Sunday, 2 November 2008

Women's Power

Peluang menghadiri Majlis Mahabbah Bersama Muslimat Hizbullah dan berwacana dengan mereka iaitu Wafa dari media relation of Hizbullah dan Rima, political council member of Hizbullah, sememangnya sangat mengujakan minda.
Menurut sahabat yang menjadi pemandu merangkap 'tourist guide' kepada Wafa and Rima, kedua-dua orang penting Women Association of Hizbullah ini datang ke Malaysia untuk menghadiri satu seminar di Pulau Pinang yang dianjurkan oleh sebuah badan NGO iaitu International Resident. Sedangkan saya dan kebanyakan sahabat tidak mengetahui langsung tentang seminar tersebut, mereka telah meninggalkan tanahair yang masih belum stabil untuk turut serta berperanan di peringkat antarabangsa.

Menurut sahabat itu lagi, daripada perbualannya dengan Wafa dan Rima, beliau sangat kagum dengan kepekaan mereka tentang hal-hal yang berlaku di seluruh dunia terutama yang melibatkan umat Islam dan agama Islam itu sendiri. Mereka berusaha untuk turut serta dan memberi buah fikiran sebagai orang Islam dan juga sebagai salah satu 'super power' yang disegani oleh pihak kawan dan lawan. Menurut mereka 'if you don't grab it, the enemy will definitely make their entry". Musuh-musuh Islam sentiasa merangka-rangka pelbagai cara untuk melemahkan umat Islam dan menjauhkan umat Islam dari ajaran agama.

Bila diberitahu bahawa hotel yang mereka diami terletak di salah satu kawasan elit di Lembah Klang, mereka seakan terpana dan terkeluar dari mulut mereka "If we know that, we won't stay there". Kemewahan duniawi sudah mereka tanggalkan dalam diri dan hati mereka. Bagi mereka, tidak ada masa untuk memikirkan hal-hal kemewahan dan kelazatan duniawi yang sering melalaikan dan mealpakan diri dari memikirkan masalah-masalah umat Islam sejagat.

Mendengar butir-butir bicara bermotivasi daripada mereka yang berpengalaman dalam 'physical war' dengan Israel Laknatullah, menyuntik semangat agar tidak berasa lemah dalam usaha meningkatkan dakwah Islamiah dalam pelbagai bidang. Tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah S.W.T.

Mendengar secara 'first hand' pengalaman dan aktiviti muslimat Hizbullah di era peperangan dan juga dalam membangun kembali negara Lubnan (terutama selatan Lubnan) selepas beberapa siri peperangan, terbayang di minda segala kesengsaraan, kekalutan, ketakutan dan juga ketabahan rakyat Lubnan yang mempunyai jiran yang kejam iaitu Israel. Namun, lawan tetap lawan walaupun bertempur menggunakan peralatan primitif berbanding peralatan canggih Israel yang dibantu oleh US.

Kini majoriti selatan Lubnan telah hancur dibedil Israel. Kini mereka berusaha membina kembali negara mereka selari dengan pembangunan modal insan. Modal insan yang berjiwa pejuang sedang dibangunkan di Lubnan untuk melahirkan profesional-profesional Muslim yang sanggup mati mempertahankan agama dan negaranya. Melahirkan sekurang-kurangnya satu keluarga, seorang syahid.

Dalam sesi perbincangan, timbul persoalan dari seorang hadirin, "adakah ada perselisihan diantara puak Hizbullah (syiah) dan puak sunni di Lubnan? Adakah satu puak mendakwa mereka lebih baik dari puak yang lain?"

Rima dan Wafa memaklumkan di Lubnan ada 18 sect (mazhab) iaitu sunni, syiah, maronite, khatolik, dll tetapi mereka tetap bersatu dalam menghadapi musuh dan tidak tunduk kepada fitnah-fitnah yang membawa kepada perpecahan yang mana akhirnya menyebabkan musuh-musuh Islam bertepuk tangan.
"As for syiah and sunni, we believe in one Allah, one Kitab and one Rasul. Unity among our people is important to face huge challenges and to move towards victory"

Konklusinya, peranan pemerintah sangat besar dalam usaha mendidik generasi pelapis agar teguh jiwa perjuangannya dalam menghadapi musuh-musuh Islam. Seeru ala barakatillah...Wallahhua'lam.
p/s: Seorang sahabat berkata "kalau saya jadi mereka berdua, rasanya tak berani keluar dari Lubnan. Entah-entah, nama dah ada dalam senarai Moussad atau CIA". Dan jawapannya, perjuangan Islam bukan untuk mereka yang pengecut dan 'faint-hearted', apatah lagi untuk berdepan dengan musuh-musuh tradisi umat Islam.

