Wednesday, 29 May 2013

South Korea : The Guesthouse

Kali ni nak cerita guesthouse yang jadi rumah kami selama tujuh malam di South Korea.  

Alamat penuh: Kimchee Myeongdong Guesthouse, 35-16, Supyo-dong, Jung-gu, Myeongdong, Seoul.  Supyo-dong ni, jalan kecik je, not a main road, off Jalan Euljiro (main road).
Euljiro - the main road

Stesen subway yang terdekat ialah Euljiro-3 (sam)-ga, Exit 2.  Stesen ni kiranya stesen subway yang besar juga, ada dua line, Line 2 dan Line 3.  Kawasan GH ni kalau dalam neighbourhood map yang ada di stesen ditulis sebagai ‘tiles arcade’. 
 
 

ikut exit ni
Memang banyak kedai jual tiles, macam kat Jalan Ipoh KL, ada jual jubin, kepala paip, tombol pintu, bathtub, macam-macam lagilah.  Tingkat bawah Guesthouse ni pun kedai hardware juga. Dari segi pemandangan, tak berapa menarik sangatlah.  Satu deret dengan GH, cuma ada satu café, yang lain kedai-kedai hardwareBila malam, kedai-kedai ni tutup, jadi kawasan ni sunyi dan agak kelam.
 
Tiles ni malam-malam pun letak kat luar je
Supyo-dong
kedai-kedai hardware di sepanjang Euljiro
Guesthouse di tingkat tiga, bangunan 5-tingkat ni takde lif ya kawan-kawan. Ground floor, ada kedai hardware, tingkat satu – ada club apatah. Masa mula-mula sampai tu, dengan beg-beg besar nak diangkat tapi Alhamdulillah, ada receptionist (lelaki) yang turun (dia nampak dari CCTV), tolong angkat beg, semput juga nak bawa naik. Receptionists bertukar-tukar, mereka ada duty roaster. GH ni basic sahaja, tak provide breakfast, room rate semalam 55,000won. Ada wifi dalam bilik, laju juga..

main entrance
Takde proper kitchen, microwave dan water dispenser semua dekat reception area. Tong sampah untuk barang2 yg boleh di-recycle pun di sini juga. 



Reception area
Ada microwave, tong sampah & water dispenser & free coffee & tea
Jom survey guestroom.  Bilik kami di tingkat 4. Bilik 406. Pintu bilik siap ada gambar pemandangan, mcm zaman 70an...huhu.


Bilik, overall OKlah, tapi macam old skool sikit, not a moden type. Facilities cuma ada air-conditioner, hair dryer dan TV ni. Ada tingkap kecik, boleh dibuka untuk natural air-cond. Ni masa nak check-out, berselerak sikit.
TV saja yang nampak moden
Queen-sized bed

Bilik air OK, modenlah sikit.  Bath foam dan shampoo disediakan, brand LG lagi.  Kalau di Malaysia, LG ni cuma brand TV dan handphone, tapi di sini ada household products, untuk pasaran South Korea saja.
 
brand LG
Yang menarik di sini ialah Escape Rope ni. Tergantung di dinding. Sekali pandang ingatkan Escape Route, rupanya rope (tali). Ni baru real. First time nih. Ingatkan South Korea ni moden, fire escape macam ni pun ada. Yelah, bangunan lama, nak tebuk buat tangga emergency, tak berbaloi kot.

First time tengok peralatan emergency ni
Peralatan yang ada - tali, lantern (lampu le kot) dan topeng muka. Kalau ada kebakaran dalam bangunan ni, rasanya ada kot yang mati sakit jantung nak keluar bangunan guna kekdah ni, atau ada kot yg mati terbakar, terkebil-kebil, terkial-kial, macamana nak guna peralatan ni.

Tingkap untuk emergency exit
Tempat nak exit nya kat tingkap kecik ni je, kalau semua guests nak turun serentak, macamana, ek? ottoke, ottoke..mungkin ada yang terjun tiruk, lagi cepat..so, sapa-sapa yang nak duduk GH ni, kenalah belajar absailing atau rock climbing, in case of emergency..hehe..

Locationwise, GH ni sangat convenient dari segi kemudahan subway line iaitu Line 3. Line 3 ni considered powerful line sebab dia melintang dan bersambung dengan semua line subway utama. 

