Assalamualaikum..sambung kisah pengembaraan cucu dan nenek di Xinjiang. Mereka naik bas, tinggalkan kampung doktor haiwan..
bentuk mukabumi Xinjiang |
Kali ni mereka bertemu dengan Aminah yang turun di tempat yang sama. Aminah sedang mencari teman lelakinya yang mengikut expedisi geologi.
Dalam scene ni, kita dapat melihat rupabentuk mukabumi Xinjiang yang bukitnya berbongkah-bongkah..menarik..
Mereka bertemu dengan pasukan geologi yang sedang dicari oleh Aminah..ini Ding, ketua pasukan geologi..background yang cantik..
Ding beritahu nenek yang teman lelaki Aminah telah mati semasa kejadian tanah runtuh. Dia dalam dilema samada nak beritau berita tersebut kepada Aminah. Nenek suruh Ding bawa Aminah bersama dan khabarkan berita tersebut pada akhir pengembaraan mereka...*wise guy*
kenderaan pasukan geologi berlalu pergi |
meninggalkan Amanguli dan neneknya |
Mereka meneruskan perjalanan ke pasar..
nenek buka bekalan minuman untuk cucunya, dia tak minum sebab tak cukup |
Tiba-tiba Amanguli hilang dari pandangan, puas nenek mencari, rupa-rupanya Amanguli pergi beli ais krim untuk neneknya..sebab dia nampak bibir nenek dah kering..sangat *touching* scene ni..bonding session..dan budak kecik ni memang sangat natural lakonannya..
Amanguli, sebenarnya adalah duit sikit, mak dia bagi dalam beg sandangnya..
Kali ni mereka bertemu dengan lelaki bermisai ni yang ada kaitan dengan Alhemeidi..
Lelaki ni sangat marah dengan Alhemeidi sebab dia berkahwin dengan adik perempuannya yang cantik jelita, kemudian pergi meninggalkan isterinya itu. Perempuan tu mengaku yang dia tak tahu Alhemedi telah berkahwin dan mempunyai anak..
Nenek happy sebab dia ada points nak mengatakan bapa Amanguli tu jahat tapi Amanguli tak mahu dengar bebelan neneknya itu..lalu keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu. Tiba-tiba mak tirinya keluar..duduk bersembang-sembang dengan Amanguli..dia bagitau Amanguli yang Alhemeidi lelaki yang paling baik dan paling kacak yang pernah dia temui..Amanguli gembira mendengarnya..
Nenek dan Amanguli bergerak semula. Dah tak tahu tempat yang nak dituju. Tiba-tiba bas lalu di kampung nenek, mereka turun di sini. Dah 40 tahun lebih, nenek meninggalkan kampung halamannya. Scenery memang awesome..
Mereka berjalan lagi dan bertemu dengan seorang anak muda bernama Alif. Alif membawa mereka ke rumahnya.
Selepas melihat gambar keluarga yang ada dalam ruang tamu tu, nenek meluru keluar, tergesa-gesa nak balik. Alif terkejut..kenapa nenek tergesa-gesa nak balik? hehe..rupa-rupanya itu rumah bekas kekasih nenek..huhu..sungguh tragis..kalau saya, lari sekuat hati macam Usain Bolt..tapi macam tak sopan pulak kan..
Tak sempat nenek nak balik, tiba-tiba tuan rumah yang balik..jeng jeng jeng..
rumah-rumah mereka mesti ada pokok labu air tu, nampak cantik le pulak.. |
Suratan atau kebetulan..jejak kasih..kesian nenek..nama bekas kekasihnya tu Kurban. Isteri Kurban tu sporting habis..bagi peluang suaminya bersembang-sembang dengan bekas kekasihnya tu..mengimbau kenangan lama..nenek ternampak seruling balamand kepunyaan Kurban..ingat lagi tak masa awal-awal episod..nenek menangis masa dengar tiupan balamand kat kedai alat muzik..rupa-rupanya terkenang kekasih lama...
Isteri Kurban walaupun sporting..jeling-jeling juga ke arah suaminya tu..yelah..perempuan kan..jeles tu mesti ada..nampak tak Alif yang sedang tersenyum-senyum..sedang mengusik maknya tu..hehe..kelakar scene ni, walaupun takde dialog..cuma body language saja..
Di antara scene yang saya suka...luahan perasaan dua hati yang tidak dapat bersatu...view yang sangat awesome..*falling in love with Xinjiang*..
Rupa-rupanya mereka hampir berkahwin tapi tidak kesampaian sebab Kurban pergi bekerja di tempat lain sedangkan pinangan sudah dibuat. Nak elakkan malu, nenek kahwin dengan orang lain dan keluar dari kampung..huhu..sedih...*cinta tidak semestinya bersatu*..
Nenek dan Amanguli meneruskan perjalanan meninggalkan rumah Kurban. Nenek tidak dapat menahan perasaan sedih..lalu breakdown and cry..Amanguli beri nenek selendang yang Kurban bagi pada dia..nenek menangis tersedu-sedu..sungguh berat bebanan perasaan yang ditanggung nenek selama ini..setelah 40 tahun baru terjawab segala pertanyaan..ohh..
Di rumah, Kurban ternampak beg sandang Amanguli tertinggal di bawah sofa. Dia panggil Alif supaya cari Amanguli dan bagi balik beg tersebut..
Alif membaca perkataan di beg sandang Amanguli |
Laa..kalau tau baca, dah lama dapat clue. Rupa-rupanya bapa Amanguli bagi beg ni pada isterinya. Alif dengan senang hati menghantar nenek dan Amanguli ke Pekan Suheya..
chef tu sedang buat mee tarik |
Itulah Alhemeidi..jadi chef rupanya..kacak juga orangnya..Amanguli tunduk makan dengan lajunya, sebenarnya malu-malu nak bertentang mata dengan bapanya itu..tiba-tiba masuk seorang wanita dengan baby..
chef melayan baby ini |
Amanguli merajuk dan lari keluar..menangis ingatkan bapanya ada anak lain..
Akhirnya, nenek bersemuka dengan Alhemeidi...siap pukul dengan penyapu lagi..marah benar nenek dengan menantunya tu..sebenarnya perempuan tu sepupu Alhemeidi..
Alhemeidi hampir pengsan mendengar berita isterinya dah mati..
Sesi luahan perasaan, brain storming, post-mortem |
Father and daughter bonding time - uli tepung |
Happy time |
nenek pun join sekali |
Nenek dengan confident keluar pagi-pagi sebab nak tinggalkan Amanguli dengan bapanya, tiba-tiba dalam bas terdengar ada orang ketawa - Amanguli dan bapanya ketawakan nenek, mereka pun turut balik kampung
Tamat sudah |
Xinjiang sangat cantik dalam filem ni. Silalah menonton untuk keriangan berganda. Satu lagi filem menarik di A-List ialah Myn Bala..filem Kazahstan..filem epik setanding dengan Red Cliff, Gladiator..nominated at Academy Awards.dan yang bestnya view, scenery yang awesome and breathtaking..highly recommended..