Tuesday, 28 October 2008

Dua yang sama, dua yang berbeza

Bulan Syawal semakin hampir melabuhkan tirai, namun jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri masih meriah diadakan.
 
Jamuan 1
 
Venue: Dewan Banquet, Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara 
Date: 24 Oktober 2008, 8.00 pm 
Host : Yayasan Nurul Yaqeen
 
Yayasan Nurul Yaqeen ialah sebuah badan NGO yang beribu pejabat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam ucapan aluan memaklumkan Yayasan Nurul Yaqeen telah ditubuhkan 17 tahun yang lalu. Saya baru mengenali yayasan ini selepas menghadiri seminar Wanita Cemerlang pada awal tahun ini.
 
Jamuan dimeriahkan dengan dendangan lagu-lagu irama padang pasir dari Kumpulan As-Samrah yang didatangkan khas dari Johor Bahru. Namanya panjang, tak berapa ingat. Pertama kali mendengar dan melihat persembahan kumpulan ini. Kira lain dari yang lain, dah lama tak dengar lagu-lagu ghazal ni. Walaupun tak faham bahasa Arab, layan jugalah. Buat menghilangkan stress kerja.









 

Kumpulan As-Samrah

Pada majlis ini juga, Tan Sri dan tiga lagi tetamu mepersembahkan tarian zapin Johor. Eksklusif untuk para tetamu.
   




  The men in line






The men in action.

 

Ahli Kumpulan As-Samrah juga mempersembahkan tarian Arab, nama tarian tidak ketahuan pulak.

 

 

 

 

 

Empat lelaki tengah menari tarian Arab. Dua orang move forward, dua lagi menari style reverse ...gamaknya macam tu kot chreography nyer..hmmm..sehati berdansa..

Makanan yang dihidangkan: lemang & rendang, nasi impit & kuah kacang, nasi tomato & ayam masak merah, roti jala & kari, sate, kuetiau & mee goreng, kambing bakar, mee rebus, ABC, kek, kuih raya, buah2an and a few types of drinks.

Alhamdullillah, diatas jemputan. Terima kasih daun keladi. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, senang hati.


Jamuan 2 

Venue: Food Court, PPR Desa Rejang, Setapak
Date: 25 Oktober 2008, 8.30 pm
Host: Penduduk PPR Desa Rejang


Jemputan dari seorang sahabat diterima pada pukul 7.00 pagi, satu permulaan hari yang baik. Pukul 9.30 malam, baru bergerak menuju ke destinasi. Ingatkan majlis sahabat itu, rupa-rupanya majlis jamuan Parlimen Titiwangsa, anjuran cawangan PPR Desa Rejang. Ahlan wa sahlan...
 





Kain rentang memaklumkan majlis pada orang ramai.
 
 
 
Ketika sampai sekitar pukul 10.00 malam, kebanyakan tetamu sudah pulang. Namun, bukan itu tujuan utama untuk hadir ke majlis ni, tetapi adalah untuk bertemu sahabat yang menjemput yang sudah agak lama tidak ketemu. Tambahan pula, jemputannya dulu untuk majlis berbuka puasa tidak dapat dipenuhi. Beberapa kenalan juga turut berada disitu, menambah kemeriahan majlis. Berjumpa sahabat lama ibarat terapi minda dan rohani..


 
 
 
 
 
 
 
 
Kaum muslimat sedang bersembang sementara menunggu tetamu VIP.

Tetamu VIP, ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr Lo' Lo' hadir sekitar pukul 12.00 tengah malam. Kami faham dengan hambatan tugas beliau sebagai wakil rakyat yang perlu menyelesaikan masalah rakyat. Sementelah beliau baru melawat mangsa kebakaran di kawasan Kassipilay.



 
 
Y
 
 
 
 
 
B Dr' Lo' Lo' bersama seorang sahabat saya (baju hijau)

Makanan yang dihidangkan: Bihun sup, lemang, nasi impit, kari ayam, kerepek ubi dan air teh O ais. Yang lain, dah habis. Sudahlah dijamu, diberi pula juadah untuk dibawa pulang.

