Tuesday, 11 June 2013

South Korea : Day 4 - Cheongwadae and the Parade

Dari Bukchon Hanok Village, kami nak ke Cheongwadae - the Office of the President.  Siapa President South Korea? Park Geun-hye, yes, seorang perempuan, the first female President of Republic Korea. Bapanya dulu Presiden juga, kiranya bapa borek, anak rintik..

Cheongwadae atau the Blue House ni letaknya di sebelah barat Bukchon Hanok Village dan ke utara Gyeongbukgung Palace. Boleh jalan kaki saja, kalau dari Bukchon Hanok Village kena mendaki bukit sampai ke bahagian atas ataupun kena buat satu pusingan Gyeongbukgung Palace, hii..tak kuasa den. Lastly, decided naik teksi, first time ni. Teksi di Seoul ni, naik je, meter reading KRW2,400, kemudian naik dengan kiraan KRW100. Tambang dari Bukchon Hanok Village ke Cheongwadae hanya KRW3,600. Boleh bayar cash atau guna T-money, ada card reader dalam teksi.


Cheongwadae - berlatar belakang Mount Bugaksan

Nampak sikit bumbung biru - lambang Cheongwadae

Main office - with blue roof tiles (source: wikipedia)
Ada tour untuk Cheongwadae tetapi kena register online. Boleh refer website Cheongwadae

Logo Cheongwadae

Cheongwadae Square

Sebab utama datang ke sini hari Sabtu ialah nak tengok perarakan (parade) di Cheongwadae Square.  Acara ni cuma ada hari Sabtu sahaja (kalau tak hujan), start pukul 10.30 pagi, perarakan lebih kurang 45 minit dan 15 minit lagi untuk sesi bergambar.


Tiga MC untuk tiga bahasa - siap peace lagi

Panglima-panglima zaman Dynasty Joseon

Pancaragam pengiring diraja zaman Dynasty Joseon
Dalam historical kdrama atau sageuk seperti Dong Yi dan the Moon Embracing the Sun, bila King nak pergi keluar daerah, royal entourage termasuk pancaragam ni. Ada yang tiup trompet, ada yang tiup siput besar.

Tentera-tentera zaman Dynasty Joseon dengan pedangnya

perarakan pasukan tentera darat, laut & udara South Korea

Maskot zaman Dynasty Joseon dan zaman sekarang

Pancaragam pengiring Raja di zaman Dynasty Joseon dan tarian singa

martial art zaman Dynasty Joseon

Martial art lagi..

Pertunjukan dari the Women Military Honor Guard

Pertunjukan dari tentera laut, udara & darat South Korea

Marching parade

One for the album

Fully guarded

Di sini juga ada muzium, Cheongwadae Sarangchae - free admission tapi malas nak masuk. Muzium-muzium ni takde dalam itinerary, cuma satu muzium saja yang kami pergi, yang kat airport.


the museum
Selepas habis photoshoot segala, kami pun berjalan kaki ke Gyeongbokgung station. Di sepanjang Cheongwadae-ro, terdapat beberapa guards, ada yang beruniform, ada berbaju kemeja dengan earphone, nampaknya kawasan ni heavily-guarded. And also beautifully landscaped with flowers.

the main road


Flowers by the roadside. Gyeongbokgung's wall is on the left

road mural di tepi pagar Gyeongbokgung Palace

Gyeongbokgung's Gwanghamun Gate

Watchtower's site pada zaman dahulukala


Bersambung ke destinasi seterusnya..

Sunday, 9 June 2013

South Korea : Day 4 - Bukchon Hanok Village

Assalamualaikum semua..bulan Rejab hampir berlalu, bulan Syaaban akan menjelma, semoga kita diberkati dan sampai ke bulan Ramadhan, InsyaAllah...amin.