Stesen Euljiro-3 (sam)-ga cuma satu stesen saja dengan stesen Jongno-3 (sam) ga ikut Line 3. Di stesen Jongno-3(sam) ga, ada dua line lagi (Line 1 dan Line 5). Dan juga satu stesen dari Chungmuro, yang ada Line 4. Memang senang nak merancang perjalanan dengan subway. Nak ke Myeongdong, boleh jalan kaki je

So, dari pengalaman saya, sapa-sapa yg nak gi Seoul, carilah hotel yang dekat Line 3, In shaa Allah, memang mudah..kurang sikit tukar-tukar line subway sebab nak jalan dari satu line ke line tu kadang-kadang jauh juga.

Monday, 27 May 2013

South Korea : Day 1 - the Departure & Arrival

Assalamualaikum, semua..semoga sihat walafiat. 

Alhamdulillah, saya dan my sister selamat pulang dari berkelana, mengembara selama 8 hari 7 malam ke negara Korea Selatan, dari 15 Mei hingga 22 Mei 2013.  Syukur kehadrat Allah SWT, perjalanan kami berjalan lancar, tiada perkara buruk, marabahaya yang berlaku. So, entry ni dan entri2 berikutnya, In shaa Allah, adalah mengenai catatan perjalanan saya dan kakak ke Korea Selatan. Sebagai coretan kenangan peribadi dan panduan.

Memang pada mulanya rasa cuak juga samada boleh on ke tidak trip ni disebabkan  sepanjang bulan April, South Korea dan North Korea asyik berperang mulut, yang NoKo nak bom Seoul dengan bom nuklear, suruh foreigners keluar dari Seoul sebab dah nak perang sangat2 tapi Alhamdulillah, masuk bulan Mei, keadaan beransur reda dan tiada lagi kedengaran warning2 yang menggerunkan dari 'the fat boy from the North'..baru senang sikit hati, kalau tidak asyik dok fikir, kalau ada kat Seoul, tiba2 perang, kena bom ke, bom nuklear pulak tu..tiap2 hari cakap dengan my sis, dia diam je..bengang dgn aku kot..dgn ofismate, dgn boss pun tak cakap nak gi mana, *rahsia* takut kena cancel..huhu..

OKlah, statement diatas adalah history. Perancangan untuk ke SoKo bermula sebelum pergi ke Bandung. My sis saja2 klik to Seoul dalam AA website, tiba-tiba dapat RM7++ returned tiket, bila nak key-in, komputer 'hang' pula. Bila OK, dah tak dapat harga tersebut, terpaksalah berpuashati dengan RM1,116/- returned inclusive of meals, luggage and skybus.

Bermulalah pencarian untuk penginapan dan juga flight tiket to Jeju Island. Motto trip ni ialah 'to cover as many places of interests as possible'. Sebab tu masuk juga itinerary ke Jeju, walaupun pegi tak sampai pun satu hari. Tamak halobanya trip. *Bila lagi nak gi* mcm tulah my sister's remarks.  

Melalui Agoda buat reservation di Kimchee Myeongdong Guesthouse (dahulunya Downtown Guesthouse Seoul) untuk 7 malam sekaligus. Baca review di Tripadvisor, semua bagi good review. Untuk flight ke Jeju pula, pergi dengan Air Busan dan balik dengan Eastarjet. Maka, saya yang kena buat itinerary mula merangka dan buat research selama 4 bulan. Macam-macam blog dihadam, blog dalam negeri, luar negara dan blog rasmi kerajaan Korea Selatan, akhirnya terhasillah 4 pages itinerary.

Selama lebih kurang 5 bulan pergi ke Korea Selatan secara maya melalui wikimapia, Google Earth dan Seoul interactive map, everything dah settle (duit dah tukar, bekalan makanan, semua dah print, download, save dlm tab/hp), maka pada malam 14 Mei, kami memulakan perjalanan ke SoKo dengan transit di Myhotel@Sentral di Brickfields, check-in pukul 10malam, bagi memudahkan untuk naik Skybus di KL Sentral ke LCCT. Flight kami pukul 9.00 pagi. Sebab taknak menyusahkan orang lain untuk hantar ke LCCT dan juga takut nak keluar rumah dan ambik teksi pukul 4, 5 pagi. Nak book Tune Hotel di LCCT, mahal benor chargenya.  Myhotel@Sentral ni belakang Public Bank, dekat sangat dengan entrance ke Skybus di KL Sentral, cuma cross main road saja.

Pukul 4.30 pagi bertolak ke LCCT, pun ramai penumpang, budak2 kecik pun sanggup bangun pagi nak gi travel. Sampai di LCCT pukul 5.45 pagi, kaunter dah dibuka, terus check-in luggage dan terus ke immigresen. Sebab nak solat Subuh di surau di waiting area, tak sesak macam surau di luar.
 