Alhamdulillah, diatas jemputan. Terima kasih daun keladi. Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.

Friday, 17 October 2008

"Intermission"

Aku berdiri di beranda tingkat 3 rumah pangsa 5-tingkat itu. Hembusan angin petang lewat waktu Asar terasa begitu nyaman, bagaikan membawa pergi lelahku mendaki anak-anak tangga bangunan yang sedikit usang itu. Pintu rumah tertutup rapat namun deria pendengaranku dapat menangkap suara-suara menerobos melalui bilah-bilah tingkap.

"Oh ada orang rupanya" hati terasa gembira. "Ini rumah dia ke? Dia tengah buat apa? Nanti mengganggu pulak" Diri bermonolog sendirian, timbul rasa ralat di hati kerana tidak memberitahu terlebih dulu. Sedikit alpa dengan adap-adap berziarah. Diri ingin berlalu pergi, namun kotak ingatan memutar semula ajakannya yang begitu beria-beria beberapa hari yang lalu.

Sedang berkira-kira tindakan selanjutnya, satu kepala menjengah di sebalik tingkap.

"Cari siapa?" satu suara garau melontar soalan dari sebalik tingkap. Suami kakak tu agaknya.

"Cari kakak ni. Ini rumah dia ke?", balasku penuh harapan.

"Ya. Masuklah, kakak baru lepas sembahyang. Tengah baca Al-Mathurat, dah nak habis dah..masuklah", serentak daun pintu dibuka lantas menampakkan ruang tamu yang kecil tapi sedikit berselerak.

"Minta maaf, mengganggu petang-petang begini", rasa bersalah menyelubungi diri.

"Takpe. Baru balik dari kenduri. Anak saudara kahwin. Ni barang-barang dari sana," jawabnya sambil tangan pantas mengemas ala kadar.

"Duduklah dulu. Akak dah siap ni" laungan suara dari dalam bilik. Dia keluar dari bilik, bersalam denganku terus langsung ke dapur. Menjerang air sambil bersembang-sembang hal kenduri tengahari tadi. Lelaki tadi sudah tidak kelihatan, menghilang disebalik pintu bilik utama.

"Minum teh ke? Kita buat teh 'O', boleh makan dengan bahulu" ujarnya.

"Apa-apapun boleh", balasku, telus. Tanpa menegah, membiarkannya mengutip sedikit pahala di petang-petang begini.

Dia kembali dengan sedulang air teh 'O' dan kuih bahulu. Rancak berbual sambil tangan mencapai gelas teh 'O' dan meneguknya sedikit. Tiba-tiba mata memandang, hati berkata-kata, otak memberi signal "Berhenti minum".

Gelas kaca tertera perkataan "Carlsb**g" itu kuletak kembali diatas dulang. Adakah ini satu ketidakperasanan yang tidak disengajakan? Atau satu ketidaksengajaan yang tidak diperasankan?

Diri tiba-tiba berada dalam situasi yang tak keruan. Dia pula tidak berhenti bercakap. Bagi menutup kekalutan diri, kuih bahulu kujamah dan kutelan jua. Tekak terasa perit dan kesat, namun nak kuteguk air tu kembali, rasa lain sekali perasaanku. Air itu tidak bersalah.

Aku seperti berada dalam duniaku sendiri. Tiba-tiba memikirkan bagaimana gelas itu boleh berada disini, didalam rumah ni. Mereka cuma bertiga sahaja. Mungkinkah ini, mungkinkah itu, segalanya mungkin...Butir-butir suaranya kedengaran sayup-sayup dihujung telinga.

"Macamana nak beritahu kakak ni? Perlu ke? Bagaimana nak ku ucap dengan kata-kata?" Dia cuma kukenal begitu-begitu sahaja. Sekadar bertegur sapa ketika berjumpa di jalanan atau di surau.

Tiba-tiba satu ketukan kedengaran di pintu beserta salam dari satu suara yang lembut. Dia bangun serta-merta sambil menjawab salam. I am saved by the voice? Dari butir-butir perbualan, kudapat rasa yang dia terpaksa pergi lantas aku cepat-cepat meminta diri. I am saved again, ahh leganya...

Perkara ini tergantung begitu sahaja, biarlah kutepis, kupendam dalam hati cuma, hmm..lemahnya iman....

p/s: Peristiwa ini berlaku tahun lepas, jarang terjumpa kakak tu lagi.