmn milenium..
Delete