Dah dibuka
Pukul 8.00 pagi, announcement dibuat untuk masuk ke dalam bilik menunggu. Passengers semakin ramai, flight penuh. Selepas makan nasi lemak Pak Nasser, mulalah mata layu. Lama-lama hanyut, tersedar bila ada turbulence di ruang udara Taiwan. Lepas tu kembali normal, Alhamdulillah. Pada pukul 4.20pm waktu Seoul, selamat mendarat di Incheon International Airport, the best airport for 8 consecutive years.

Flight AA ni mendarat di Concourse Level, so kena naik shuttle train ke Terminal building. Just follow the crowd and end up at imigresen. Di imigresen, kena ambik gambar dan scan dua-dua jari telunjuk. Kenapa jari telunjuk, wallahua'lam. Selalunya, ibu jari sebab dalam pasport ada cop ibujari, entahlah ikut je lah.

Semua berjalan lancar dan ambil bagasi, keluar ke pintu, ada beberapa pemandu teksi yang approach, tapi bila cakap thank you, mereka takde lah push.  Then, beli T-money di 7-E, top-up 30,000w. Nampak beberapa customer dok pegang susu pisang tapi keadaan sesak sangat dalam 7-E tu, so tak jadi nak beli. Lain kali, banyak masa lagi. Diskus dengan my sis, decide nak naik AREX ke Seoul. Boleh naik Airport Limo, tapi nak jalan ke GH, jauh sangat.  Nak ke AREX,ikut signboard Airport Railroad, In shaa Allah, tak sesat.  

Di level ni, ada dua prayer rooms tapi bila check, hanya untuk agama Buddha dan Kristian sahaja.  Masa ni nak solat jamak Zohor dan Asar, ada sekumpulan adik-adik dari Malaysia yang nak solat juga, mereka solat di ruang tersorok di celah dinding. Circulation area di bahagian ni memang luas dan kawasan ni tak ramai yang lalu lalang kerana sudah dihujung bangunan. Selesai solat, terus ke stesen normal train.

Tanda arah - In shaa Allah, takkan sesat
Untuk ke Kimchee Myeongdong GH, kami kena ambil normal Airport Rail, transit di Hongik U station dan ambil Line 2, turun di Euljiro-sam ga station. Station untuk Airport Express Rail di sebelah kanan, yang normal train di sebelah kiri. Train express ini cuma berhenti di Gimpo Airport dan Seoul Station sahaja.

On the way to Airport Railroad
Nak naik train atau subway di Seoul ni, dengan kad T-money macam naik LRT di KL saja, tap di tiang sebelum palang masuk and off you go. Bila dalam train, baru teringat takde subway map, nak check bila nak exit.  Announcement ada dalam tiga bahasa, tapi tak berapa jelas. Alhamdulillah, dah download Seoul Metro Apps dalam hp dan tab, boleh buat semakan. Semasa nak keluar di Euljiro-sam ga station, saya mengalami satu kesulitan. Dah tap di tiang, handbag tiba-tiba terjatuh dan palang secara automatik tak berfungsi. Yelah, tak biasa, dengan handbag, backpack dan bag troli, tempat nak keluar pulak kecik. Bila tap sekali lagi, keluar 'error', nasib baik ada tampal kat situ, dalam English, maksud 'error' tersebut.  Dalam kekalutan, ada seorang ahjumma ni tunjukkan, kat tepi sekali ada tiang untuk tekan butang 'help', lepas tu 'tap' T-money kat tiang tu dan glass door tu boleh dibuka. Ahjumma tu yang tolong bukakan. Korean hospitality yang pertama diterima di Seoul ini.  Maknanya, sapa-sapa yang bawa beg besar dan takut tersangkut kat palang, kena lalu di glass door tersebut. Walaupun tak nampak pekerja di situ, tapi di subway station ni banyak sungguh CCTV, besar-besar gedabak pulak tu..

Kemudian keluar ikut Exit 2, sampai sahaja diatas, belum habis lelah naik tangga, baru nak berpijak di bumi nyata, map pun belum dikeluarkan lagi, tiba-tiba berdiri disebelah kami, seorang ahjussi. Mungkin dia nampak kami dengan beg-beg besar, dia pun nak tolong. Bila sebut nama guesthouse, dia pun macam blur juga. Kemudian berhenti seorang oppa, dia pun berkerut-kerut dahi bila dengar nama GH, geleng2 kepala, kemudian terus turun ke subway.  Bila keluarkan map, barulah ahjussi ni tahu, laa..jalan sebelah je. Dia pun tunjuk arah ke GH di tepi jalan, suruh kami jalan straight je. Lepas cakap 'kamsahamnida', first time cakap Korea dengan orang Korea, ahjussi ni pun pergi. Kemudian, seorang ahjumma pula tiba-tiba berjalan sebelah kami sambil tunjuk-tunjuk ke arah GH dan dia dulu berhenti di depan pintu masuk ke GH. Terpana kami dengan Korean hospitality. Sekali lagi cakap Korea, 'kamsahamnida' untuk ahjumma ni.