Masih lagi entry mengenai pengembaraan 'the duo' di South Korea. Sudah masuk hari ke-empat menghirup udara nyaman di SoKo, Alhamdulillah. Hari ke-empat, kami keluar lambat sikit, ada 'spill-over effect' dari adventures semalam. Pagi ni kami nak ke Bukchon Hanok Village. Keluar around 7.30 pagi, ambil Line 3 ke Anguk Station and then keluar ikut Exit 2, jalan straight ke utara, for about 500 meter.


Di sepanjang jalan, ada banyak kedai-kedai specialty (butik, cafe, art gallery) dalam bangunan hanok. Bukchon Hanok Village ni terletak di Gahoe-dong, tempat orang kaya (noblemen, scholars, government officers). 

specialty shops
 Hanok ialah Korean traditional houses. Penerangan lebih lanjut mengenai hanok boleh dibaca di sini. Kami mencari Tourist Information Centre untuk mendapatkan peta lokasi Bukchon Hanok Village tetapi masih ditutup, di buka pukul 9.00 pagi. Sebenarnya tak tahu lokasi hanok village ni sebab map takde, main agak-agak saja bila tengok bangunan design lama, dah sampai le kot. Rupa-rupanya Bukchon Hanok Village ni ada dua bahagian, di sebelah kanan (11 Gahoe-dong) dan kiri (31 Gahoe-dong) jalan Bukchon-ro. Nampak signboard ni, kami pun masuk kanan. 

Singboard ke Bukchon Hanok Village sebelah kanan
Bila tengok, hah..kena mendaki bukit. Memang kawasan Bukchon Hanok Village ni berbukit, tinggi jugalah. Tak dapek nak nolong..naik le juga sebab dah sampai, lagipun kawasan ni considered a must-see place when visiting Seoul. Tapi memang berbaloi, view cantik, rumah-rumah pun cantik, lain dari yang lain.

sila senyap sebab ini kawasan perumahan



Kami pakai redah je lorong-lorong, frontlane, backlane, kemudian tiba di simpang, ada roadside map, tengok signage dalam map, tengok atas jalan, nampak ada ni, tak sengaja terjumpa. Sebenarnya di Bukchon Hanok Village ni, ada lapan photospot, kiranya tempat menarik untuk snap gambar..

the 3rd photospot

view from 3rd photospot, tak cantik pung

Bukchon Hanok Village sebelah kanan (11 Gahoe-dong)
Kita ke sebelah kiri pula..

signboard ke Bukchon Hanok Village sebelah kiri - belakang kedai
jalan masuk ke kawasan perumahan
Bukchon Hanok Village sebelah kiri lagi menarik dan lebih banyak rumah yang cantik-cantik. Pun berbukit-bukit juga. My sister dah surrender, dia tunggu di jalan masuk tadi. Saya pun jalan sorang-sorang. Mari mendaki..yeah.yeah..

Modern + traditional







Beautiful house
pintu kayu yang menarik

Di sini ada rumah 'hanok' yang dibuka untuk public, iaitu Simsimheon - maknanya 'House Where the Heart is Found' yang dikawalselia oleh National Trust of Korea. Rumah no berapa, jalan apa, lupa nak ambik gambar, ambik signboard ni saje..

Hanok house open for public - fee KRW10,000
Dah habis round diatas, on the way turun, terjumpa mobile Tourist Information yang pakai baju merah ni. Baru minta map Bukchon Village. Yang lelaki tu tunjuk dalam map kat mana rumah shooting location for Personal Taste, yang Lee Min Ho berlakon, katanya. Tak pernah tengok pun drama ni, tapi pergi le juga ambik gambar. Cantik juga rumahnya.

Mobile tourist information

shooting location for Personal Taste kdrama
House No. 43














Dah habis explore 31 Gahoe-dong of Bukchon Hanok Village, kami pun nak bergerak ke destinasi seterusnya, tak jauh, sebelah je tapi nak jalan kaki, memang tak sanggup. Kena mendaki bukit tadi. Tanya kat Tourist Information, dia tolong tuliskan dalam Hangul dan suruh kami bagi pada teksi driver. First time naik teksi di kotaraya Seoul.  Bersambung..