Monday, 1 June 2009

Hari Ibu @ Brisdale

Alhamdulillah, pada pagi Sabtu, 30 Mei 2009, saya sempat menghadiri sambutan Hari Ibu anjuran PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan di Hotel Brisdale, Jalan Haji Hussein..


Peserta-peserta yang hadir


Pegawai PERKIM negeri, Encik Jogi menyampaikan hadiah kepada ibu bertuah



Dalam Slot 1: Ibu Mithali Inspirasi Ummah, Ustazah Norhafizah Musa memaparkan ciri-ciri ibu lemah vs ibu kuat..

Ciri-ciri ibu lemah
  1. Tidak tahan diuji/sempit dada/tidak luas fikiran/emosi sering tidak terkawal
  2. Tiada motivasi atau semangat yang tinggi untuk menggiatkan amal soleh
  3. Senang dengan dunia lebih dari akhirat, lebih pentingkan pandangan manusia dari pandangan Allah
  4. Berjiwa kotor - hati berpenyakit

Bagaimana membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan diatas:

  1. Kekuatan solat
  2. Kekuatan mujahadah
  3. Kekuatan rahmah (kasih sayang)
  4. Kekuatan doa
Solat yang bagaimanakah menjadi benteng kepada segala kemaksiatan hati dan fizikal:
  • Tabiat solat di awal waktu
  • Terbit dari rasa takut/harap/kasih kepada Allah
  • Untuk memenuhi tujuan zikrullah seperti dalam Surah Toha, ayat ke-14
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.


Slot 2: Wanita dari kacamata lelaki oleh Ustaz Fauzi Mustafa, pengacara program Al-Kuliyyah TV3 dengan siapakah wanita dan sepuluh 'P'.
  1. Wanita sebagai Peneman hidup lelaki
  2. Wanita sebagai Pembantu lelaki
  3. Wanita sebagai Pengurus hidup suami
  4. Wanita sebagai Pentadbir rumah tangga
  5. Wanita sebagai Penyeri hidup lelaki
  6. Wanita sebagai Pelengkap kepada lelaki
  7. Wanita sebagai Penawar kepada lelaki
  8. Wanita sebagai Penasihat kepada lelaki
  9. Wanita sebagai Pendengar yang baik
  10. Wanita sebagai Pembakar semangat lelaki

Selama seminggu bergelut dengan tuntutan kehidupan seharian, santapan rohani ini benar-benar 'a food to the soul & mind'...

Friday, 29 May 2009

Ini ada satu cerita (3)

Orang Barat memang banyak muslihat untuk menghina orang Islam dan kebanyakan kita selalu alpa dan tidak mempunyai maklumat mengenai muslihat yang tersirat di sebalik sesuatu kejadian/perkataan/penciptaan. Pertama kali mengetahui perkara ini apabila membaca tulisan Faisal Tehrani di dalam Majalah Eh!. Cerita di sebalik satu pastri ini yang diberi nama: croissant. Croissant merupakan French pastri yang terkenal, dijual di bakeri dan side-walk café seperti Delifrance. Melihat kepada bentuk croissant, ia seakan-akan bulan sabit.
Menurut wikipedia, ada pelbagai versi asal-usul pastri croissant tetapi ada dua versi yang mengaitkan penciptaan croissant dengan orang Islam:
1) Dicipta untuk meraikan kekalahan tentera Islam Khalifah Ummayah didalam peperangan, Battle of Tours (atau Battle of Poitiers) oleh puak Franks (satu kumpulan etnik Jerman Barat) pada tahun 732 dan mereka mencipta croissant yang berbentuk bulan sabit melambangkan agama Islam; Battle of Tours (October 10, 732), juga dipanggil Battle of Poitiers atau dalam Bahasa Arab, معركة بلاط الشهداء‎ (ma‘arakat Balâṭ ash-Shuhadâ’) Battle of Court of The Martyrs, adalah pertempuran di antara tentera pimpinan Austrasian Mayor of the Palace Charles Martel dan Abdul Rahman Al Ghafiqi, gabenor Al-Andalus, dimana Abdul Rahman Al Ghafiqi telah terbunuh.
2) Dipercayai dicipta di Vienna pada tahun 1683 bagi meraikan kekalahan tentera Empayar Ottoman daripada menakluki bandar tersebut dan bentuk croissant merujuk kepada bulan sabit yang terdapat pada bendera Turki. Versi ini diperkuatkan lagi melalui fakta bahawa di dalam Bahasa Perancis, croissant dirujuk sebagai Viennoiserie dan croissant dipercayai diperkenalkan di Perancis oleh Marie Attoinette, seorang puteri diraja Vienna yang berkahwin dengan putera diraja Perancis.
 
Alangkah kasihannya umat Islam, dihina berabad-abad lamanya..

Thursday, 21 May 2009

Super Duper Granny


"Kisah rumah-tangga, ada-ada saja"

"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami-isteri"

Seorang wanita berumur 78 tahun telah ditangkap kerana menyerang dan memukul suaminya yang berusia 84 tahun di Lynnwood, Washington. Dia memukul suaminya dengan mangkuk, paip getah dan penyapu karpet. Suaminya mengalami patah tulang rangka, pinggul dan pergelangan tangan. Wanita tersebut percaya suaminya telah menipunya beberapa kali di sepanjang perkahwinan mereka.
Seorang saksi memaklumkan wanita tersebut mengaku telah menendang suaminya beberapa kali di bahagian perut sepanjang enam bulan yang lalu kerana mempercayai suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain lebih kurang 35 tahun yang lalu.

Fuhh! 35 tahun..dendamnya masih membara..ibarat gunung berapi memuntahkan laharnya..tapi sebenarnya hati merasa kasihan kepada suami itu..macamana agaknya dengan keadaannya yang lemah fizikal, ditendang, dipukul, dihentak...tidak terdaya untuk melawan..

Hati juga ada rasa geram, rasa padan muka..itulah jangan menipu isteri, main kayu tiga, curang..perasaan wanita itu halus, kadang-kala bisa menelah tindak-tanduk suami...sesetengahnya 'can forgive but not forget'



.......dan ada sesetengahnya berprinsip seperti dibawah.....












..Maafkanlah..itu yang lebih baik, terutama pabila usia sudah menjelang senja begini..

Ikut hati, mati. Ikut rasa,binasa.