"Kisah rumah-tangga, ada-ada saja"
"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami-isteri"
Seorang wanita berumur 78 tahun telah ditangkap kerana menyerang dan memukul suaminya yang berusia 84 tahun di Lynnwood, Washington. Dia memukul suaminya dengan mangkuk, paip getah dan penyapu karpet. Suaminya mengalami patah tulang rangka, pinggul dan pergelangan tangan. Wanita tersebut percaya suaminya telah menipunya beberapa kali di sepanjang perkahwinan mereka.
Seorang saksi memaklumkan wanita tersebut mengaku telah menendang suaminya beberapa kali di bahagian perut sepanjang enam bulan yang lalu kerana mempercayai suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain lebih kurang 35 tahun yang lalu.
Fuhh! 35 tahun..dendamnya masih membara..ibarat gunung berapi memuntahkan laharnya..tapi sebenarnya hati merasa kasihan kepada suami itu..macamana agaknya dengan keadaannya yang lemah fizikal, ditendang, dipukul, dihentak...tidak terdaya untuk melawan..
Hati juga ada rasa geram, rasa padan muka..itulah jangan menipu isteri, main kayu tiga, curang..perasaan wanita itu halus, kadang-kala bisa menelah tindak-tanduk suami...sesetengahnya 'can forgive but not forget'
.......dan ada sesetengahnya berprinsip seperti dibawah.....
..Maafkanlah..itu yang lebih baik, terutama pabila usia sudah menjelang senja begini..
Ikut hati, mati. Ikut rasa,binasa.
Farid Rashidi:
ReplyDeleteBukan kuat berdendam, tapi kuat daya ingatan, bila emosi tercalar, akan terputar kembali cerita2 lama...mengikut terma perundangan.."dilepaskan tapi tidak dibebaskan"..
cik ijau:
Ya, lelaki pun berdendam juga, mungkin skala yg lebih kecil sbb lelaki tak emotional sgt..lebih mudah melupakan..
emm..itula padahnya bagi suami yang suka menipu...kesian...
ReplyDeletea.t.u.l.a.s.c.a,
ReplyDeleteYa memang kesian, nak pukul masa muda, takut kot. Masa tua baru nak pukul, lagi kesian..habis patah riuk..kalau terus jalann..brutal betul nenek tu..
Oh, saya belum dapat membezakan lagi tahap kekuatan ingatan bagaimana yang menguasai hati yang tercalar. Bukankah ada penyejuk hati yang tercalar..dan dendam itu bukan ajaran baginda SAW?
ReplyDeleteSemoga kisah di atas tak terlekat pada jiwa seorang Muslimah. "Redha suami membawa ke syurga bagi Isteri."
Ya, benar sekali, dendam itu sifat mazmumah..dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Suami isteri itu saling lengkap-melengkapi..
ReplyDeletekuat lagi perempuan tu ye. bertenaga betul nak pukul sana pukul sini.
ReplyDeletewanita mungkin boleh memaafkan tetapi sukar untuk melupakannya. Tapi wanita ini tiada maaf dan tak pernah lupa
ReplyDeleteEmblem of Purity,
ReplyDeleteNampaknya begitulah..tapi yang kena pukul pun dah berumur 84 thn, mungkin ada penyakit osteoporosis kot..
Pok Li,
Mungkin dah terlalu lama menderita..tapi memang brutal wanita itu..
wanita yang ada iman dalam diri takkan tergamak melakukannya kan...
ReplyDelete"perempuan baik untuk lelaki baik"
...so, 'that' pak cik deserve to have 'that' nenek..hehe~~
Ya, iman itu sebagai filter, mencegah perkara buruk...
ReplyDeleteHmm...pakcik tu mungkin menyesal atas perbuatannya..hehe..
Sikap memahami, bertolak ansur dan maaf bermaafan tu penting tidak kira tua ke muda..janganlah sampai boleh jadi macam pak cik dan mak cik dalam cerita ini..mesti ingat hidup di dunia ni sementara sahaja..
ReplyDeleteYa, betul tu, butterfly..itulah rencah kehidupan suami-isteri..setiap perbuatan didunia, akan dipertanggungjawabkan di akhirat..
ReplyDeleteKisah benar ye... sadisnya...😱😱🥶
ReplyDeletesadis sungguh..tua2 pun kuat lagi..
Delete