Friday, 19 July 2013

Sudah dibuka..skywalk..

Assalamualaikum, salam Jumaat..sudah 1/3 bulan Ramadhan, tinggal 2/3 lagi, tingkatkan pecutan ibadah..
......................................................................

Sehari sebelum bulan puasa haritu, jejantas berbumbung di depan pejabat ni dibuka untuk orang ramai. Jejantas ni panjang, dari stesen LRT Sultan Ismail hingga ke stesen monorail Medan Tuanku. Untuk kemudahan mereka yang menggunakan kedua-dua public transport ni.

ke stesen LRT Sultan Ismail

ke stesen monorail Medan Tuanku
view from Tune Hotel
berlindung dari panas dan hujan

view from the skywalk - entrance to Maju Junction



Tune Hotel KL

Kira OKlah ada skywalk ni, takdelah menunggu lama untuk melintas Jalan Sultan Ismail. Nak pula ada polis trafik jaga, memang lamalah kena berdiri di traffic-light.  Semoga banyak lagi idea-idea dari DBKL untuk keselesaan masyarakat..

Tuesday, 9 July 2013

Hadirnya fajar Ramadhan, bagaikan bertemu kekasih..

“Selamat datang bulan yang akan membersihkan kami, bulan yang didalamnya semuanya baik, puasa siang harinya dan bangun malamnya, sedekah dalam bulan ini sama dengan membelanjai perjuangan jihad fisabilillah”
Begitulah kata-kata aluan Sayidina Umar Ibnu Khattab bila menyambut kedatangan fajar Ramadhan.  Gembira dan rindu serta terharunya hati orang-orang soleh menunggu kedatangan Ramadhan dengan penuh debar kerana mereka masih lagi berpeluang menghirup udara Ramadhan yang penuh berkat.

Sesungguhnya syurga telah diperhias setiap tahun ketika masuk bulan Ramadhan.  Pada malam pertama Ramadhan, datang angin dari bawah Arasy yang bernama ‘Al Mutsirah’ menggoyang-goyangkan daun-daun syurga dan menggerak-gerakkannya sehingga terdengar oleh bidadari dari jendela atas syurga dan berseru:
“Siapakah yang meminang kepada Allah untuk dikahwinkan dengan seorang dari kami?”
Kemudian bidadari itu bertanya kepada malaikat Ridhwan.
“Ya Ridhwan, malam apakah ini?”
Jawab Ridhwan, “Inilah malam pertama dari bulan Ramadhan”
Kemudian Allah berfirman: “Ya Ridhwan, bukalah pintu-pintu Syurga untuk orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad SAW”.
Dan Allah berfirman pula kepada malaikat Malik: “Ya Malik, tutuplah pintu-pintu Neraka Jahim untuk orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad SAW.”
Itulah diantara kelebihan bulan Ramadhan yang di dalamnya terdapat amalan puasa.  Puasa ibadah yang dituju khusus kepada Allah sebab ianya merupakan rahsia batin. Seseorang itu boleh meninggalkan makan minum dan tidak menurut hawa nafsunya bila tidak dilihat orang, tetapi melalui puasa seseorang itu sanggup meninggalkan makan, minum dan mengekang nafsu walaupun bersendirian.  Oleh sebab puasa merupakan amalan kebatinan yang menuntut keikhlasan melakukannya untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah sebagaimana firmanNya:
“Semua amal anak Adam dilipatgandakan dari sepuluh sampai tujuh ratus, kecuali puasa. Maka puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, ia meninggalkan syahwat, makan dan minum keranaKu dan puasa itu sebagai perisai”
Bulan Ramadhan juga bulan yang dirindukan kerana setiap amalan yang dilakukan di dalam bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya oleh Allah.  Amalan sunat yang dilakukan di dalam bulan ini akan diberi pahala menyamai pahala fardhu pada bulan yang lain dan setiap amalan fardhu yang dikerjakan didalam bulan yang mulia ini akan dilipatgandakan menyamai pahala 70 fardhu pada bulan yang lain.
Berpuasa mendatangkan kegembiraan, ketenangan dan kelapangan hati disamping mendapat pahala keampunan dari Allah SWT sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan.  Kegembiraan pertama ketika masa berbuka puasanya dan kegembiraan yang kedua ialah ketika menemui Tuhannya.”
Sumber: Buletin Qariyah 1996, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya

Sunday, 7 July 2013

Jalan Tengah KL

Assalamualaikum..lagi tiga hari nak menyambut bulan puasa, marhaban Ya Ramadhan..

Baru-baru ni saya ke Menara Dion di kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur. Kawasan ni memang famous sebab banyak upmarket, high-end kondominum, hotel, bangunan pejabat  dan kompleks membeli-belah. Semasa nak balik naik monorel di stesen Raja Chulan, ternampak ramai penjaja sedang membuka khemah di sepanjang jalan di tepi Menara KH (dahulunya Menara Promet). Rupa-rupanya ada Bazaar Tengahari hari ni, hari Jumaat. Inilah pertama kali menjejakkan kaki di bazaar ni.


Jalan ni namanya Jalan Tengah, mungkin sebab berada di tengah-tengah, menghubungi Jalan Sultan Ismail dan Jalan P. Ramlee. Bazaar ni bazaar yang ada permit nya, so takde lah DBKL datang angkut naik lori..



berlatar-belakang St Mary Residence
the entrance to St Mary Residence
high-end condominums and retail lots
dereten gerai-gerai
Di kunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat, sampaikan orang sakit mental ni pun ada. Terambik gambar pulak, candidlah katakan..Kebanyakan pengunjung ialah pekerja-pekeja pejabat di sekitar kawasan Bukit Bintang. Menurut seorang peniaga di sini, waktu makan tengahari, kawasan ni penuh sesak dengan pengunjung.

Macam-macam ada dijual disini, daripada makanan, pakaian hinggalah ke pokok bunga.


pokok bunga
di celah-celah pembangunan kotaraya
Bagi sesiapa yang berada di kawasan Bukit Bintang pada hari Jumaat, bolehlah singgah di sini, tapi kurang sesuai untuk lelaki Muslim sebab mereka kena gi solat Jumaat. Bazaar ni dibuka sehingga pukul 3.00 petang..check it out..