Selesai urusan check-in dan merehat-rehatkan diri, mandi segala, buka bekalan dari Malaysia iaitu nasi impit, makan dengan canned rendang ayam 'Adabi'. Dinner for tonite. Dalam pukul 8.30 malam, keluar berjalan kaki ke Cheonggyecheon Stream, cuma lima minit dari GH. Ramai juga Seoulites yang duduk bersantai-santai di tepi tebing dan juga berjalan menyusuri anak sungai ni. Ramai juga salarymen dan salarywomen yang masih berbaju pejabat duduk bersembang-sembang, tak balik rumah lagi. Udara sungguh nyaman, tak berapa sejuk dan tak berapa panas.

Cheonggyecheon Stream
Seoulites sedang beristirehat

Landmark utk GH dari jauh dah nampak

Kemudian berjalan-jalan di kawasan sekitar berdekatan dengan bangunan2 pejabat, tengok ramai juga pekerja-pekerja pejabat yang masih berkeliaran dengan briefcase dan beg2 kerja walaupun jam sudah pukul 9.45 malam. Mungkin budaya mereka, minum-minum kopi dulu sebelum balik.  Pukul 10mlm, kami pun called it a day, balik GH dan tidur.

Thursday, 18 April 2013

Al-Aqsa Jadi Kekuatan Islam

 Oleh Amir Sarifudin, Mingguan Malaysia 11 November 2012

Wawancara dengan Imam 1 Masjid Al-Aqsa, Sheikh Yusoef Abu Sunainah.

Bila bercakap mengenai Masjid Al-Aqsa masih ramai terkeliru, kurang memahami dan mungkin tertanya-tanya mana satu dimaksudkan Masjid Al-Aqsa memandangkan kawasannya begitu luas dan terdapat lebih satu kubah dan tempat bersolat.

Sebenarnya kompleks Masjid Al-Aqsa meliputi seluruh kawasan di situ seluas 144,000 kaki persegi dengan empat menara masjid dan 10 pintu keluar masuk ke kawasan masjid. Dalam kawasan tersebut mengandungi lima buah masjid iaitu dua masjid terletak di atas tanah manakala tiga lagi dibawah tanah.  Rangkuman kelima-lima masjid serta kawasan sekitarnya dalam kawasan tembok, itulah kompleks Masjid Al-Aqsa.

Tiga masjid di bawah tanah ialah Masjid Marwan, Masjid Al-Aqsa (lama) dan Masjid Buraq manakala dua masjid di atas tanah, Kubah Sakhra (Dome of Rock) dan Masjid Al-Aqsa (baru).  Oleh itu, umat Islam boleh mendirikan solat sunat masjid di mana-mana sahaja asalkan dalam lingkungan tembok kawasan berkenaan.

Berbalik kepada wawancara dengan Sheikh Yusoef, beliau menjelaskan , Palestin mampu bangkit semula jika dapat melahirkan para ilmuwan serta cerdik pandai bukan sahaja dari kalangan kaum lelaki, malah wanita juga.  Untuk tujuan itu, Masjid Al-Aqsa bukan sekadar pusat ilmu agama, malah dijadikan tempat melahirkan ahli-ahli perniagaan Islam.  Pendekatan melahirkan para ilmuwan dan ahli perniagaan amat penting untuk mengubah nasib hidup.

“Dengan kekayaan harta benda dan kekuatan ekonomi, akan dapat membela nasib serta masa depan penduduk Palestin” katanya.

Kemiskinan hidup termasuk ketiadaan kemudahan asas seperti yang berlaku di Hebron iaitu lebih satu jam perjalanan dari Jerusalem, menyebabkan penduduk Palestin di situ ditindas.  Di Hebron, banyak kedai diarah tutup oleh pihak berkuasa Israel menyebabkan kawasan itu ditinggalkan penduduk Palestin yang terpaksa mencari penempatan baru dan pekerjaan luar.  Apabila keadaan ini berterusan, Hebron tidak mustahil satu hari nanti ‘bertukar tangan’ dan dihuni oleh penduduk Yahudi.

Bukti awal di Hebron pada masa ini ialah apabila Masjid Hkalilal-Rahman yang menempatkan tiga makam nabi, kini terbahagi kepada dua bahagian.  Satu bahagian menempatkan makam Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak masih boleh diziarah oleh umat Islam, manakala makam Nabi Yaakob kini hanya untuk penganut Yahudi sahaja.  Dengan ketiadaan penduduk Islam, kemungkinan satu hari nanti keseluruhan masjid itu akan dikuasai bukan Islam.

“Jika umat Islam terus miskin tanpa harta benda, kekayaan dan kekuatan ekonomi, mereka akan terus ditindas,” kata Sheikh Yusoef.

Bagi melahirkan para ilmuan ekonomi, katanya pada tahun lalu seramai 12 hafiz wanita Berjaya dilahirkan melalui pengajian di Masjid Al-Aqsa dan jumlah itu meningkat kepada 32 orang wanita pada tahun ini.

“Kita mahu melahirkan golongan wanita yang cerdik pandai.  Mereka (wanita) ini akan melahirkan pula generasi pelapis yang pandai dan berlimu apabila berumah tangga nanti” katanya.

Ditanya isu-isu lain , beliau memberitahu, jika ada fatwa atau pandangan mengatakan umat Islam seluruh dunia ‘haram’ berkunjung ke Masjid Al-Aqsa kerana boleh membantu ekonomi  Israel, ia adalah satu pandangan tidak tepat.

Beliau berkata, disebabkan pandangan sedemikian, timbul kekeliruan hingga menyebabkan penduduk Palestin terus terpinggir dari dunia luar.  Di Jerusalem, ramai penganut Yahudi dan Kristian dari seluruh dunia berkunjung ke ‘Kota Tiga Agama’ ini yang secara tidak langsung berjaya menghidupkan ekonomi penduduk setempat.
Kedudukan Muslim Quarter di Kota Lama Jerusalem (source: wikipedia)
 Berdasarkan statistik, hanya 30,000 pelancong beragama Islam datang melawat Jerusalem setiap tahun berbanding 3 juta orang pelancong penganut Kristian.  Sehubungan itu, tidak hairanlah dengan jumlah penduduk Palestin beragama Islam seramai 300,000 orang di Jerusalem, kebanyakan golongan peniaga Palestin terpaksa menjual produk Kristian walaupun mereka sendiri beragama Islam.  Sheikh Yusoef menegaskan, Nabi Muhammad SAW  sendiri pernah datang ke Al-Aqsa walaupun ketika itu kawasan ini dikuasai bukan Islam.

“Malah para nabi, ulama, khalifah serta panglima Islam juga pernah berkunjung ke sini  yang ketika itu di bawah pentadbiran bukan Islam.”

“Contoh lain, Saidina Omar juga pernah datang ke sini yang ketika itu di perintah oleh bukan islam.  Jadi sekarang kita perlu fikirkan mengapa para nabi, ulama dan para pemimpin Islam sejak dahulu lagi datang ke Masjid Al-Aqsa tanpa mengira sama ada tempat  ini ditadbir oleh Islam atau bukan Islam.”

“ia menunjukkan tempat ini amat penting untuk umat Islam dengan tidak meminggirkan penduduk di sini.” kata beliau.

Sheikh Yusoef berkata, kurangnya pelancong Islam berkunjung ke Baitulmaqdis secara langsung menyebabkan hubungan penduduk Palestin dengan dunia luar terputus.  Jelas beliau, kunjungan umat Islam ke Baitulmaqdis bukan bermakna membantu ekonomi Israel.

“Di sini ada kedai-kedai orang Islam dan disini juga ada hotel-hotel dikendalikan oleh orang Palestin.  Kehadiran orang Islam akan membantu ekonomi penduduk Palestin.” katanya.

Masjid Al-Aqsa (source: wikipedia)
Selain keistimewaan Masjid Al-Aqsa yang mengandungi banyak bahan sejarah seperti makam Nabi Sulaiman, Penjara Jin, tempat sembahyang Nabi Khidir, Batu Tergantung atau ‘sakhra’, sekitar Jerusalem juga terdapat kesan-kesan sejarah yang lain.  Antaranya makam Nabi Daud, tempat kelahiran Nabi Isa dan banyak lagi. Disebabkan itu, kawasan berkenaan sering menjadi tumpuan bukan sahaja orang Islam, malah penganut Yahudi dan Kristian.

Disamping itu kata Sheikh Yusoef, walaupun sekitar Masjid Al-Aqsa terdapat ramai penganut Yahudi dan Kristian, namun ia tidak menghalang azan untuk berkumandang setiap kali masuk waktu sembahyang.

“Azan berkumandang seperti biasa sejak dulu lagi dan boleh didengari sejauh lima kilometer walaupun sekitar kawasan ini ramai penganut bukan Islam”, katanya.